Showing posts with label bukit disabah. Show all posts
Showing posts with label bukit disabah. Show all posts

March 6, 2017

Bukit Piramid, Kundasang Sabah

March 06, 2017 4 Comments
Related image

Sambungan dari pendakian bukit pertama dalam masa sehari, korang boleh baca entry sha [Link : Bukit Tinorindak, Kundasang] walaupun dah lama dah pendakian ni, sha nak juga buat entry haha, buat kenangan hahaha

Lokasi : Kampung Kauluan, Kundasang. Kalau naik ke Mesilou, akan ada satu simpang Ke kampung Kauluan sebelum jalan naik ke Desa Cattle. Boleh guna waze, don't worry, tak kan sesat

Info tentang Bukit Piramid korang boleh contact : FB Bukit Pyramid Kundasang

25 December 2016 - Bukit Piramid, Bukit Temple Run

Memandangkan kita orang memang plan akan naik dua bukit, dan bukit terakhir adalah bukit piramid, sebelum mendaki, sha memang dah nampak bukit ni, bentuk piramid, comel ja macam bukit teletubies tapi jangan ambil mudah, sebab disepanjang trek untuk naik ke bukit ini sangatlah curam dan hanya ada lalang, tali pun hanya ada 2-3 tempat sahaja.

Bayangkan kalau kasut tiada gigi? memang akan menjulang ke bawah, so make sure kasut korang memang khas untuk hiking. 





Sha jenis yang gayat, time naik tu memang akan nampak jelas permandangan bawah bukit, curam jangan cakap, tersangat curam gila ya, sha naik pun berfikir nak turun sebab dah berada dipertengahan jalan, kalau turun memang kaki tak dapat nak control, time tu lagi hujan renyai, sha terpaksa naik sambil tutup mata..hahaha, terima kasih pihin, tolong kakak naik atas..hihih

Naik bukit memang susah, dalam 20 min ambil masa 


Finally, inilah puncaknya, 1604m sahaja, time kami pergi ni kabus everywhere, so tak nampak view satu pekan kundasang, puncak pun basah dan banyak langau..haha jangan buka mulut besar-besar, nanti langau masuk..hahaha





Tiba masanya untuk turun pulang, marilah kita meluncurkan diri..haha
trek naik dan turun beza, so jalan kita orang ambil jalan yang selamat walaupun jauh sikit, ikut trek yang ada perigi






cantik view disepanjang turun bukit ini, ala-ala New Zealand pula kann





Sampai dah ke bawah, kotor nya baju sha, trek licin, kasut sha licin, balik-balik jatuh tapi sha puas hati dapat tawan Bukit Piramid..next time hiking tempat lain lagi, Insyallah


January 24, 2017

Bukit Tinorindak, Kundasang Sabah

January 24, 2017 0 Comments
Lepas 2 minggu turun dari Gunung Kinabalu [Link: Misi Tawan Kinabalu Kali Kedua] hati memang gatal nak hiking, kali ni memang nak tawan 2 lagi bukit dikundasang, iaitu Bukit Tinorindak dan satu lagi Bukit Piramid [next entry] tapi korang boleh baca entry sebelum ni tawan [Link: Bukit Crystal, Kundasang Sabah

Last minute  planning selalunya menjadi, hahaha, kali ni sha hiking dengan kawan Se-Uitm time ambil diploma, Ira dan Wie, biasanya time begini memang kamilah yang selalunya excited bercuti..hahaha


25 December 2016 - Bukit Tinorindak yang mencabar 

7.30 AM - Registration di pejabat sebelum memulakan pendakian, guide akan bagi taklimat tentang pendakian dan korang akan di beri pinjam tongkat secara percuma, Fee : Entrance RM5 + Guide RM50/5 Orang. Perjalanan sejauh 5.1 KM, 800 M pertama trek biasa, lalu sungai, jambatan, dan tanah kering.

Info tentang Bukit Tinorindak korang boleh contact : FB Nulu Tinorindak Kundasang


Memasuki KM seterusnya, bermula dari signboard ini, dan trek memang sangat mencabar, masuk hutan, berkenalan dengan pacat dan time kami daki memang tanah licin dan daun basah. Kabus memang tebal, sejuk. 1st time, sha hiking melalui hutan, rasanya trek ini lebih mencabar dari naik Gunung Kinabalu, sha ja dah berkali-kali jatuh.








Tempat yang kami pijak tu, bukan sepenuhnya tanah, ada akar pokok yang bila korang pijak memang kaki akan tengelam, so hati-hati ya


9.30 AM - Selepas melalui 2.5 KM, akhirnya kami sampai di puncak, view cantik sekitar Kundasang ditutupi kabus yang tebal, bukit ni bersebelahan dengan Gunung Kinabalu, patutlah sejuk..hihih











10.30 AM - Puas menikmati puncak Tinorindak,, kami beransur pulang, untuk jalan pulang, guide cakap ada dua option, lalu jalan yang sama masa naik tadi atau lalu jalan curam 2.6KM, atas kata sepakat, kami memilih jalan baru 2.6KM perkatan curam disitu sangatlah seram bunyinya haha




12.00 PM - Untuk turun memang sangat laju, trek licin sangat membantu untuk berlari turun, walaupun jatuh berkali-kali sebab kasut pink sha tiada brek, haha. trek 2.6KM memang curam start lalu jambatan ini, kena hati-hati sebab jalan berbukit dan sempit, namun kami berjaya melaluinya





Alhamdulilah, selamat sampai ke check point terakhir, terima kasih kawan-kawan ; Ira, Wie, Pihin, Ezam dan guide Nazri. Option Sijil RM10

Bukit seterusnya, sha akan update nanti, lasak juga sha naik 2 bukit dalam sehari, tapi bukit lepas ni buat sha menangis, kenapa?? nanti sha story..selamat membaca semua..terima kasih 

March 28, 2016

Bukit Padang Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu

March 28, 2016 0 Comments

Gatal ja kaki bila lama tak hiking..eh kejap, rasanya minggu lalu baru ja habis hike BUKIT TIRIG, wow..2 minggu berturut hike bukit nda ka kapisan? hahaha...tapi buat sha tertagih nak naik lagi..nak naik lagi please !! haha..

Untuk Bukit Padang Tun Fuad Stephen sha angkat kain putih, untuk drive ke sana, bukan sebab takut, tapi sebab tak tahu jalan..walaupun banyak kali limpas (lalu) sana..namun hiking punya pasal..ku gagahi juga mencarinya..dan..tup..lokasi ditemui *ngeeee 

Seperti biasa kami mengambil masa petang untuk hiking, sha juga tidak pernah try untuk hiking waktu pagi..berbeza barangkali..haha...


Bermulanya detik pendakian, dengan menerokai sekeliling Tun Fuad, kami memilih untuk tidak jogging sebab simpan tenaga untuk sesi pendakian nanti..haha..dan selfie pun bermula...haks


Kebanyakan gambar diambil hasil dari handphone dan SJ4000 CAM yang sha baru beli 3 minggu lepas, masih belum fasih dengan kegunaanya, jadi jangan tanya kenapa quality dan gambar berbeza..haha..




Jumpa Encik Meow ditengah jalan, eh dia pun nak jogging sama..


Pendakian pun bermula dengan langkahan kaki ke tanah, sebelum sampai ke sini, jogging atas track..selamat kotor wahai kasut yang sedia kotor hahaha..










Ini tangga yang membuatkan sha rasa setiap percubaan pertama mesti FAILED, means that sha pernah pergi sini..yes pernah sekali, time itu sangat tak mampu laluinya..dan banyak lagi alasan yang sangat tak best..haha..lupakan :P




Untuk menjadi seorang SHARINA, bunyi detikan camera tidak pernah lekang dek tangan yang comel..langsung tidak terlepas untuk merakam detik keindahan Alam CiptaanNya, sungguh Amazing !! korang kena datang sendiri untuk merasainya..


Kebanyakan tangga diperbuat dari tayar, sangat unik dan kukuh bagi seorang yang kurus untuk duduk hahaha !!

Candid lah sangat..terima kasih wahai angin yang menyegarkan..

Finally, Sampai ke puncak yang agak tinggi dan curam juga, banyak batu dan pasir berterbangan..sangat damai ja rasa..dan ini memberi peluang untuk kami ambil gambar sebanyak mungkin..lets go bebeh







Kami meneruskan perjalanan ke Puncak kedua, dimana ada mercu tanda di atas batu..memandangkan orang di situ degil tak bagi peluang kami, tak apa..kita gambar dorang sekali..untunglah korang dapat masuk Blog Opzzpinky..hakss


 Ini antara laluan yang sangat CURAM, dimana kiri dan kanan hanya rumput dan pasir...sha dapat laluinya..yeahhh...selfie lagi..



Puas menikmati keindahan, kami pun bergerak pulang meskipun tiada tanda-tanda kami 'dihalau pulang'..haha, haus sangat...balik mesti mau cari 100plus Hydrate kan dirimu..haha..jom berlari turun..opss tak boleh, tangga membantutkan niat berlari..so kita jalan ketam..haha..


Laju ja bila turun, sebab tak pegang camera pun..hahaha



Banyak ikan dekat sini, kalau nak tengok, sila bagi ikan makan roti..confirm semua keluar


Last but not least, 3 Bukit Unlocked !! puas hati dengan pendakian hari ini..kasut tetap kotor tapi semangat yang penting..cumanya tiada perbezaan pada baju blog titew yang titew pakai setiap kali hiking..haha

Quate untuk hari ini..hanya perlu menjadi seorang yang mementingkan kepuasan untuk sesuatu maka itu, berusahalah...cayok !!