Perkembangan Anak Dalam Pembelajaran di Tabika Perpaduan
sHaRiNa (opzzpinky.com)
September 20, 2022
2 Comments
Bismillah,
Pendaftaran tabika perpaduan dibuka sekarang
Assalamualaikum
Perkembangan Anak Dalam Pembelajaran di Tabika Perpaduan | Sha baru ada kesempatan untuk membalas komen sis erica mengenai perkembangan anak dalam pembelajaran di tabika perpaduan, untuk anak umur 4 tahun terlalu awal untuk sha mahu dia fokus untuk belajar dan untuk tahun ini, harapan sha cuma nak dia boleh bercakap memandangkan dia speech delay dengan bergaul dengan kawan-kawan disekolah.
Tapi di sekolah kan, sudah semestinya cikgu tidak biarkan dia hanya dengan bermain, tapi cikgu juga galakkan dia melukis, menulis, mewarna dan mengenal abc macam sekolah lain juga. Cikgu ajar dia dengan pembelajaran level murid umur 5 tahun, alhamdulilah sedikit sebanyak dia dapat ikut juga pembelajaran tersebut.
Buku akan dibawah pulang untuk ibu bapa semak
Untuk pengetahuan ibu bapa, starter kit termasuklah buku pembelajaran lambat sampai, disebabkan silibus buku tabika perpaduan tidak dijual di mana-mana kedai, memang tabika perpaduan sendiri sediakan, barang pula dari semenanjung so ambil masa mahu sampai sabah. Tapi cikgu memang ada alat pengajaran lain mengikut silibus sebelum dapat buku, so ibu bapa jangan risau yang mana anak baru mendaftar cikgu akan sediakan, sekarang kan dah moden hihi.
Sesi pembelajaran Pembelajaran di tabika perpaduan juga melibatkan ibu bapa, apa yang murid belajar hari tersebut akan dibawah pulang untuk disemak oleh ibu bapa, disini sha boleh katakan kita dapat melihat hasil kerja anak dan sedikit sebanyak kita dapat tahu kelemahan anak untuk kita baiki. Begitu juga dengan kerja rumah yang cikgu berikan.
Perkembangan anak speech delay
Bagi sha, kita tidak boleh meletakkan 100% usaha cikgu untuk mengajar anak kita, kita sebagai ibu bapa juga patut memberi tunjuk ajar sekali gus dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak. Macam anak sha yang speech delay ni, memang dia akan bergaul dengan budak lain di tabika tapi effort kita untuk dia lebih banyak bercakap adalah dengan bercakap dengan dia, pulang sekolah tanya dia makan apa hari ini, kawan-kawan rapat dia ada sekolah kah tidak dan banyak lagi, bila tanya banyak soalan yang dia hari-hari lalui secara tidak langsung dia akan pandai jawab insyaAllah.
Dan apa yang sha nampak memang adik dia pun akan ikut apa abang dia buat, maksudnya sebagai abang dia secara tidak langsung mengajar adiknya, biarpun abang speech delay tapi dia belajar dalam masa yang sama dia akan mengajar adik-adiknya, so mum yang ada anak speech delay jangan down, dorang cuma belum pandai bercakap galakkan anak berbual dan jangan lupa jumpa pakar ya.
belajar mewarna, mengunting dan gam, menulis mengikut dot semua aktiviti ini sha buat di rumah apabila cuti sekolah dan korang akan nampak perkembangan nya sendiri.
Penglibatan ibu bapa
Selain itu juga tabika perpaduan anak sha ni dia selalu melibatkan ibu bapa, ada juga sha dengar ibu bapa yang tidak berminat untuk melibatkan diri tapi lebih suka melibatkan diri dengan aktiviti yang diadakan oleh tabika ini memberi ruang untuk kita kenal kawan-kawan anak serta ibu bapa yang lain. Dan dari situ, kita juga boleh tanya cikgu perkembangan anak kita di tabika.
Sebagai bekas cikgu tadika, sha sangat peduli tentang pembelajaran anak sha, tapi untuk tahun ini yang baru bermula pada bulan mac yang lalu, tidak banyak sesi persekolahan yang anak sha hadiri disebabkan kesihatan. Iyala musim selesma batuk memang kita tidak jangka apatah lagi ianya penyakit yang lambat sembuh, kadang sampai seminggu baru sembuh.
Pendaftaran tabika perpaduan dibuka sekarang
Ibu Bapa yang berminat untuk masukkan anak yang berusia 4-6 tahun ke tabika perpaduan berdekatan dengan tempat tinggal, bolehlah mendaftar sekarang, tempat adalah terhad, ambil borang, isi dan hantar segera. Daftar anak awal, jangan tunggu sampai 6 tahun baru nak daftar kesian anak mahu kejar pembelajaran, kadang baru nak kenal abc belum pandai membaca, tahun depan pula nak masuk darjah 1 so memang kesian, 4 tahun memang awal tapi boleh ja untuk pendedahan awal.