Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

April 3, 2014

Lawak Sabahan - Operasi PTI

April 03, 2014 0 Comments

Polis sedang membuat pemeriksaan di kawasan bandar..dengan bangganya seorang Pti mengaku org sabah pi depan-depan tu Polis"

Polis: kamu orang mana?
Pti:org sabah ba..
Polis: cuba ko sebut telur?
Pti: Tulul ba..
Polis: Naik lori..

3 bulan dalam penjara c PTI berabis menghapal mau sebut tu telur sampailah dia berjaya...selepas dia di hantar ke negara asalnya..dia masuk balik ke Sabah dengan haram...
pada suatu hari dia nampak lagi ada operasi dengan bangganya krn sdh hafal sebutan mana ada Polis sana juga dia mau berdiri pok-pok kena tanya/periksa sampai tu Polis periksa dia..

Polis: ko orang mana?
Pti: org sabah ba..
Polis: cuba ko sebut buaya?
Pti: tukal sudah..?
Polis: naik lori..


February 16, 2013

Auntie, ini gula kah garam?

February 16, 2013 4 Comments
Assalamualaikum

Situasi: kedai runcit kampung...
Ada seorang budak hendak membeli gula.
Budak : Auntie!! ada gula ker?
Auntie : Ada.. sana tu (sambil menunjuk tempat)..
Budak : Tiada pun.. garam dan belacan saja ni...
Auntie : Ada pun.. (sambil mengambil bungkusan dari rak yang bertulis Garam..) ..
Budak : Auntie!! saya mahu gula bukan garam...
Auntie : Gula la ni.. tapi saya sengaja tulis garam supaya itu semut tak nampak..! :D

January 29, 2013

Tips Hilangkan jerawat dengan cepat

January 29, 2013 8 Comments

Jurujual: Salam kak, muka akak ni banyak jerawat elok akak guna produk saya.

Akak: berapa lama jerawat saya boleh hilang kalau guna produk ni?

Jurujual: Saya jamin dalam masa sebulan jerawat akak boleh hilang, kalau tak hilang saya makan jerawat tu semua.

Akak: takpelah saya ada cara lebih cepat hilangkan jerawat, tak sampai sejam.

Jurujual: Cepatnya! Apa cara akak pakai tu?

Akak: Photoshop!

jumpa kat FB..haha..lawak2..jangan lah serius bah :P 

January 27, 2013

Poligami

January 27, 2013 2 Comments

Ustazah : "Saya tidak pernah menolak hukum poligami."

Jamaah : "Wah, hebat ustazah!"

Ustazah : "Saya tidak pernah melarang para suami nikah lagi."

Jamaah : "Wah, benar-benar kelas ustazah."

Ustazah : "Yang penting........"

Jamaah : "Yang penting...adil ye ustazah?"

Ustazah : "Bukan...yang penting, bukan suami saya

Jamaah : =.=

Pesakit dan Doktor

January 27, 2013 1 Comments

Seorang Doktor sedang memberi berita yang kurang baik buat seorang 

pesakitnya.

Dokter: Saya membawa dua kabar buat anda!

Pesakit: Khabar apa doktor? Baik atau buruk!

Dokter: Maaf berita yang saya bawa buruk. Mahu yang mana dulu yang buruk 

atau yang paling buruk.

Pesakit: Yang buruk dulu doktor(dgn muka yg murung pesakit itu menjawab)

Dokter: Berita buruknya hidup anda hanya tinggal kurang dari 24 jam.

Pesakit: Ah... benar ke doktor?

Dokter: Ya benar.

Pesakit: Apakah berita yang paling buruk?

Dokter: Sesungguhnya saya sudah mencari anda dari semalam untuk 

mengkhabarkan berita ini......

January 26, 2013

Doa si Anak...

January 26, 2013 5 Comments

Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa. "Ya, 

tuhanku,selamat kanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Datuk". 

Si ayah kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si 

datuk ditemui mati kerana sakit jantung. 

Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi. "Ya, 

tuhanku,selamat kanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".

Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya, si nenek pula ditemui mati,juga 

kerana sakit jantung.

Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. 

"Ya,tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah".

Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi 

lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.

Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. "Bang, abang 

pergi mana, kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong tolong, kecoh pagi 

tadi tau!"

Si ayah yang hairan bertanya, "apa yang terjadi pagi tadi?"

Isterinya (dengan muka sedih) menjawab "Tukang kebun kita, Pak Mat mati 

sakit jantung pagi tadi ..."

Si ayah... ?@!%^#=+??

Kwang Kwang Kwang ...

p/s: anak siapa sebenarnya budak nih? 

Lawak Rokok

January 26, 2013 1 Comments

Isteri : "Abang! Dah berapa kali saya cakap, jangan merokok di dalam rumah. "

Suami : "Iya abang tau sayang"

Isteri : "Jadi, kenapa masih merokok lagi? Bukankah elok duit itu disimpan"

Suami : "Sebenarnya abang memang nak menyimpan duit rokok nie, tapi 

memikirkan kemelut yang melanda anak-anak muda kita membuatkan abang 

terfikir, kenapa tidak abang membantu kerajaan menanganinya. Mungkin 

dengan cara ini dapat mengurangkan kegiatan merokok di negara kita"

Isteri : "Membantu? Dengan membeli rokok?"

Suami : "Betul sayang, abang Sebenarnya ingin sekali membakar kilang-kilang 

rokok yang ada di Malaysia... tetapi apakan daya... itu melanggar undang-

undang, maka dari itu abang mengambil keputusan untuk membakar satu-

satu!"

Isteri : "@#$%%^

January 11, 2013

Bikin Panas !!

January 11, 2013 4 Comments

Seorang pemuda yang mabuk ditahan polis

Polis : Apakah nama encik ?

Pemuda : Saya tak ingat la

Polis : Okay , jadi encik tinggal dimana ?

Pemuda : Saya tinggal dengan mak saya

Polis : mak awak tinggal dimana ?

Pemuda : Mak saya tinggal dengan saya

Polis : Awak berdua tinggal dimana ?

Pemuda : Tinggal bersama sama

Polis : Rumah awak berdua dimana ?

Pemuda : Sebelah rumah jiran saya

Polis : Rumah jiran awak dekat mana ?

Pemuda : Kalau saya bagitahu encik ,encik mesti tidak percaya

Polis : Bagitahu sajalah

Pemuda : Rumah jiran saya di sebelah rumah saya

Polis : #@$%^&*

January 9, 2013

Lawak Geram !!

January 09, 2013 10 Comments



SEORANG suami berasa hairan melihat isterinya yang begitu penyabar, meskipun dimarah dan dimaki hamun, isterinya hanya diam langsung tidak pernah membantah apa lagi melawan.

Satu hari si suami bertanya kepada isterinya.

Suami: Kenapa setiap kali kalau saya marah, dan maki awak, awak hanya diam dan bersabar, apa rahsianya?

Isteri: Tiada rahsia pun, setiap kali awak marah saya, sebenarnya saya geram juga, jadi saya lepaskan rasa geram itu dengan cara mencuci tandas.

Suami: Bagaimana mencuci tandas boleh melepaskan rasa geram?

Isteri: Setiap kali awak marah dan maki hamun saya, saya akan cuci lubang jamban dengan berus gigi yang awak guna setiap hari....


hahaha...ada tak yang pernah buat macam ni??

December 26, 2012

Lawak yang kena dihati !!

December 26, 2012 10 Comments

Ustaz : Lawa rambut..awak pakai apa?

Awek : Ustaz nak kenakan saya ka?

Ustaz : Taklah, rambut anak perempuan saya yang kecil tu selalu sahaja kusut, lagi-lagi bila kena cahaya matahari, benda yang awak pakai ni tahan cahaya matahari tak?

Awek : Ooo..saya pakai jenama xxx ustaz. Nak lagi lawa tambah yyy sikit, bla..bla..bla..memang tahan cahaya matahari dan tahan haba.

Ustaz : Agak-agak tahan tak bara api neraka?

ahhh..jawab..jawab...hehe..ada kena kat hati tak?? kata ustaz kalau tersindir dengan perbualan diatas maka hati korang still hidup lagi..sebelum terlambat jom kita cepat-cepat perbetulkan :D thanks FB sebab bagi sha update entry ni..semoga menambahkan amalan :D

December 20, 2012

December 9, 2012

Suatu hari di kedai makan...

December 09, 2012 2 Comments
Assalamualaikum w.b.t 
hey semua :) 

Jom layan Lawak versi bengong hahah..sha copy dari FB

Suatu hari di kedai makan...

pelanggan: Bang,mari sini sekejap..
pelayan : ye saye, ada apa encik?
pelanggan : saya ada masalah dengan sup saya ni..

pelayan : kenapa encik?
pelanggan : cuba kamu rasa sup ni..
pelayan : kenapa? sup ni terlalu masin ke encik?
pelanggan : tak, cuba kamu rasa dulu..
pelayan : ke sup ni terlalu panas?
pelanggan : takkkk, cuba le kamu rasa dulu..
pelayan : ok, baiklah... eh, mana sudunya?

pelanggan : haaa... tu la masalah dia.. ! Saya nak makan sup ni
dengan apa?...B-)


Apa pandangan korang mengenai lawak diatas? :D

 Sekian :) 
 Terima kasih sebab sudi baca 
Wasalam

November 7, 2012

Cinta Si Buta

November 07, 2012 8 Comments
 Daftar Says dan Tips dapat RM5 dengan mudah ♥

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin,pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang".... Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu.Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi.Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya.

Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian mencium sudu itu dan berkata, "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan. "

Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut. Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu.

Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak didapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati, garu ketiak kamu" "Apa-apalah abang ni ?" tanya Yati tak faham. "Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setelah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta melakukan seperti biasa dan berkata,........ "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini..........boleh saya jumpa dia" Amin: ???????????

tang... tang...tang.. Sesungguhnya Cinta itu Butaaaa.......... "

October 14, 2012

Pekena Lawak jap

October 14, 2012 7 Comments

Hye korang..sha baru habis paper Finance tadi...sekarang nak kasih hilang tension..jom kita baca lawak yang entah lawak ke tak..

********************************************************************************************

Chot: "Chet, skrang dah pukui brapa?"
Chet: "3:15 petang."
Chot: (dgn mimik muka kehairanan) "Aku pelik lar, awat sumer orang nak
           menipu dengan aku ari nih?"
Chet: "Awat lak? Bila lak aku tipu hang?"
Chot: "Sepanjang ari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang ari jugak
           la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi

           jawapan yang sama..."

********************************************************************************************

Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran. "Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot. "Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas. "Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan!" kata Chot. "Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi. "Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"


Pustakawan tersebut berkata, "Ahh... jadi, encik ni la yang ambil buku
panduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"

********************************************************************************************

Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.

Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naik
dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdiri
sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata, "Kak... Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar..."

********************************************************************************************

Nota pink : hahaha..lucu tak?? sha dari tadi ketawa ja..then senyum..dah macam orang gila..sekarang sha sedang BW..:)