Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

August 28, 2017

Pelamin Biru Bertemakan Awan

August 28, 2017 8 Comments
Assalamualaikum, tahniah buat kawan baik sha, sudah pun bertukar status kepada Puan, iaitu Pn Hanisa telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 26 Ogos yang lepas bersama jejaka pilihan hatinya En Romzi dengan sekali lafaz di perkarangan masjid Batu Putih, Sandakan. Majlis resepsi berlangsung dengan gemilangnya di Dewan Batu Putih, Sandakan. Alhamdulilah sha berpeluang untuk menghadirkan diri walaupun hakikatnya pada hari yang sama, ada majlis bersama si cilik cikgu di UMS Kota Kinabalu.


Setiap pasangan pengantin mengimpikan majlis sebagai raja sehari berjalan dengan lancar terutamanya pelamin. Kali ini sha nak kongsikan Pelamin Biru Bertemakan Awan milik kawan baik sha pada hari perkahwinannya.

Sememangnya warna biru adalah warna kegemaraan beliau, wajiblah baginya pelamin mengikut citarasa tersebut. Jika dibandingkan dengan warna kegemaraan sha, iaitu merah jambu, warna biru adalah warna rebutan lelaki dan wanita, jadi tidak menjadi pertelingkaran antara kedua pihak jika pasangan ini memilih warna tersebut menjadi warna tema perkahwinan mereka.

Berkonsepkan awan, sha kurang perasan konsep ini, mungkin sha tiada jiwa seni yang mampu dirangkulkan untuk melihat benda yang tersirat pada pelamin ini haha tapi bila orang bagitahu konsepnya terus sha terpikir "oh ya pula kan, bungaan putih diatas itu melambangkan awan, dan tabir biru itu melambangkan langit. " seronoknya bersanding hahah.

Ucapan sha pada pengantin
InsyaAllah, semoga perkahwinan yang terbina ini, berkekalan hingga ke Jannah, semoga menjadi isteri yang taat pada suami, harap cepat dapat zuriat yang soleh dan solehah. Tapi jangan pula tiada masa untuk lepak dengan kami, kita tetatp best friend forever. 

Harap entry ini dapat menjadi pengisian diwaktu kita tua nanti, boleh tengok sambil minum kupi, sambil mengenang masa lalu yang best kita pernah tempuhi bersama dahulu. hahaha..Doakan juga kawanmu sorang ni, dipermudahkan urusan dalam apa jua urusan yang baik. aminnn I love u so much, is.

*mata berkaca*  hahaha

April 2, 2013

My lecturer's wedding

April 02, 2013 10 Comments
Assalamualaikum

lamanya sha tak update kan..kan..huhu..busy..tersangat busy..dah nak masuk April, bulan exam..gud luck student UiTM..so dalam kesibukan, lecturer sha kahwin wehh..sempat gak pergi..dia kahwin pada minggu lepas hihi..lambat kan sha update :P hilangkan tension jap..meh tengok gambar..*layan gambar ja ya*

Pengantin :)


tahniah madam and suami

madam tengok sini..*cehh bergegar pula !!

buah tangan :)

akan datang hihi


penganti pengantin haha

my class mate

the guyssss..yang naughty

thanks korang yang sentiasa support entry2 sha..haha..nanti sha akana balas ya..rajin2 tengokkan blog sha ya..