Hebatnya Dugaan Bertunang
sHaRiNa eLyaNa
September 09, 2017
14 Comments
Assalamualaikum, bertunang merupakan Sunnah Rasullulah S.A.W dimana Baginda sendiri pernah bertunang dengan A'isyah ra. Malah Baginda menyarankan agar sesiapa yang ingin bertunang dengan seorang wanita, dia dibenarkan melihat wanita tersebut yang ingin dipinangnya.
“Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan” Hadith Riwayat Abu Daud.
Bertunang sebenarnya adalah fasa perkenalan dan persediaan bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Dari segi Agama Islam, bertunang disebut ‘khitbah’ dalam bahasa Arab yang bermaksud permulaan kepada pernikahan yang merujuk kepada proses ‘melamar’ seseorang wanita oleh pihak lelaki. Rata-rata alim ulama menyatakan bahawa hukum bertunang adalah harus, namun Imam Syafie mengatakan bahawa hukumnya adalah sunat.
Sesiapapun yang telah disarungkan cincin oleh ibu kepada pihak lelaki akan mengalami hebatnya dugaan ketika bertunang, dugaan tersebut datang dalam pelbagai bentuk, malahan ianya berlaku secara tidak langsung.
Berikut sha nyatakan dugaan paling hebat pernah dialami oleh mereka yang telah pun bertunang.
Emosi tidak stabil - Sebelum bertunang, emosi seperti ini tidak pernah diambil kesah, tapi apabila sudah bertunang, perasaan marah, sedih, kadang-kadang gelisah memikirkan tunangannya, walaupun hakikatnya sudah lama saling mengenali. Emosi seperti ini bagus jangan dilayan, banyakkan berzikir kerana ianya adalah mainan Syaitan untuk menghancurkan perancangan dalam membina rumah tangga.
Cemburu buta - Biasanya terjadi kepada wanita, kerap mengawasi gerak geri malah ianya boleh mengakibatnya tunangannya merasa terkongkong, seperti sedang berdepan dengan seorang polis. Sebaiknya, berfikiran secara positif dan tanam rasa percaya akan tunangan masing-masing.
Takut salah buat keputusan - Tunangan mula menampakkan perangai sebenar, yang dahulunya peramah, apabila sudah bertunang menjadi seorang yang pemarah. Maka sebelum bertunang, beristikarahlah, walaupun cinta itu melebih dari segalanya, kita juga perlu rahmat dari Allah.
Gangguan orang ketiga - Dugaan yang paling popular abad ini, kadang-kadang terlampau melayan chat orang lain juga menimbulkan perasaan sayang, jadi jangan memcuba untuk meluah perasaan, penat lelah selain dari tunangan.
Masalah kewangan - Tidak semua yang ambil keputusan untuk bertunang telah cukup dari segi kewangan, sebagai pasangan, bantulah setakat yang boleh untuk mengurangkan beban tunang. Tapi sebaiknya pastikan duit mencukupi baru mengambil keputusan untuk bertunang bagi mengelakkan tempoh bertunang yang panjang.
Mendekati zina - Takutlah kepada Allah untuk melakukan hal yang terkutuk ini, selagi kedua-dua pasangan menjaga batas pergaulan, tiada yang perlu dirisaukan. Namun janganlah kerap berjumpa dengan tunang melainkan ada urusan yang hendak diselesaikan bersama.
Daripada Riwayat Tirmizi: “Tiada berdua-duaan lelaki dan wanita melainkan syaitan yang ketiga.”
Sesungguhnya, Islam itu mudah dan tidak menyusahkan. Kepada ibu bapa, janganlah terlampau menetapkan hantaran yang tinggi, adapun hanyalah menyeksa kedua-dua pasangan yang berniat untuk membina rumah tangga, semata-mata untuk kelihatan megah pada hari persandingan. Semoga mereka yang berniat untuk berkahwin ini, dipermudahkan Allah dalam apa juga urusan mereka.
Doakan sha juga dapat menempuhinya sampai mendirikan rumah tangga, InsyaAllah :)
Sumber : 10 dugaan besar semasa bertunang