Showing posts with label Tips SEO. Show all posts
Showing posts with label Tips SEO. Show all posts

January 18, 2018

Cara Letakkan Google Ads Di Tengah Posting

January 18, 2018 6 Comments
Cara Letakkan Google Ads Di Tengah Posting | Assalamualaikum, sebelum tutorial ini sha terbitkan, keberadaan google ads dalam blog sha amat mengecewakan, secara tidak langsung membuatkan sha berusaha untuk memperbetulkan posisi sampailah google ads berada di tengah posting seperti yang korang lihat pada entry ini.


Kaedahnya sama seperti entry tutorial yang korang cari pada halaman google, tapi entry yang sha temui dari negara jiran ini amat membantu sekali, mungkin juga korang berada dalam situasi sha maka entry sha juga boleh menyeselaikan masalah google ads ditengah posting

Cara Letakkan Google Ads Di Tengah Posting

1. Login google ads dan pilih unit iklan yang sesuai, sha pilih unit iklan 336 x 280

2. Parse kan code iklan terlebih dahulu.

Google ads tidak akan muncul jika korang menggunakan kod itu secara terus. Untuk menggunakan kod ini dalam templat blogger (xHTML), korang perlu mengurai terlebih dahulu. Gunakan Alat Parse HTML ini untuk menukar aksara khas ke entiti HTML yang sesuai.

3.Login ke blog korang dan EDIT HTML dan Cari code <data:post.body/> dan gantikan kode tersebut dengan code dibawah
<div expr:id='&quot;post1&quot; + data:post.id'/> <div class='googlepublisherads' style='margin:20px 0'> <center> --Letakan kode unit adsense hasil parse disini-- </center> </div> <div expr:id='&quot;post2&quot; + data:post.id'><data:post.body/></div> <script type='text/javascript'> var obj0=document.getElementById(&quot;post1<data:post.id/>&quot;); var obj1=document.getElementById(&quot;post2<data:post.id/>&quot;); var s=obj1.innerHTML; var t=s.substr(0,s.length/2); var r=t.lastIndexOf(&quot;&lt;br&gt;&quot;); if(r&gt;0) {obj0.innerHTML=s.substr(0,r);obj1.innerHTML=s.substr(r+4);} </script>
kotak merah adalah contoh bagi code yang berhampiran dengan code <data:post.body/> dan
gambar diatas contoh code selepas di gantikan dengan code <data:post.body/>

#NotaPink : Jika terdapat 2 atau 3 code  <data:post.body/> dalam HTML korang, pastikan korang ganti code berkenaan pada code yang terakhir, contohnya sha klik <data:post.body/> sebanyak 3 kali

4. Seterusnya save dan preview

Settled, mudah kan? jom letakkan google ads ditengah posting, banyak manfaatnya meletaknya ditempat yang betul antaranya menarik pembaca untuk klik dan duit masuk kaching-kaching..hihi



August 29, 2017

SEO Blog Opzzpinky 100%

August 29, 2017 12 Comments
Assalamualaikum dan Alhamdulilah, syukur setelah seminggu sha gigih untuk perbetulkan dimana silapnya blog sha yang langsung tidak mesra dengan SEO, kadang dapat 89%, lepas itu paling sikit 39%, mata dah berpinar tengok HTML, rupanya salah satu sebab blog sha memang ada Masalah Domain, pun alhamdulilah dapat diselesaikan dalam masa 12 jam walaupun dalam masa 12 yang bakinya, blog tidak dapat dilihat meskipun masa itu juga Pageview naik mendadak kerana entry ini.


Lepas hujan ribut petir melanda, alhamdulilah Allah terbitkan Pelangi yang indah, kini SEO Blog Opzzpinky 100% dengan masalah domain telah selesai dengan template baru hari ini, harap menepati syarat google adsense, sha tengah tunggu keputusan, doakan sha lulus iklan tu. Sempena SEO blog sha 100%, sha nak bagi sedikit tips, harap membantu.

Bila korang rasa sudah sehabis baik memperbetulkan blog tapi masih tidak melepasi syarat 100% SEO, maka korang diwajibkan tukar template, sila google template yang mesra SEO dan jangan risau ada banyak template di web site yang korang boleh pilih mengikut kesesuaiannya, kalau ada yang nak tukar kepada warna kegemaraan, korang boleh rujuk sendiri cara mengubah template tersebut dan sha sangat galakkan korang mengubahnya sendiri untuk meningkatkan sedikit ilmu HTML daripada mengupah orang untuk membuatnya.

Sebelum tukar template, ingin sha nyatakan bahawa, blog korang akan 100% baru, sila back up template lama untuk mengelakkan berlakunya penyesalan. Widget yang sedia ada juga akan hilang sepenuhnya, maka bersedialah untuk mengisi kembali bloglist korang..hihi

Selepas tukar template korang dicadangkan untuk bertenang, sila semak blog yang korang telah ditukarkan kepada template baru ke SEO CHECKER, jika 100% bermakna template itu sememangnya mesra SEO, mana lah tahu kan ada template yang kurang mesra SEO, korang masih ada masa untuk menukarnya ke template lain. Jika tidak, korang akan membuang masa mengubah atau mencantikkan template berkenaan.

Jangan ubah sembarangan kod template yang ada, sebab hari ini sahaja sha suda tukar 2 kali template, sebab ada widget yang kurang mesra SEO, tapi bagi blogger penting juga untuk ada dalam blog, contohnya widget follower, membuatkan peratus SEO sha berkurangan, bila sha padam balik, jadi 100%, sha pun kurang pasti sama ada itu penyebabnya atau bukan.

Untuk SEO Checker sha guna Check my SEO, simple sahaja penggunaanya, korang hanya perlu isi link blog korang dan tekan submit.

Itu sahaja dari sha, harap blog korang pun 100% mesra SEO, kalau tak, cepat-cepat tukar template.

By,
Awak sangat asing, Mrs Stranger
Admin kedua :)