Paras Gula Tinggi Ketika Hamil
sHaRiNa eLyaNa
May 30, 2018
2 Comments
Paras Gula Tinggi Ketika Hamil | Assalamualaikum, 15hb May yang lalu sha ada mention dekat FB yang sha akan jalani test air gula untuk ibu mengandung buat kali pertama, of cos lah sha gementar, sebab ramai orang cakap tidak berapa elok tentang test ini haha, ada yang siap bagi tips senang minum air gula, alhamdulilah sha lalui proses ini dengan mudah tapi sedihnya Paras Gula Tinggi huhu
Credit to google
Tadi pagi ada nurse dari klinik datang periksa memandangkan sha sekarang berklinik hanya sebulan sekali, jadi dorang bagitahu result keputusan test air gula hari tu tinggi sampai paras 10, sejujurnya sha langsung tidak tahu menahu tentang paras normal atau tinggi pasal air gula ini, sebab dah lalui proses minum air gula itu pun sha dah cukup happy, tapi memandangkan paras 10 itu terlalu tinggi maka sha wajib minum air gula lagi pada isnin depan sebanyak 3 kali dalam sehari, ya Allah, terus terkenangkan tangan sha kena jarum 3 kali nanti..huhu
Credit to google
Berikut adalah peringkat bacaan gula dimana paras10 adalah yang sangat tinggi
5 risiko kepada kandungan apabila kita gagal mengawal paras gula :-
- Bayi meninggal semasa dilahirkan & keguguran.
- Kelahiran pra-matang
- Kecacatan bayi semasa kelahiran terutama yang berkaitan atau berkaitan dengan otak, jantung dan tulang belakang
- Bayi anda terlebih besar di dalam rahim. Tanpa kawalan gula semasa hamil, gula yang berlebihan boleh memasuki tali pusat dan mencetuskan insulin tambahan pada bayi menyebabkan bayi terlalu besar untuk dilahirkan normal.
- Mencegah komplikasi pada ibu seperti preeclampsia, tekanan darah tinggi ketika mengandung.
Allahu Akhbar, mudahan semua ini tidak berlaku pada bayi dalam kandungan kita, maafkan ummi sayang, ummi terlalu ambil mudah dengan perkara manis sebegini, alhamdulilah Allah sedarkan ummi untuk terus berhati-hati.
7 tips makanan untuk mengawal paras gula.
- Sayuran Mentah, Dimasak, atau Panggang
- Sayuran hijau
- Minuman berkhasiat, rendah kalori
- Makanan Serat Tinggi
- Tomato
- Pisang
- Telur
4 amalan gaya hidup sihat bagi mengawal paras gula
- Hadir Setiap Sesi Pemeriksaan Kehamilan dengan doktor
- Makan ubat-ubatan yang diberikan doktor
- Konsisten amalakan pemakanan sihat
- Bersenam
InsyaAllah dengan perkongsian ringkas ini dapat membantu sha dan mama diluar sana untuk mengawal paras bacaan gula ketika hamil, jangan ambil mudah, kesannya kepada baby..doakan paras gula sha menurun ataupun dalam keadaan normal sepanjang tempoh sha mengandung ini, terima kasih semua..