Showing posts with label sandakan. Show all posts
Showing posts with label sandakan. Show all posts

October 18, 2017

Nombor Telephone Bas Kota Kinabalu - Sandakan

October 18, 2017 5 Comments
Nombor Telephone Bas Kota Kinabalu - Sandakan | Assalamualaikum dan salam bercuti sempena pesta cahaya, deepavali. Amboi bukan main sakan cuti cikgu-cikgu sekalian, alhamdulilah, cuti seminggu ni sha pulang Sandakan dan entry ini sebagai rujukan sha sebab selalu nombor phone penting ini hilang, jadi sha nak simpan pula nombor telephone bas Kota Kinabalu - Sandakan


Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan memakan masa 6 jam, begitu juga dengan dari Sandakan ke Kota Kinabalu haha bezanya kalau musim hujan bas akan jalan perlahan, kadang-kadang akan mencecah sehingga 7-8 jam.

Begitu juga dengan musim cuti, jalan akan sesak, jadi memang akan rasa kepanasan punggung dalam bas waktu sebegitu panjang. Hihi tapi jangan risau, setiap bas ada menyediakan tandas.

Hanya dua syarikat bas yang bergerak mengikut laluan dari Terminal Inanam - Tamparuli - Kundasang - Ranau - Telupid - Sandakan iaitu Bas Tung Ma dan Bas Sida.

Kedua-dua bas berkenan akan bergerak mengikut jadual masing-masing iaitu satu hari hanya satu syarikat bas sahaja yang jalan sehala, jika Bas Tung Ma bergerak dari Kota Kinabalu pada hari isnin, maka pada hari yang sama juga, Bas Sida akan bergerak dari Sandakan pula.

Nombor Telephone Bas Kota Kinabalu - Sandakan

Tung Ma 088-381190
Sida 088-384676

Nombor Telephone Bas Sandakan - Kota Kinabalu

Tung Ma 089-218904
Sida 089-224990

Harga tiket untuk satu perjalanan adalah sama iaitu RM43, dan jika korang nak cancel perjalanan boleh hubungi kaunter di syarikat bas berkenaan untuk benarkan open tiket untuk perjalanan seterusnya, tempoh open tiket selama sebulan pada bas yang sama. Dan pihak bas akan suruh korang datang dengan tiket untuk cop open tiket. Jangan burn, sayang duit hihi..

Selamat bercuti semua

May 7, 2015

Pulang yang tak dirancang

May 07, 2015 2 Comments

Happy Holiday, manusia mana tak excited bila tiba2 ada chance pulang hometown kan..haha..paling best cuti yang tidak dirancang..Ya Allah, punyalah best !! terima kasih Allah walaupun pulang cuma 4hari tapi terlepas rindu dekat rumah..hihi..

Cuti ni macam angin ja, sekejap ja rasa kan..tapi pulang sandakan, sha memang akan luangkan masa dengan kawan2..so destinasi utama ialah..kompleks batu 5, sha memang akan pergi sana, tolong kawan menjual..ngam2 time tu musim luruh..so sangat cantik photo shoot..walaupun dah bertukar warna bunga dekat situ..hahaha

Lepas tu tengok orang main belon..terus photo shoot dekat situ..macam kanak2 riang haha...






Cantik pula pakai turquoise ni, nampak kulit menyerlah..raya nanti nak buat baju combine dengan warna ni la..pink tetap ada..haha..

May 14, 2013

Anda tahu Sayur apa ini?

May 14, 2013 9 Comments

Assalamualaikum

Ok..sha dah tanya Mr A yang tinggal nun jauh disana..sayur ini dia tak kenal..so hari ini sha nak share kat korang..sayur orang kampung, sha tak tahu lah orang kampung kenal tak sayur ni..hihi..namanya KETUKAK..pelik kan? ntah sapa yang bagi nama haha..


Tapi masak sambal ni sedap tau..rasa?? emm rasa pahit2 sikit..
sha dah try google, tapi tak jumpa haha..google pun xtau ni sayur apa..kot2 korang tahu tapi lain nama..boleh share dengan sha hihi..

April 26, 2013

Lelaki ka perempuan?

April 26, 2013 2 Comments

Assalamualaikum

sejak tiba di kampung halaman, sha agak kurang on9 sebabnya..malas nak buka laptop dan line maxis tiada..huhu..tak tahu lah kenapa line malam ni laju sangat..tapi bagus juga..hilangkan boring hihi

so kerja utama jaga budak kecil yang lincah ni..then sha pakaikan dia tudung comel dak? macam perempuan kan? actually lelaki la..hihi..Muhd Suhairil Aiman..kawan bertekak :P

selain jadi baby sittter, sha jadi teacher pada sebelah malam..teringat kat pelajaran time sekolah rendah..hihi
manfaatkan lah cuti ini dengan keluarga..kan..kan..dah lari tajuk lak..haha.. 

April 23, 2013

Home Sweet Home - Sandakan

April 23, 2013 1 Comments

Assalamualaikum

inilah teratak peninggalan arwah bapa..kata orang home sweet home..rindu nak pulang..akhirnya tiba juga dengan selamat..sampai ja di rumah..sha tiba2 sakit..:( selesma dan sakit tekak..kejap lagi nak deman..ni nak ambil mood nak update blog setelah kemarin tiada update..

Besok malam nak tamatkan GA..[klik bagi yang belum join] rrr..rasa macam nak tidur ja ni
lemas sangat..doakan sha cepat sembuh ya..

#kena siapkan tempahan header...nantilah..

December 11, 2012

Apa yang ada di SABAH : Labuk Bay

December 11, 2012 14 Comments

Cerita ini tahun lalu kot sha pergi ziarahi penempatan beruk dan family di labuk bay batu 19 sandakan..pergi ramai-2 mesti best kan? hehe..tempatnya memang jauh..pendalaman sangat..jalan pun belum diturap..nasib baik kami naik kereta besar hehe..


Masuk ja penempatan beruk kena cas RM15 bagi dewasa kanak-2 RM 5 kot..sha da lupa..itu bagi membezakan pengungjung dan beruk hahaha..







tapi penempatan yang paling femes di sandakan ialah sepilok batu 14..sana banyak sangat monyet..sha dah tak ingat berapa fee nya..sebab time pergi sana masih kecil..