Showing posts with label Romantik. Show all posts
Showing posts with label Romantik. Show all posts

October 4, 2012

Bercuti Di labuan Part 2

October 04, 2012 6 Comments

Bercuti Di labuan Part 1

Korang mesti dah tau kan sha jumpa siapa kat labuan?? ya...kak riena dan haiqal..jom baca versi Kak riena time sha ke labuan hari tu SINI gambar kami sama ja haha..

Sorry korang..sha baru nak update sedang dah berminggu dah cerita ni..tapi tak apa..nak juga cerita hehe..

Selasai bergambar-gambar ditaman botani..kami gerak ke pantai..tempat yang paling sha dan Mr A suka..pantai ja la yang paling romantik haha..kami pergi bertiga ok !!

posing sikit kat perahu 

ni gambar sha dengan haiqal..setelah 2 min dia asyik tengok kasut sha ja..haha..1st tu dia memang masih loading lagi..sebab dia tak kenal lagi kan..

lepas sha main dengan haiqal..dia pergi manja kat mama dia pula

mama dia ja terlebih senyum happy kot sebab ada babysitter baru hahah

kejap..kami nak cutekan muka..then senyum....kak riena memang comel


ini gambar sha main dengan haiqal selepas 3round kot..lepas Mr. A balik dari solat..dia amik gambar curik..dah macam mama ja sha ni hahaha..

Dah penat haiqal lari-lari..kami pun hantar dorang pulang rumah..haiqal macam taknak ja pulang..haha..mungkin dia nak main lagi kot..haiqal memang aktif..korang nak tahu..haiqal telepon nombor sha guna hp mama dia..rindu la tu kat kakak..heheh..

Nota Pink : Part 3 nanti cerita pasal jumpa adik angkat sha dan kita orang makan di Mcd


June 21, 2012

♥ Tanda-Tanda Lelaki Sayang Part 1

June 21, 2012 5 Comments


Allah tidak melarang hambanya untuk bercinta malah, Dia yang telah menciptakan perasaan itu, maka beruntunglah bagi mereka yang menyucikan cinta itu..

Setiap manusia tidak lari dari perasan sayang, kaum adam juga begitu, mereka telah dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu, maka kasih sayang itu lebih cenderung kepada mereka..sedangkan kaum adam yang tegas lagi garang akan luntur bila bertemu dengan pasangan yang dia sayangi..apakah tanda-tanda dia menyayangi pasangan tersebut..jom kita tengok 10 tanda-tanda itu..

 Dia bersungguh-sunguh melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa. 
 Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap. 
 Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya. 
 Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap
 Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya. 
 Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
 Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya. 
 Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. 
 Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain. 
 Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja. 

Semua kaum hawa memang ingin disayangi apatah lagi dapat pasangan yang caring..tapi korang jangan tengok sekarang, tunggu lepas kahwin nanti barulah romantik kan??



 Nota Pink : Nantikan tanda-tanda lelaki sayang part 2..