Showing posts with label cerita sedih. Show all posts
Showing posts with label cerita sedih. Show all posts

February 21, 2020

Awal tahun 2020 yang menyedihkan

February 21, 2020 5 Comments
Image result for sedih

Assalamualaikum, sepanjang bulan january, sha teramat sibuk..lagipun sha berada diluar kawasan internet yang kuat..sha berada di kampung ulang alik jaga dan temankan mak, sedihnya mak meninggalkan kami pada 25 January 2020 jam 8.30 pagi di hospital dutchess of kent, sandakan, hari ini adalah hari yang ke 27 pemergian arwah..arwah menghadapi penyakit kanser payu dara pada awal 2017, lepas operate tahun yang sama sebelah kiri, pada akhir tahun 2019 pula disahkan merebak sebelah kanan, dan akhirnya terus merebak ke kepala arwah..

ajal arwah sudah sampai, dan selamat dari menanggung kesakitan yang arwah tanggung selama 2 minggu..sakit, sha nampak kesakitan nya..semoga arwah tenang bersama orang-orang beriman dan beramal soleh

al-fatihah juga kepada blogger doodle dayang deno meninggal pada hari yang sama

mereka sudah pergi, kita pasti akan menyusul..bila dan bagaimana itu rahsiaNya..

T.T


April 17, 2014

Warkah Terakhir

April 17, 2014 2 Comments
Sebak dan sedih bila tengok cerita ni, baru ja habis episode 8 dan tamatlah cerita tentang perjuang Sarawak mati dihukum gantung disebabkan membunuh gabenor semata2 memperjuangkan bangsa dan negara Sarawak, best memang best..

Dilakonkan watak utamanya Beto Kusyairi sebagai Rosli Dhoby, sangat berkesan bagi sha menjiwai semangat sejarah, walaupun sha memang kurang minat subjek ni..hihi..

Memang mendalam sha amati wataknya, lagi-lagi sebelum Rosli nak bunuh gabenor tu, dia salam dan peluk mama dan ayah dia, tersentuh hati sha..terasa sha yang berada disana..syabas Beto :)

Kalau nak tahu jalan cerita ni, boleh baca dekat http://syiracooky.blogspot.com/2012/12/warkah-terakhir-rosly-dhoby.html


December 11, 2012

Ayah Pergi Sebab Kamu..nak..

December 11, 2012 11 Comments
Assalamualaikum w.b.t 
hey semua :) hari ini sha nak share tentang kisah sedih yang sha copy dari FB..huhu~

anak :  mak nak duit.

mak : maaf nak,mak nak simpan duit ni untuk bayar sewa rumah.

anak : kenapa dulu ayah tak nak beli rumah, jadi kita tak payah la nak dok umah sewa lagi. dah la sempit, tak best.


mak : bersyukur la nak dengan apa yang ada. dulu ayah kamu seorang yang berhati hati dalam berbelanja. namun kerana sesuatu perkara yang tak dapat dielakkan, duit yang ayah kamu simpan untuk membeli rumah telah ayah kamu gunakan kepada sesuatu yang lain.

anak : arghhh alasan semua tu...kita ni hidup susah melarat macam ni pun sebab ayah la... pemalas. tengok sekarang apa yang kita kena hadapi.

emak : jangan cakap macam tu nak. tak baik. kesian kat ayah kamu kalau dia dengar pasti dia terasa hati..

anak : ayah takkan dengar punya.. dia kan dah takda...tu la dulu hidup banyak nyusahkan orang...dah mati pun nyusahkan orang...

emak : nak tahu kenapa ayah kamu ninggal?

anak : alaa mesti kes jenayah la tu.

emak : yer ayah kamu ada buat salah.. tapi bukan kesalahan jenayah. kesalahan ayah kamu ialah dia sanggup memindahkan sebahagian hatinya untuk kamu. dan bayaran yang digunakan untuk menjalani pembedahan itu menggunakan wang untuk membeli rumah. dia telah mengalami komplikasi serius akibat kehilangan darah yang mendadak. dia lakukan semata mata untuk melihat anaknya yang baru berusia dua tahun itu dapat berjalan semula dan ketawa menghiburkan hatinya. dia tak fikirkan masa depannya, dia hanya fikirkan masa depan anaknya. sebelum meninggal ayah kamu ada berpesan "mah, andai abang pergi dahulu, abang harap mah jagalah anak kita dengan sebaik mungkin. berilah dia kasih sayang yang berhak dia dapat. mah, abang rasa masa abang dah sampai. halalkan segala galanya mah. abang banyak buat salah kat mah. abang tak dpat jadi suami yang sempurna untuk mah. namun abang tinggalkan mah dengan zuriat yang mampu menemani mah ketika abang tiada. mah, abang sakit ni. sakit mah... tapi abang sanggup menahannya untuk anak abang."

anak : mak ckap apa ni?

emak : buka la belakang jam peninggalan ayah kamu yang kamu pakai tu... ingat tak dulu kamu begitu suka dengan jam itu kerana jam itu sebagai penganti ayah kamu. kamu yang berkata begitu kan? nah sekarang buka lah belakang jam tu.

anak : ada nota..."anak ku, andai kamu telah membaca surat ini, ketahuilah akan dikau ayah telah lama berada dalam hatimu... kasih ayah padamu tiada berakhirnya...ayah tunggumu di syurga... jaga la emakmu sepemergian ayah ini...anakku sayang..."

emak : inilah orang yang kamu benci sebenarnya berada dalam hati kamu sendiri..

anak : emak ampunkan dosa saya mak....ayah maafkan saya ayah...ya Allah tempatkanlah ayahku ditempat orang orang yang Engkau redhai...mak mulai sekarang saya akan membela hidup kita sekeluarga..

emak : alhamdulillah..syukur kepada Allah..

~sesapa yang punya ibu dan ayah lagi, berbuat baiklah kepada mereka... kepada yang dah kehilangan mereka...sentiasalah memohon doa kepada Allah untuk mereka...T.T


Sekian :) 
Terima kasih sebab sudi baca 
Wasalam

December 7, 2012

Kami hanya ada sepasang baju dan kasut sekolah

December 07, 2012 5 Comments
Assalamualaikum w.b.t 

Cerita yang akan sha kongsikan adalah sumber dari FB..dan ianya kisah sedih dan benar-benar terjadi..


Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya

tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. 

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. 

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. 

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. 

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.