Showing posts with label sunat bayi perempuan klinik sandakan. Show all posts
Showing posts with label sunat bayi perempuan klinik sandakan. Show all posts

June 3, 2021

Kelebihan Bersunat Bagi Bayi Perempuan

June 03, 2021 12 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Kelebihan Bersunat Bagi Bayi Perempuan | Umur berapakah sepatutnya untuk bayi perempuan bersunat? persoalan ini sangat biasa bagi ibu bapa yang baru mendapat anak perempuan, ada beberapa perkara yang perlu ibu bapa tahu mengenai bersunat dan juga kelebihan bersunat bagi bayi perempuan dari segi Agama Islam.

Bersunat bagi anak lelaki kita memang biasa dengar apatah lagi ketika anak lelaki sudah mulai memasuki usia 12 tahun, pada zaman dahulu, kenduri doa selamat akan diadakan dan bidan kampung akan dipanggil untuk upacara bersunat, kebiasaanya kalau buat dikampung memang akan dibuat bersunat beramai-ramai, tapi zaman sekarang ramai yang buat diklinik swasta sahaja. Macam mana pula dengan bersunat bagi bayi perempuan?

Sunat Bayi Perempuan Menurut Islam

Berkhatan / Berkhitan / Bersunat adalah proses yang melibatkan pemotongan sebahagian kulit pada bahagian atas faraj bayi perempuan. Bahagian yang dipotong itu sebenarnya kecil sahaja dan ianya sangat berbeza dengan bersunat pada anak lelaki yang seperti kita dengar sebelum ini. 

Berapa umur yang paling sesuai untuk bersunat bagi bayi perempuan? 

Kebanyakan doktor berpendapat umur seawal mungkin adalah lebih sesuai untuk bersunat bagi bayi perempuan dan selalunya ibu-bapa akan membawa bayi perempuan mereka bersunat selepas si ibu habis tempoh berpantang pada 44 hari ke atas. Bagi anak perempuan sha, sebenarnya sudah lama sha rancang untuk sunatkan dia sejak usia 3 bulan lagi, sebab dengar orang cakap lambat sunat nanti susah sikit, kita pula yang tak senang tidur hihi, tapi alhamdulilah eshal selesai bersunat ketika umurnya 10 bulan, semuanya dipermudahkan.

Bersunat di Klinik Swasta atau Di Rumah Bidan?

Baru sha terfikir kenapa tidak sha sunat eshal diklinik saja memandangkan sekarang pun kes covid meningkat, bawa baby pun banyak risiko kalau kita mau buat dirumah bidan. Lagipun sha sudah tanya bidan, kena sediakan barang macam kain sarung, kain putih lilin, dan pengeras, macam leceh kan banyak kena sediakan. Dan proses bersunat di rumah bidan ini sha tidak tahu, mungkin ada ibu-ibu tahu boleh kongsikan di laman komen :) 

Jika bersunat di klinik swasta kena ikut polisi klinik tersebut, mereka akan tanya dulu usia bayi, ada yang mengambil dari usia 3 bulan kebawah ada juga klinik yang hanya mengambil dari usia 6 bulan keatas. Dan pastikan sebelum korang gerak pergi klinik, korang telephone dahulu ya. 

Bayaran mengikut klinik tersebut, macam Klinik Syifa Batu 6 IJM Sandakan, bayaran hanya RM 20 untuk seorang, proses pemotongan sangatlah mudah dan cepat, doktor hanya bagitahu dia akan lukakan sedikit pada atas faraj sahaja sehingga keluar darah sedikit kemudian siap. Proses bersunat di klinik swasta bagi bayi perempuan tidak melibatkan bius kecuali umur budak tersebut sudah besar.

Awalnya sha takut sebab ini anak perempuan pertama, jadi sha tutup mata bila eshal disunatkan, dalam fikiran sha darah akan keluar memancut-mancut haha..tapi doktor cakap tidaklah, asal ada sedikit darah keluar itu sudah cukup, lega hati sha hihi.

Pastikan bayi korang berada dalam keadaan sihat, tidak demam atau mempunyai masalah lain, jika ada boleh tangguhkan sehingga dia betul-betul sihat. Jika ada keraguaan berkaitan umur yang sesuai, boleh bertanya doktor terlebih dahulu. 

Kelebihan Bersunat Bagi Bayi Perempuan Dari Segi Agama Islam

Bersunat bagi bayi perempuan akan membari manfaat kepada seseorang kerana ianya adalah sesuatu yang disunnahkan. Antara kelebihan bersunat, ianya menjadikan anggota kemaluan wanita lebih bersih dan dapat memelihara seseorang dari pelbagai penyakit.

Bersunat juga dapat membawa kesempurnaan pada agama, keindahan dan meluruskan syahwat. 

Baginda SAW bersabda yang bermaksud : “Khatan ialah sunnah kepada lelaki dan kehormatan kepada wanita.” (Direkodkan oleh Al-Baihaqi)

Penjagaan Selepas Bayi Perempuan Bersunat

Berbeza dengan bersunat bagi lelaki, bayi perempuan biasanya mengambil masa yang cepat untuk pulih disebabkan hanya potongan kecil pada bahagian kemaluan nya. Jadi bayi perempuan biasanya akan bergerak aktif selepas bersunat. 

Sebelum pergi ke klinik pastikan lampin bayi dalam keadaan kering, selepas disunat, doktor akan menahan darah dengan kapas selepas itu darah tidak lagi keluar, cuma perlu ditekankan faktor kebersihan terutamanya dalam hal menukar lampin.

Selesai urusan bersunat bagi bayi perempuan, dengan entry ini sha baru tahu kelebihan bersunat menurut Islam, bila ada anak perempuan baru dapat ilmu baru, tapi kalau korang tiada anak perempuan bolehlah hebahkan kepada keluarga, teman atau jiran, semoga bermanfaat buat semua dan dipermudahkan urusan korang :)