Resepi Ayam Goreng Berempah
sHaRiNa (opzzpinky.com)
February 12, 2021
13 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum
Resepi Ayam Goreng Berempah | Pertama kali sha makan ayam goreng berempah ni masa sha menghadiri konvokesyen di UiTM Shah Alam, selama di Sabah, sejujurnya sha belum pernah rasa ayam goreng berempah ni, mungkin tidak berminat haha, tapi bila cuba ayam goreng berempah di negeri orang eh, sedap pula kan, sebab time tu ada satu kedai makan yang sangat popular dengan nasi kukus ayam goreng berempah, sha dah lupa nama kedai, tapi masakannya memang padu.
Bila dah mula datang rajin begini terasa nak makan menu yang jarang dibuat, untuk resepi ayam goreng berempah ini memang sangat sesuai dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi lemak. Keistimewaan resepi ayam goreng berempah ni pada serai yang ditumbuk berasingan menjadikan tekstur serdak dan bertali membuatkan nya sedap dan rangup apabila digoreng.
Untuk pengetahuan, ayam ni sebelum digoreng mestilah diperap semalaman untuk memastikan rasa bahan-bahan sebati pada ayam tersebut.
Bahan-Bahan Resepi Ayam Goreng Berempah
Masa Penyediaan: 1 jam
Masa Memasak:20 minit,
Jumlah Hidangan:10 orang
Resepi Oleh: Che' Nom
- 1 ekor ayam
- 3 sudu besar rempah kari daging
- 2 sudu besar serbuk cili * saya guna cili giling puteri
- 2 sudu besar serbuk kunyit
- 2 sudu besar serbuk ketumbar*
- 1 sudu besar jintan manis*
- 1 sudu besar serbuk jintan putih*
- 5 batang serai, potong panjang 1 inci dan tumbuk halus garam secukup rasa
- 5 tangkai daun kari
Bahan-bahan untuk kisar halus:
- 6 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 3 inci halia
Cara Penyediaan Resepi Ayam Goreng Berempah
- Bersihkan ayam dan toskan.
- Untuk bahan bertanda (*), kalau tak ada serbuk boleh guna yang biji dan kisar halus bersama bahan-bahan lain.
- Gaul ayam bersama kesemua bahan termasuk bahan kisar halus. Perap selama minimum satu jam. Lagi lama diperap lagi sedap rasa ayam.
- Panaskan minyak dan goreng ayam di atas api sederhana sehingga masak.
Tips
- Kalau nak pastikan ayam masak dengan sempurna, semasa menggoreng ayam tutup kuali dengan penutup seketika. sehingga masak.
- Goreng di atas api sederhana kerana jika api kuat nanti ayam masak hitam di luar tetapi di dalamnya masih mentah.
Resepi credit to Che Nom