Showing posts with label income. Show all posts
Showing posts with label income. Show all posts

January 15, 2025

Jana Pendapatan Melalui Intellifluence

January 15, 2025 1 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Cara Jana Pendapatan Melalui Intellifluence | Banyak platform untuk blogger jana pendapatan, sha pasti mesti ramai dah tahu pasal Intellifluence, ianya adalah platform marketing untuk influencers dan brands. Dan yang paling best sekali banyak job dari luar negara available di negara kita, sha dah terima 4-5 job dimana semua job tersebut dibayar menggunakan currency USD. bayaran Job yang sha terima antara 5USD sehingga 100USD cuba convert ke RM hihi, best kan..




Cara Jana Pendapatan Melalui Intellifluence

Job nya senang ja, sign up melalui apps Intellifluence <---klik sini, isi details kalau blogger, isi link blog, banyak job yang blogger dapat rate tinggi sampai 100USD, job post macam biasa, boleh Bahasa Melayu dan English, kadang client minta kita campur bahasa, masukkan link yang dia request dan content biar panjang sikit, siap terus post.


Banyak saingan untuk dapatkan 1 job

Maklumlah bukan kau seorang ja memohon job tu, hihi jadi banyak saingan, client pun mesti pilih the best untuk promote dia punya service kan. Sha pun banyak apply job, ada yang archive ada yang masih pending, dan ada juga yang reject haha, tak apalah apply ja la job yang masih available kalau ada rezeki 4 bulan sekali dapatlah job yang harga 100USD tu setakat ni baru sekali sha tengok job 200USD terbeliak mata sha nak apply haha, tapi tak dapat pula, banyak juga job yang tak available dekat Malaysia, setakat ni sha dah terima 3 job yang 100USD, alhamdulilah adalah untuk beli susu dan pampers anak.

Sha pun baru start tahun lalu rasanya Job pertama sha Permainan PC popular zaman sekolah dahulu, memang mengimbau kenangan betullah content job tu, agak panjang tapi berbaloi lah kan. lagipun dia bagi due date sebulan lebih juga so tak perlu rushing pun cumanya, kalau siap awal, maka awallah kita dapat duit kan hihi.

Bukan Blogger boleh join?

Boleh ja, ada juga job yang tak memerlukan post di blog, contohnya share dekat instagram dan review apps client tapi payment dalam 5-10 USD thats why sha suggest korang buatlah blog paling kurang pun dapat 50 USD paling kurang ya guys..


summary earning sha dapat sepanjang 2021-2024 terlalu sikit untuk di kongsikan tapi sha bersyukur dapat duit hasil dari job Intellifluence


Pembayaran Melalui Paypal 

Setel post link dekat apps, dia akan review dalam masa 7 hari bekerja, bila dah ok semua, dia akan email untuk progress payment, payment pula akan dibayar selama tempoh 15hari waktu bekerja, dan akan dibayar melalui paypal pada setiap hari jumaat, kalau ngam-ngam kiraan15 hari tu terkena hari isnin maka jumaat lah dia akan bayar hihi, sabarlah..tak kemana juga duit tu kan..haha

korang sign up awal-awal account paypal, terus link kan pada account bank korang, jadi bila dah dapat payment terus cashout terus senang tak perlu tunggu lagi, sebab cashout tu makan masa 3hari waktu bekerja..lagipun paypal ada cas sikit duit cashout tu, tak banyak lah, duit kupi-kupi ja hihi.

Tahun 2024 sha hanya dapat 1 job dari Intellifluence, hope tahun ini akan ada banyak dapat job dari sana, amin..jom kita apply manalah tahu rezeki korang dapatlah rm400+ 1 job..masyuk kan..nak daftar Intellifluence <---klik sini


April 13, 2018

Buat Duit Dengan Marketplace Tok Syed

April 13, 2018 4 Comments
Buat Duit Dengan Marketplace Tok Syed | Assalamualaikum dan selamat pagi jumaat yang indah, alhamdulilah, sebagai seorang suri rumah, moh lah kita mencari side income bantu suami ataupun untuk guna pakai pada masa depan kelak, memandangkan dunia sekarang segalanya perlukan duit, syukur sangat ada platfom yang membantu orang luar untuk menambah pendapatan sampingan, mari ambil tahu entry yang sha nak story dalam Buat Duit Dengan Marketplace Tok Syed.



Marketplace Tok Syed ialah salah sebuah laman web yang berasaskan e-dagang yang mengumpulkan pelbagai produk untuk dijual dan paling seronoknya terdapat juga peluang pekerjaan untuk semua golongan mengikut kemampuan masing-masing. Marketplace Tok Syed menjadikan Buat Duit Online lebih mudah dan pantas. Hebat bukan?

Klik ---> SAYA NAK REGISTER

4 Cara Buat Duit Dengan Marketplace Tok Syed
1. Melalui affiliate - Sama seperti sistem affiliate yang lain, korang boleh mempromosikan link affiliate korang sebaik sahaja telah berjaya menjadi sebahagian dari member Tok Syed, promote lah seberapa link yang korang suka, lagi banyak link yang didaftarkan atas nama korang, lagi banyak income yang korang dapat. 



2. Jual beli produk di Marketplace yang telah disediakan - Dalam Marketplace ini, korang boleh lihat secara terperinci pelbagai produk mengikut kategori masing-masing, untuk korang pasarkan dimedia sosial korang ataupun keluarga dan kawan-kawan





3. Buat Jobs yang available di Marketplace - Part ini sha memang suka, korang hanya perlu menggunakan sosial media korang untuk lengkapkan dan sebarkan tugasan yang diberikan, lepas siap, habuan akan dikreditkan kepada korang. Simple ja kan, kalau korang rajin buat, banyak income boleh dapat hihi.




Dan kerja-kerja online yang dimaksudkan adalah seperti 
  • Post review di blog korang
  • Share post di wall FB korang
  • Like Page FB sesuatu perniagaan 
  • Follow account instagram seseorang 
  • Share URL di wall FB korang
  • Buat review produk di account social media korang
  • Blast mesej di group Whatsapp di telefon korang
  • Dan banyak lagi.. Dan semua kerja-kerja di atas dibayar dengan kadar yang bersesuaian dengan kerjanya. 

4. Jual produk Tok Syed sebagai pengedar dan dapat keuntungan runcit darinya



Yang Cara ke 4 untuk buat duit dengan marketplace tok syed ini korang kena mesej sendiri HQ untuk menjadi pengedar yang sah Saya nak jadi Pengedar. Mereka akan membantu korang bagaimana untuk menjadi pengedar Tok Syed.

Klik ---> SAYA NAK REGISTER

January 23, 2018

Jana Pendapatan Dengan Involve Asia

January 23, 2018 2 Comments
Jana Pendapatan Dengan Involve Asia | Assalamualaikum, mungkin ramai sudah kenal dengan nama besar INVOLVE ASIA, cumanya sha baru saja join haha, sha memang sudah serasi dengan pengiklanan ini dan sekarang sha baru berjinak untuk menambah pendapatan sampingan memandangkan sha sekarang tengah free hihi

Blogger yang hebat adalah blogger yang dapat memanfaatkan blognya menjadi side income, ceh sha buat falsafah sendiri, haha, tapi bila difikirkan balik, eh siapa yang tidak mau menjana pendapatan melalui blog, lagi-lagi keuntungan boleh jadi mencecah ratusan ringgit. Caranya senang sahaja, meh sha tunjukkan.

 


Cara daftar dan Jana Pendapatan Dengan Involve Asia



  • Isi maklumat yang diperlukan 
  • Korang akan terima satu emel notification account korang telah aktif. Buka emel tersebut dan klik pada link yang diberi untuk aktifkan akaun korang. Dalam emel tersebut diterangkan secara terperinci kelebihan dan cara-cara dapat earning dari Involve Asia.

  • Lepas korang dah login ke akaun affliate
  • Klik menu "Browse Merchant" dan taip Involve Asia untuk dapatkan link refferal. Lepas tu korang klik "Get Link" klik "Generate Link" dan "Short Link" untuk bagi link nampak kemas.


  • Copy link dan share ke laman sosial korang, setiap satu register akan dapat RM5
Selain itu juga korang boleh promote web site lain seperti lazada, zalora dan macam-macam lagi, caranya sama seperti diatas dan boleh masukkan banner promosi web site tersebut kedalam blog masing-masing

Selamat mencuba dan semoga ada rezeki, all the best :D

December 25, 2013

Blogger Kena Pandai Cari Duit Sendiri

December 25, 2013 4 Comments




Cuti sehari menghabiskan masa di depan laptop, bukan buang masa dok tengok FB dan blog ja, tapi buat $$ siapa tak mau kan..tapi kena rajin lah, tiada usaha jangan harap nak dapat $$, nak duit ja tapi malas !!

Selain tunggu orang dok klik NUFFNANG, sha buat juga promote link Churp=Churp (sign up) dan 8share, dah 2kali cashout, happy juga bila ada duit hasil usaha sendiri. Dan sha juga ada join INI, aktif dan pasif tetap, duit masyuk..best kan dengar..

Sha tengok ramai pelajar suka join benda ni, selain ber FB boleh la kumpul duit sendiri, contohnya macam Eyma Lydia, memang tabik la dengan dia, pandai cari duit..kalau nak dapat $$ lebih boleh PM dia, sedangkan dia baru form 4..

So, cari duit tu kena pilih jalan yang halal tau !! :)

#pstt~ perasan tak apa yang berubah dekat blog?? hikhik..