Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

January 19, 2018

Doa Susah Tidur

January 19, 2018 1 Comments
Doa Susah Tidur | Assalamualaikum, hi semuanya, meskipun sudah larut malam, dunia masih kelihatan sibuk, tidak kurangnya ada yang sudah baring dikatil tapi masih membelek smartphone dan gadget yang lain. Aishh sudah menjadi kebiasaan bukan? Sedarkah kita, bertapa pentingnya tidur yang cukup untuk prestasi kerja yang maksimum pada keesokkan harinya?

Allah SWT menciptakan siang dan malam untuk kepentingan manusia. Siang adalah waktu untuk menghabiskan masa mencari nafkah, malam pula adalah masa untuk istirahat, kerana tubuh kita pun punya hak untuk istirahat. 

“Sesungguhnya tubuhmu punya hak atas dirimu. Kedua matamu memiliki hak atas dirimu,” sabda Nabi Saw (HR. Bukhari dan Muslim).

“Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan di siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur(mu) yang telah ditentukan…” (QS. Al-An’aam:60).

Tidur kurang dari 6 jam boleh membawa maut. 
Menurut kajian dari London, menunjukkan mereka yang suka tidur lewat berisiko 48% menghidap atau meninggal dunia akibat serangan jantung dan 15% menghidap atau meninggal dunia akibat serangan angin ahmar, bahaya kan?  maka dengan itu, sha ingin berkongsi doa bagi mereka yang susah untuk tidur.

Image may contain: text

Namun tidur yang panjang juga, iaitu lebih daripada 9 jam mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit. Jadi, tidur perlu dijadualkan, waktu siang pun perlu rehat sekurangnya 30 minit, namun kita ditegah untuk tidur selepas waktu asar boleh memudaratkan pada otak kita.

Amalkan hidup sihat, InsyaAllah tidur pun enak hihi
Semoga bermanfaat :)

August 31, 2017

Hari dan Doa Arafah 2017

August 31, 2017 1 Comments
Assalamualaikum dan selamat Hari Arafah

Hari Arafah adalah hari ke-9 dalam bulan Dzulhijjah dan merupakan hari ke-2 dalam perlaksanaan ibadah haji. Hari Arafah merupakan hari yang istimewa karena pada hari itu Allah SWT membanggakan hamba-Nya yang berkumpul di Arafah kepada para malaikat.


Hari arafah adalah satu daripada hari yang termaklum dan sebut dengan pujian-pujian di dalam Kitab Suci – menurut ibnu Abbas: hari tertentu itu adalah hari kesepuluh Zulhijjah.

(لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ) [سورة الحج:28 ] .
“Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu”,

DOA ARAFAH 

Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.  

Untuk pengetahuan korang, Hari Arafah untuk Tahun 2017 kena pada hari ini 31 Ogos 2017 bermula dari jam 12.21 tengah hari (Khutbah Arafah). Doa yang mustajab untuk yang berada di Malaysia adalaha dalam waktu solat Asar selama satu jam, dimana istimewanya doa pada waktu ini, sangat mustajab dan akan diangkat ke langit Allah. InsyaAllah

Jom pohon doa banyak-banyak pada solat Asar.

Doa rujukan : Pesan Bonda

October 24, 2014

Doa Akhir Tahun

October 24, 2014 3 Comments
InsyaAllah hari ini 24/10 bsamaan 30 zulhijjah @ jumaat, adalah hari terakhir utk tahun ini.
Jangan lupa... 

Slps Asar hari ini baca Doa Akhir tahun dan perbanyakkan Istighfar sehingga masuk maghrib.  Slps solat maghrib baca doa Awal tahun dan banyakkan berselawat sampai masuk Isyak. InsyaAllah kita akhiri tahun ini dgn Istighfar dan mulakan tahun baru dgn Selawat. Semoga :-
  • Allah terima semua amalan kita pada tahun ini.
  • Sama2 bhijrah utk membentuk keperibadian yg lebih sempurna
  • Meningkatkan amal ibadat yg semata2 hanya kerana Allah swt.
  • Menjaga kedua ibu bapa dgn yg termampu kita laksanakan.
  • Membina/mengukuh & menjaga silaturahim antara ahli keluarga dgn lebih baik.
  • Semoga kita semua diberikan hidayah, keampunan serta rahmat Allah swt.. 
Amin ya Rabbal Alamin.
Selamat memyambut Maal Hijrah..

January 6, 2013

Mari kita berdoa

January 06, 2013 5 Comments


amin ya rabbal alamin :)
mulakan pagi kita dengan doa kepada Allah, hanya kepada Dia, kita meminta,,mudah2an kita sentiasa diredhai Allah :)

December 31, 2012

Doa Akhir Tahun 2.0.1.2

December 31, 2012 8 Comments


YA ALLAH, DEKATKAN KAMI KEPADA MU …

Ya Allah ya Tuhan kami,
Diakhir di tahun 2012 ini,
Kami mengucapkan syukur ke hadrat Allah subhanahu wata’ala dengan kesyukuran yang tiada terhingga atas limpahan nikmat-Nya dan rahmat-Nya kepada kami semua khususnya nikmat Islam yang kami miliki ini di sepanjang tahun yang berlalu…

Ya Allah ya Rahman , 
Ampunilah dosa dan maafkanlah kesilapan kami lahir dan batin. Ya Allah ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu-bapa kami dosa keluarga kami dosa masyarakat kami dosa seluruh ummat Islam yang telah mati dan yang masih hidup dan ummat Islam yang akan datang hingga hari kiamat. Ya Allah sesungguhnya keampunan Mu dan kemaafan Mu lebih luas lebih besar daripada kesalahan kami. Ya Allah Engkau lah Tuhan yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun, ampunkanlah dosa kami dan dosa yang dilakukan oleh kami dan mereka itu.

Ya Allah ya Rahim, 
Berikanlah kami ilmu yang bermanfaat, iman yang mendalam, perlindungan MU yang berterusan, bertambah ni'mat iman , usia dan kesehatan yang semakin membawa taat , anak keturunan yang soleh mendirikan shalat, serta rizki yang berkah tercukupi ..

Ya Ilahi Rabbi , 
Kami memohon karuniakan kami takdir yang baik kepada kami.

Ya Allah perkenankan segala permohonan kami, mustajabkanlah doa kami, selesaikanlah segala masalah kami, bayarkanlah segala hutang kami, sembuhkanlah segala penyakit kami, kuatkanlah segala kelemahan kami, sempurnakan segala kekurangan kami, tunaikan hajat-hajat kami, berkatilah anak cucu kami, jayakanlah usaha dan perniagaan kami, satukanlah hati-hati kami, menangkanlah perjuangan kami dengan berkat Nabi kami Nabi Muhammad saw dan Ahl Baytnya, serta dengan rahmat Al-Quran al-kareem dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas untuk MU ... Wahai Allah Pemilik Segala Karunia .