April 29, 2021
November 29, 2020
Pengalaman beli barang elektrik online di PG Mall
Pengalaman beli barang elektrik online di PG Mall | beli barang elektrik online? Biar betul, tak takut kah bila sampai barang tu rosak pula ? Return pula satu hal, kena pergi pejabat pos urus itu ini, postage tanggung sendiri tau, Itu ja bermain difikiran, iyala kita sudah beli barang mahal macam tu, bila sampai rosak pula tak kah rugi tu, membazir duit saja.
Baca Pengalaman beli glucometer (alat untuk check gula untuk ibu mengandung)
Sha dah beli macam-macam secara online termasuklah power bank, rak piring, speaker dan sha pernah memberanikan diri untuk beli handphone pada ketika dahulu, syukur rezeki sha belum pernah lagi barang yang sha beli sha pulangkan balik kepada tuannya, adapun sparepart skuter suami sha iaitu starter tidak berfungsi dengan baik, leceh kalau nak pulangkan so burn Rm50 lebih disitu.
Pernah juga sha beli secara online baju pajamas untuk eshal , sha siap bagi ukuran dekat seller sebab eshal kan masih baby, umur 4 bulan tapi baju tu sha min saiz yang besar sikit. Lama boleh pakai, bila sampai baju tu, kecil lah pula, seluar langsung tak muat, baju singkat dan lebar bila di cuci, kualiti baju tu tak berapa elok. Salah seller sha dah bagi ukuran tetap bagi salah size, tapi nak buat macam mana, suami cakap tiada rezeki, jadinya baju tu simpan dalam stor. Baru nak matching dengan edan.
Baca Pengalaman beli pump susu di shopee
Beberapa bulan yang lalu sha dapat voucher dari PG Mall, terfikir nak beli apa dalam website nya, agak lama jugalah sha survey, lastly decide nak beli bread toaster dan hair dryer.
Pengalaman beli barang elektrik online di PG Mall
Al kisahnya sha nak beli bread toaster sebab sha dan suami suka sangat makan roti paun yang panjang tu, selalu bakar di kuali dan masak telur mata untuk sarapan pagi, jadi sha rasa better sha beli bread toaster, brand faber. memandangkan ada voucher free kan hihi
Hair dryer pula sebab sha ada hutang dengan suami, sha rosakkan hair dryer dia untuk keringkan baju setahun yang lalu haha..jadi ngam juga di PG Mall ada brand yang sama iaitu Philips warna dan design lebih kurang jugalah hitam, so sha cepat-cepatlah grab.
Postage setiap satu item RM20 so untuk 2 item adalah RM40 walaupun barang tersebut dari kedai yang sama. Pos ke Sandakan Sabah
Baca Pengalaman beli baju mengandung di SG shop
Dalam RM130 juga sha spend dekat PG Mall untuk 2 item termasuk postage bagi sha agak mahal juga jika sha bandingkan beli di website lain seperti shopee, postage free apabila beli barang minimum RM15 atau RM40 ikut kedai juga.
Tapi di PG Mall pun ada diskaun juga, sha dapat claim RM20 postage untuk pembelian RM100 ke atas so oklah memandangkan dapat voucher di PG mall, semua bayaran adalah free
Jadi sha proceed payment.
Lepas buat pembayran, nanti pihak PG Mall akan hantar notification pembayaran dan tracking no. melalui email yang korang telah daftarkan. Dan seller sha ni guna pos J&T
Baca Pengalaman membida di Chilindo
Malangnya bila sha cuba untuk trace tracking no. Pada website j&t ianya invalid, status dalam order pula pending pickup. Setiap hari sha check status tetap sama juga. Aduhai takkan lah seller PG mall ni nak menipu pula, jadi sha try chat seller, button chat pada status order ada tapi not working, button helpline pun tiada..website PG mall ni agak lembap sikit bagi pandangan sha, tapi buyer banyak juga beli dekat situ maybe sebab dapat voucher ka apa sha pun kurang pasti
Jadi sha pergi item yang sha beli tu, ah jumpa pun button chat, cepat-cepat sha tanya dia nombor tracking tak dapat trace dia minta order nombor sha bagi la, nak reply tu pun makan masa juga sampai situ ja dia balas
Leceh lah pula kan, tak mesra alam betul lah, tiba-tiba pagi tu j&t call sha minta alamat penuh, sha terpikir tak kan lah barang PG mall dah sampai?
Eh betul lah barang dah sampai, tracking tak dapat trace, barang dah sampai syukurlah haha baru ja sha nak cancel nak cari seller lain.
Dengan laju nya sha buka parcel, tengok hair dryer cantik seperti dalam gambar dan berfungsi. Saiz pun ngam dengan tangan sha, senang pegang dan ringan di bawah kemana saja. Love sangat hihi
June 4, 2020
November 10, 2018
Beli Pump Susu Dekat Shopee
Semua orang tahu shopee adalah mall online termurah diabad ini, iya itu sha akui..sebab kebanyakan barangan anak sha beli dekat sana termasuklah Beg Mummy 5 in 1, murah tauu tapi korang kena pandai carilah, ada yang murah tapi belum masuk postage, ada yang murah tapi nun diseberang china, lambat dapat, ada yang murah tapi belum ada orang beli, so itu kena teliti, tengok komen betul2 ada yang rating tak cantik boleh cari yang more better.
So lepas bersalinkan edan hari, susu tak keluar, stress gila, suami marah sebab anak dah lapar sehari tak menyusu, sha dah try makan dan minum macam-macam, still keluar cuma susu pekat putih yang dipanggil colostrum. pump guna pump manual sakit yang amat ya, so decided untuk beli pump susu, maka gigih lah mencari dekat shopee heee..
Untuk Pump Susu ni sha beli dekat kedai sini murah-murah ja sha beli yang penting boleh pump susu dengan baik dan keluarkan susu haha kan korang. Oh ya time sha beli ni on sale jadi harga dia RM26+ tambah postage bolehlah dapat RM31. So korang pun boleh tunggu nak purchase besok sebab on sale juga sha tak tahu berapa harga tapi try la kan hihi. Stok hanya ada pink, i like pink hihi