Showing posts with label happy new year. Show all posts
Showing posts with label happy new year. Show all posts

January 2, 2019

Selamat Tahun Baru 2019 - Azam 2018 Tercapai

January 02, 2019 1 Comments
Selamat Tahun Baru 2019 - Azam 2018 Tercapai | Assalamualaikum tahun baru, macam biasa lambat update haha, sha agak busy kebelakangan ni memandangkan mertua sha datang rumah time cuti sekolah ni, memang tiada masa nak buka laptop..apapun masih belum terlambat untuk say happy new year guys, sekejap ja dah 2019 kan, azam 2018 korang tercapai ka?


Alhamdulilah, 3 tahun azam besar sha tercapai, azam-azam sebelum ni sha pernah ceritakan di sini--> LINK, tahun 2018 Allah makbulkan doa sha yang nak sangat ada baby selepas kahwin, maka lahirlah Muhammad Fyirdhan Uthman, sekarang dah 3bulan 1 minggu, terima kasih ya Allah, syukur sangat walaupun keperluaan belum mewah tapi cukup untuk kami bertiga.

Kenangan 2018 paling terkesan adalah pemergian adik sha menghadap Ilahi pada 6.10.18 seminggu selepas edan dilahirkan, sakit kanser darah acute, Allah lebih menyayangi arwah, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman, sha masih tetap juga perlu meneruskan hidup..

Azam tahun ini, semoga dipermudahkan sha dan husband mencari rezeki, moga rezeki tersebut dapat bantu keluarga sha dan keluarga husband, orang-orang miskin..diberikan kesihatan yang baik, edan membesar dengan sihat, untuk blog, macam tahun-tahun yang sudah, insyaAllah akan tetap aktif berblog, alhamdulilah awal tahun rezeki ada job datang.

Amin :)

January 1, 2015

Happy New Year 2015

January 01, 2015 5 Comments
Wah cepatnya masa berlalu...dah masuk tahun 2015, alhamdulilah dipermulaan tahun ni, sha bersyukur sangat hidup dengan kehidupan sekarang...meskipun azam yang lepas10x tu belum tercapai..hahaha..

Tadi kan..boss tanya sha (tengah sha busy posting invoice ni) 

"happy new year punya picture ada tak?"
"tiada..."
"ok..saya adalah orang pertama yang bagi picture itu"

Terkedu sekejap sha..terus tersenyum sendiri..tiada pun orang kisah mahu bagi picture2 segala walaupun tahun baru hahaha..

Sha bertuah sangat dapat boss caring dan sporting macam dia..dalam busy pun sempat juga cari masa send picture happy new year dengan supplier dan customer dia...best kan dapat boss macam tu :)

Dan thanks boss belanja sha makan dan hantar sha pulang tadi..boss dan misis memang terbaik lah..hihih

BTW, happy new year..semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..
Azam sha tahun ni adalah capai azam tahun lalu..hahaha
Korang??