Bismillah,
Assalamualaikum
Kisah Peniaga Jual Ikan Buruk di Pasar Ikan | Pasar adalah salah satu tempat paling banyak dikunjungi oleh orang awam, apabila mencari makanan laut, maka pasar lah tempat kita sering pergi, pasar di sandakan terbahagi kepada 4 bahagian, pasar bandar, pasar batu 3, pasar batu 8, pasar batu 16, memandangkan batu 8 dekat dengan tempat tinggal sha, maka itu tempat wajib pergi setiap minggu. jemu juga makan ayam setiap hari, jadi memang akan tukar menu sekali seminggu.
Memandangkan sha pergi beli barang kereta kemarin, so sha singgah lah pasar batu 8 sebab barang basah dah habis, lagi pula lama sudah tak makan ikan, edan esha memang suka makan ikan berbanding ayam, masak lemak sedap tu hihi.
Macam biasa pertama masuk pasar sha akan beli ikan panit dulu, harga dalam RM12 sekilo, beli ikan panit ni, peniaga tu boleh tolong siang dan potong ikan kecil-kecil, so senang kerja sha bila balik rumah nanti. Tengah hari tu sha agak lewat sikit beli kan, selalu sha pergi pagi, so sha nampak banyak ikan murah dipasar mungkin sudah musim ikan, ikan basung RM4 sekilo, ikan tulai RM4 sekilo, dan ikan lumahan jantan RM2.50 sekilo. Sha ni memang peminat ikan lumahan tak kira jantan ka betina sedap digoreng hihi
Kisah Peniaga Jual Ikan Buruk di Pasar Ikan
Sha nampak lah ikan lumahan jantan ni RM2.50 sekilo, fresh dan cantik-cantik semuanya, walaupun kecil sikit tapi boleh lah kalau digoreng kan, so sha pun beli 2 kilo, peniaga ni pun kautlah ikan dari belakang tapi sha ni dah nampak ikan dekat belakang tu macam tak fresh ja. dia timbang 2 kilo, masuk dalam plastik, ikat rapi, sha tanya dia
"Bang, ikan ni fresh kan?"
"iya dik" bilang nya
ok, sha pun bagi dia RM5, dan dia bagi plastik yang berisi ikan tadi, sebelum jalan sha periksa ikan tu, buka plastik dan nampak ikan tak fresh dan buruk, bukan satu tapi banyak ikan tu dah merah mata, sha ni bukannya pandai beli ikan haha, tapi sha taulah ikan tu fresh atau tidak.
Sebab sebelum ni pernah beli ikan di pasar ni, sampai rumah siang ikan, semua ikan buruk, 1kilo sha beli ikan semua buruk, lastly buang ja ikan tu, sayang kan.. jadi kali ini sha nak tegur juga peniaga jual ikan tu.
"Bang boleh tukar kah ikan ni, sebab nda fresh bah" sha kata dekat abang tu sambil kasih tengok dia ikan dalam plastik yang dia bagi tadi
Dia terus bagi sha duit RM5 dia kata tak boleh dik, sambil letak balik ikan dalam plastik tu
sha kata " eh nda apa bang, abang ambil ja ikan yang didepan tu yang fresh tu, saya beli yang depan tu ja"
dia cakap " nda boleh abang bagi kau ikan didepan ni, begitu lah adat kami berniaga dik, kau belilah ikan di tempat lain"
tersentak hati sha dia boleh cakap begitu, iyala sha tahu la sha ni perempuan tapi tak kan lah boleh cakap begitu kan, jadi peniaga ni kenalah jujur, walaupun kau jual RM5 ikan didepan tu, tetap juga ada pembelinya sebab ikan didepan tu fresh bang, kau jual ikan dibelakang yang tak fresh tu, tunggu saat ja mau buruk, walaupun kau bagi free orang nda akan mau juga sebab takkan orang mau makan ikan buruk kan.
Rupanya bukan sha seorang ja yang kena, memang pasar ikan di batu 8 ini orang jera sudah mau beli ikan, rata-rata kawan sha yang respond dengan kejadian kemarin memang tidak mau suda beli ikan disana.
Sha ada kekuatan mau tegur dia kemarin pun sebab sha dah 2 kali kena jual ikan buruk, bayangkan kalau 10 orang membeli ikan tempat nya setiap hari, walaupun murah tapi tak patut dia jual ikan yang suda buruk begitu.
so kawan-kawan kalau beli ikan dipasar, sebelum balik pastikan ikan yang di ambil tu sama fresh dengan apa yang kita nampak sebelum membeli.