Tahniah buat anda yang bergelar siswazah, alam pekerjaan menanti anda, menjadi kemestian untuk anda berfikir banyak benda apabila sudah melangkah setapak selepas mengakhiri zaman persekolahan, namun bak kata orang, untuk menuntut ilmu itu tiada penghujungnya.
Bagi orang yang kurang berkemampuan, kewangan adalah masalah utama untuk meneruskan pengajian, bimbang didesak dek hutang, ada juga segelintir pelajar memilih untuk bekerja sambilan untuk mendapatkan duit tambahan.
Namun, sesetengah syarikat mengetengahkan individu yang sudah menpunyai pengalaman dua hingga tiga tahun bekerja dalam bidang tersebut. Jika begitu, bagaimana nasib anak muda yang baru habis sekolah untuk mencuba pengalaman itu?
Tidak kurang hebatnya dengan pelajar dari bidang kemahiran dari institut-institut yang mengeluarkan tenaga kerja bertaraf sederhana dengan kadar yuran yang berpatutan dengan kerjasama sepenuhnya dari kerajaan Malaysia.
Berbalik pada topik pekerjaan, untuk mendapatkan kerja yang kita inginkan bukanlah seratus peratus mudah, namun ianya bergantung kepada rezeki, tapi usaha juga penting dalam mencari rezeki yang halal.
Untuk itu, pencarian kerja berada dihujung jari anda, rajinkan diri untuk mendapatkan info tentang kerja, persiapkan diri untuk mengetahui serba sedikit mengenai syarikat yang bakal anda bekerja.
Sekarang kalau tak kerja, tak dapat duit, lagi2 sekarang ni harga barang semua naik, keperluan dan kehendak mestilah dipenuhi..kan..so jawapan terbaik adalah kerja. Dulu sha agak lama juga menganggur, 6 bulan, lama kan?time tu rajin juga buat kerja part time on9, dapatlah sikit duit..tapi beza dengan kerja makan gaji..dapat saving KWSP untuk masa depan..rugi tau kalau tak kerja...
Sha nak bagi tips untuk dipermudahkan dapat kerja..semoga bermanfaat untuk penganggur diluar sana
1. Beli Newspaper - kalau sha, selalu beli newspaper yang ada vacancy, contohnya di Sabah, Daily Express, beli ini ja tau, sebab majikan suka post vacancy dekat news ni, tu yang cepat habis dijual, so kena awal bangun pagi beli news ni..
2. Cari dekat Mudah.my atau website yang ada vacancy - dekat mudah.my pun antara favorite majikan post vacancy sebabnya murah dan senang nak dapat pekerja..dan sha ada juga like fan page /join group di Facebook yang memaparkan vacancy dekat kawasan sekitar Kota Kinabalu..
3. Jangan memilih kerja - biasanya orang yang memilih ini adalah orang yang lepas graduate, maklumlah tinggi sekolah, kerja kena ok, gaji kena tinggi...buang semua fikiran macam tu, kenalah bermula dari bawah, lagi2 tiada experience..confirm majikan pilih orang lain kan..
4. Dekatkan diri dengan Allah - antara sebab rezeki senang masuk adalah dengan solat ontime, solat hajat dan solat Dhuha, Allah akan tolong kita bila kita sentiasa ingat Dia.
5. Percaya pada rezeki Allah - ramai orang cakap kerja government akan menjamin masa depan, of course senang loan dan sebagainya, tapi kalau semua kerja government siapa lagi nak kerja di swasta? kan hihih..rezeki masing2 Allah dah bagi, tak kiralah kerja government or swasta..
Alhamdulilah, walaupun sha lambat dapat kerja, tapi tempat kerja sha sekarang sangat selesa,dengan bos dan pekerja lain pun tiada apa2 masalah, itu yang penting..kita taknaklah kan satu office tidak bersefahaman..semuanya ada hikmah..
Ingat semua yang berlaku tu ada hikmah, kalau dah setahun menganggur, maybe lepas ni dapat kerja yang jauh lebih baik,,siapa tahu..Allah adalah sebaik2 perancang..