Tukar Domain Dot My ke Dot Com
sHaRiNa (opzzpinky.com)
January 26, 2021
4 Comments
Tukar Domain Dot My ke Dot Com | Seingat sha akhir tahun 2014, sha berjaya memiliki domain sendiri dari blogspot.com ke dot my iaitu Opzzpinky.my dengan percuma setahun, lepas tu kalau nak renew bayar dengan harga mampu milik RM 20+ masa itu pendaftaran domain diuruskan sepenuhnya oleh Blogger Innanie, ramai blogger turut tukar domain ke dot my, sayangnya benda free kan mesti ada saja masalah, dengan blog tak dapat buka , bayaran dinaikkan, hosting ada masalah, tapi sha tetap guna khidmat dot my sebab ianya domain yang sangat special, MY kan mewakili Malaysia hihi.
Sampai sekarang, domain dot my ini sha masih terus gunakan sehinggalah ada masalah berlaku antaranya facebook sekat link blog sha tahun 2019 rasanya, sedihnya sha tidak dapat update link blog di facebook, mungkin kah untuk selamanya?? oh tidak, job penulisan memang akan terkesan disebabkan pageview yang kurang, sebab peratus viewer memang dari facebook, lagi cun tajuk dan konten makin cunlah pageview hihi..rindu nak promote..sha dah puas hantar report kepada facebook, namun tiada jawapan, akhirnya pasrah dengan apa ada nya hihi
So memandangkan tahun ni tahun terakhir domain dot my, sha tak jadi nak renew dah, dan sha ingat nak tukar ke dot com dengan nama blog yang sama saja iaitu opzzpinky, orang dah kenal opzzpinky cuma tukar domain ja hihi, maka sha puna decide untuk menggunakan khidmat NetKL, beli dan pasang semua pihak NetKL uruskan, kita tinggal bayar sahaja hihi
Harga domain RM45 setahun + service pasang RM10, bayar melalui online banking, ambil masa 8-24 jam baru domain akan dipasang kalau tiada perubahan boleh contact dorang melalui massenger, macam kes sha pula, password salah bagi, jadinya selepas 24 jam dari sha purchase tu, domain still sama, so sha sendiri yang mesej dorang tanya progress, rupanya salah password yang sha bagi, aish dorang ni langsung tak email pun minta, lepas setel semua, dalam masa beberapa minit begitu domain pun dah ok, dah boleh pakai
Bila tukar domain ni banyak yang terkesan, antaranya adsense, google search console, entry lama yang kena backlink, bloglist kita yang ada di blog kawan-kawan, paling sadis sekali google tak kenal domain baru..huhu sedih lahai sedih kan..hah jadi korang sebelum beli pastikan jangan kerja dua kali, tukar domain bila perluuuuu sangat ja, jangan suka-suka tukar sebab sangat rumit haha..
Untuk kes macam sha ni, domain lama belum expired, so kena contact DNS lama, suruh dorang cancelkan domain, lepas tu sha nak tunggu result dari adsense pula sebab tadi dah fix kan bahagian ads.txt tu, makan masa 2-3 hari juga katanya, leceh kan?
Itu belum part google tak kenal kita hahaha, cuba korang taip blog lama, then klik pada link tersebut, mesti korang akan nampak NOT FOUND..huhu
So untuk proses tukar domain ni, mudah-mudahanlah dipermudahkan ya, sekali sha tukar template simple, actually sha cari template yang boleh nampak blog archive hihi jumpa pun, rindu blog lama bah.
apapun nanti sha update lagi result nya