15 Tips Murah Rezeki
sHaRiNa (opzzpinky.com)
January 28, 2021
3 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum
15 Tips Murah Rezeki | Bila bercakap tentang rezeki mesti kita terfikir duit, tapi sebenarnya konsep rezeki sangat luas, antaranya diberi kesihatan yang baik juga rezeki, dipermudahkan urusan pun rezeki, pergi kerja, duit dalam dompet tinggal untuk tambang pergi balik kerja, kawan bawa makan dia kata nak belanja, itupun rezeki, hari ini gaji, ada seorang pakcik tua minta sedekah jadi kita bagi dia RM50, kita bagi dia, maka itu rezeki dia yang kita pegang, rezeki itu hanya Allah sahaja yang tahu, jadi entry kali ini sha nak kongsikan mengenai 15 tips murah rezeki yang kita boleh amalkan dalam kehidupan seharian, insyaAllah
1. Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap Alhamdulillah. Benda simple, tapi ramai yang lupa buat, orang zaman sekarang bila bangun tidur confirm handphone yang dicapai dulu hihi, samalah termasuk yang sedang menaip ni hihi.
2. Mulakan dengan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Kalau tengah di timpa ujian, sentiasa istighfar . Menangis dan merayulah pada Dia. Selepas itu solat subuh.
3. Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat (2 kali). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati.
4. Tanamkan azam dalam diri mulai hari ini nak fokus dan semangat dengan kerja, elakkan membawang atau gosip dengan kawan-kawan kerja atau kuliah.
5. Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali!
6. Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan pada orang seterusnya. Sedekah la walau hanya 10sen.
7. Setiap kali waktu solat, paksa diri untuk solat awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang.
8. Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH nak kaya cepat pada Allah. Dia kan Maha Memberi. Jangan minta dengan manusia. Minta pada Allah.
9. Sentiasa ucapkan rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji!
10. Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi.
11. Video call atau call biasa mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu.
12. Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.
13. Cara maafkan, sebelum tidur, tutup mata, bayangkan muka orang itu, sebut namanya 3 kali, dan katakan “Aku maafkan engkau dan sayangkan engkau kerana Allah Taala”. (Teknik bersihkan kolam jiwa).
14. Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabila kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.
15. Akhir sekali, Berdamailah dengan masa lalumu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki, Sayangi diri sendiri.
Alhamdulillah ❤️ semoga entry ini bermanfaat agar kita semua memperolehi rezeki yang luas dimuka bumi ini dan sharing ini telah sha petik dari facebook سيتي نور ايلي