Showing posts with label tv3. Show all posts
Showing posts with label tv3. Show all posts

December 23, 2019

Sinopsis Kampung People

December 23, 2019 3 Comments


Sinopsis Kampung People | Assalamualaikum, ramai orang cakap drama ni happening..best dari drama melayu yang lain..actually sha pun baru nak marathon episode 1 best lah..dengan watak elly mazlein sha suka sangat walaupun ada gedik dekat situ haha..nak sambung tengok nanti jap lagi dekat youtube..maklumlah unifi sha dah pasang hahaha

Drama ni disiarkan pada jam 9 malam setiap hari Rabu-Jumaat di TV3, sha memang tak dapat nak tengok kalau time malam..edan tidur awal...hihi so tengok online ja la kann

Terlepas tengok Chandra Nandini? Jom Tengok Online

Sinopsis Kampung People Razif terpaksa menjadi saksi menentang bekas bossnya, penjenayah Tuan Suhaimi di mahkamah. Razif menerima ugutan dari kumpulan Cengkih Manis dan polis meletakkan Razif dan keluarganya ke dalam Program Perlindungan Saksi agar mereka tidak dibunuh sebelum kes pendakwaan. Keluarga Razif terpaksa menyamar dan menukar identiti mereka menjadi orang kampung. Kejadian melucukan berlaku apabila keluarga Razif cuba menyesuaikan diri dengan keadaaan di kampung.

So korang rasa best ke tak? hihihi

Terlepas tengok Chandra Nandini? Jom Tengok Online

December 23, 2019 3 Comments


Terlepas tengok Chandra Nandini? Jom Tengok Online | Assalamualaikum, hi peminat Chandra Nandini..haha kita genk, hari ini ada tau, korang jangan lupa tengok pula, makin lama cerita nya makin best, oklah ada juga wayang yang sha ditunggu2 walaupun sha ni tak langgan astro..ini ja wayang sha setiap hari..

Drama Hindustan ini start pukul 4petang setiap hari Isnin-Khamis DiTV3

Terlepas tengok Chandra Nandini? korang jangan risau, sha tolong sort kan masa korang mencari channel mana nak tengok..sha dah berabis cari dekat you tube, jumpa tapi subtitle pula tiada, macam mana nak faham kan haha..

Cerita ni pasal apa ya? ok mari sha story sikit, awal-awalnya cerita dendam Chandra kepada ayah nandini sebab dia bunuh Bapa Chandra, then kebetulan dia ni keturunan Raja, lalu merampas tahta Nanda, ayah nandini, lalu jadilah dia Raja Magdad, kahwin terpaska dengan puteri nandini dan bermula lah bibit2 cinta didalam istana..

ok cukuplah tu kalau korang nak tengok full drama tu korang boleh tengok dengan page ANIME MALAY rajinkan like page dia ni, ada banyak lagi drama best dekat situ..hihi

ok can cin cau...


October 2, 2013

Love You Mr. Arrogant Akasia TV3

October 02, 2013 3 Comments

Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.


Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. 


Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.


Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.


Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti..