Pallas Kasut Sekolah Hitam Dengan Reka Bentuk yang Selesa
Bismillah,
Assalamualaikum
Pallas Kasut Sekolah Hitam Dengan Reka Bentuk yang Selesa | Sudah menjadi kebiasaan, sebelum masuk tahun
baru, para ibu bapa sibuk untuk menyiapkan kelengkapan sekolah anak-anak
seperti pakaian, buku, pen, beg dan kasut. Terimbau zaman sha sekolah, dalam
dua minggu sebelum sekolah di buka, bapa sha lah yang akan membeli ke semua
kelengkapan sekolah untuk anak-anaknya, meski tidak lengkap, tapi dia sedaya
upaya untuk memberikan kami 8 orang adik beradik ada untuk dipakai sewaktu
sekolah di buka.
Semasa itu, kasut adalah
yang paling mahal dan kami tidak mampu untuk menukarnya setiap tahun. Oleh
kerana itu, bapa tetap pilih kasut yang berkualiti untuk kami pakai lebih lama
dan selesa maka kasut sekolah hitam pallas memang menjadi pilihannya untuk anak-anaknya
Musim sha sekolah dahulu, sha memang pakai kasut sekolah warna putih, hanya ada satu pasang, musim hujan terpaksa bungkus guna plastik dan pakai selipar pergi sekolah, kalau sekarang dah ada jual kasut sekolah plastik kan, lepas itu, kasut letak dalam beg, jadi kasut tidak kotor, bayangkan betapa sha sangat menjaga kasut sebab susah untuk dapatkan yang baru, itupun kalau sudah koyak dihujung, sha akan tampal guna plaster luka, haha.
Bila musim hujan, kasut
lambat kering, sha letak belakang peti sejuk, besoknya kering tapi selalunya
ada kesan kuning, sha sapu guna kapur, senang kerja, hihi.
Tapi sekarang dah boleh guna kasut sekolah pallas jazz hitam, jadi tak risau kasut cepat kotor atau kusam, senang hati mak.
Pallas Jazz Lo Cut Shoe Lace 7328BK
Bukan hanya pelajar sekolah sangat memilih kasut yang selesa, kita juga orang dewasa ini, perlukan satu ‘alas kaki’ yang mampu memberi keselesaan untuk pergi ke mana saja untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, Pallas Jazz Lo Cut Shoe Lace 7328BK memiliki kusyen tumit kaki yang mempunyai lantunan yang lebih baik untuk mengurangkan kesakitan pada kaki akibat keletihan dan tapak pada bahagian dalam kasut direka untuk menyerap hentakan.
Biasalah budak-budak
kan, lebih aktif disekolah, macam adik sha memang suka main bola, bukannya bawa
pun kasut lain, syok sendiri dah pakai kasut pallas ni. Tambahan lagi, ianya juga memberi sokongan
kepada lengkungan (arch support) semula jadi tapak kaki melegakan ketegangan
pada otot kaki.
Selain dari itu, tapak kasut juga part yang penting, kasut sekolah Pallas materialnya getah, jadi ianya mempunyai cengkaman yang kuat untuk mengelakkan pemakainya mudah tergelincir dan tapak kasut Pallas ni agak tebal jadi lambat ‘haus’ dan boleh dipakai dalam tempoh yang lama.
Kalau korang nak beli online, https://www.wow2wee.com/ ada jual, risau kasut longgar atau sempit? Tidak lagi, Wow2wee akan guide korang cara terbaik untuk ukur kaki anak-anak, comfirm muat punya
(boleh rujuk gambar dibawah atau layari link ini https://www.wow2wee.com/w2w-measurement-guide)
Tapi kalau nak dapatkan sendiri kasut pallas warna hitam ini boleh lah pergi ke kedai kasut pallas berhampiran korang seperti Aeon, Tesco, Mydin Supermarket dan sebagainya untuk kempen Back to School, harga kasut pallas jazz anggaran dalam RM40 sebuah, ianya mampu milik dan tahan lama bila di pakai.
Kesimpulannya, Kasut pallas warna hitam ini sangat recommended, bukan sahaja mementingkan keselesaan kaki anak korang tapi juga mengambil kira aspek kesihatan kaki dengan memberikan sokongan pada lengkungan (arch Support) dan keselamatan agar tidak mudah tergelincir dengan tapak material getah
Jadi apa tunggu lagi, buat pilihan terbaik untuk anak korang, belikan Pallas untuk mereka