Showing posts sorted by date for query resepi. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query resepi. Sort by relevance Show all posts

January 7, 2023

Adakah Blogger Releven Di Tahun 2023

January 07, 2023 2 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Selamat tahun baru 2023, sedar tak sedar kita dah masuk ke tahun baru, maka bertambah lah umur kita 1 tahun hihi umur koang berapa tahun ni? tahun lalu famous betul tik tok yang tahun-tahun sebelum ni instagram pun tak kurang famousnya, dan kebanyakan blog dah sendu beralih kepada 2 antara media sosial ni,sha antara mereka ni haha, blog sha tahun lalu update pun sikit ja dek kerana laptop sha motherboard rosak, tak dapat diselamatkan.

Adakah Blogger Releven Di Tahun 2023


Disebabkan media sosial seperti facebook, instagram dan kini tiktok mudah sangat nak post status berupa text dan video, orang zaman ni lebih mudah memilihnya berbanding blog, apatah lagi media sosial sekrang ni dah boleh buat side income sendiri, di tik tok saja dah boleh berjual secara dropship, goyang kaki tup tup duit masuk

Tapi dimana dan apa jua caranya, usaha itu penting , macam kita selalu post dekat blog, post pula dekat media sosial, page view tinggi, client pun approch kita job banyak, ataupun kalau korang memang komited dengan blog boleh apply job dekat intellifluence job dibayar menggunakan mata wang usd, sha ja dah dapat lebih dari 2000 ringit malaysia untuk lebih dari 5 job kebanyakannya 1 job tu 100 usd cuba kira hihi, job senang ja korang apply bila lulus buat cepat dan post sebab payment bila dah approve akan dibaar melalui paypal selama 15 hari kalau 15 hari tu kena pada ari sabtu maka korang kena tunggu jumaat seterunya untuk withdraw maybe sha akan buat satu entry untuk terangkan lebih lanjut mengenai aplikasi ini

Blog boleh bantu orang saat memerlukan

Bagi sha blog ni masih releven dan evergreeen tak kisah berapa tahun akan datang sebabnya korang post dekat blog orang akan search then kena pula korang ja yang post pasal benda yang dorang cari tu, secara tidak angsung sangat membantu macam post sha ni pasal sim kad expired apa nak buat? page view untuk post ni dah mencecah 27 ribu memang antara yang paling hit lah sebab post ni ramai yang komen dan contact sha tanya pasal sim kad expired tu, tak kira malam pun wasap sha.. sampaikan sha dah boleh jadi agent tune talk hihi.

Selain share pengalaman, banyak benda sebenarnya korang boleh tulis dalam blog ni, ikut rentak blog korang nak, nak jadi diary pun boleh nak share resepi pun boleh itu pun ok juga sebab mak mak sekarang kalau rajin memang akan selalu save resepi buatnya tak tahu bila haha...tapi kalau mudah dan ada bahan memang akan buka juga blog korang kan. Lagi oran suka bila banyak resepi, bookmark terus

Website lain dah terkejar-kejar nak update post apa hari ni, sebab nak dapatkan tempat pertama di carian google, sekarang dah tak kira website formal pun dah tulis artikel pasal gosip sebab apa sebab ramai orang berpusu-pusu mencari maklumat tapi pstikan maklumat semuanya betul ya, tak pasti jangan kongsi hihi

Sha baru habis renew domain dot com, bila ada domain sendiri pembaca lebih trust dengan blog kita, senang hafal lah macam blog sha opzzpinky.com, the only one dalam dunia blog.. klien pun senang nak berurusan dengan kita sebab kita ada blog yang kita komited selain dari aktif post la hahaha..sekurangnya seminggu 3x atapun kalau rajin sehari 1 post, nak post apa tu kena plan, macam sha ni mak mak yang jadi suri rumah sentiasa banyak kerja yang tak habis, bolehlah draft mana tajuk yang muncul dalam kepala, bila dah siap terus post, takut hilang pula hihih

Selain pendapatan dari blog macam adsense, sha sejak 2017 duit dalam adsense baru 70 lbh hhahaha sehari dapat 0.10 ja bila lah nak withdraw 100 usd hahaha..makanya kena rajin sharinaaa, tu la orang lebih pilih media sosial lain sebab mudah dapat duit tapi diingat bila blog korang link dengan media sosial lagi deabak dia punya income

Mudah2an klien di tahun tahun lalu akan berkolabrasi lagi dengan blog opzzpinky di tahun ini..aminnn

Nak happening kan lagi blog korang carilah group support, macam sha ada group yang sha join untuk job blogger ni, dulu bayar 100 untuk seumur hidup sekarang macam pengasanya tak peduli dah group ni tapi kami tetap berbagi job antara ahli, kebanyakan job sha dapat dari group ni la..alhamdulilah payment tak banyak tapi adalah sikit, tak dari blog pun post dari media sosial lain dah kira ok 

so kalau korang blogger dari 10 tahaun yang lalu, cuba tanya diri sendiri adakah blogger ni releven di tahun 2023? blog dah terkubur? boleh hidupkan semula, repair apa yang patut dan banyakkan mempost kalau nak buat blog baru makan masa nak tempatkan di hati google, kecuali usaha dan rajin hahaa..apapun doakan semoga tahun 2023 ni banyak rezeki masuk dan mengalir seperti air di sungai hihi..






September 28, 2022

Bertenaga Sepanjang Hari Setelah Amal Maajun Nenda

September 28, 2022 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Bertenaga Sepanjang Hari Setelah Amal Maajun Nenda | Maajun Nenda ni dah viral dekat tiktok dan IG, ramai orang dah try, artis pun dah ramai try juga..banyak bagi feedback positif, sebagai suri rumah, mak anak dua, yang sibuk mengurus anak dan mengemas rumah mesti nak rasa bertenaga dalam melaksanakan kerja seharian kan, sha pun nak try juga, sha dah beli 2 botol sekaligus maajun nenda ni nanti sha akan share feedback diakhir post ini adakah benar-benar bertenaga sepanjang hari setelah amal maajun nenda ni?

pengasas maajun nenda bersama cucu nya (generasi ke 6)


Rahsia Maajun Nenda 

Kalau korang nak tahu Maajun Nenda ni adalah Rahsia Bidan Istana Sejak 1928, diperbuat 100% secara homemade dirumah menggunakan kuali tembaga bagi memastikan maajun yang dihasilkan betul-betul masak dan tahan lama, pastinya tiada bahan pengawet dan ramuan herba adalah resepi turun temurun yang diguna pakai sejak dahulu lagi. 




Maajun nenda mempunyai 44 jenis herbal, rempah ratus , daun dan akar terpilih antararnya ialah :- 
Manjakani , arabic gum, halia bara, jintan manis, jintan putih, kunyit kering, akar serapat, jemuju, cabai pulas, akai inai, daun pecah periuk, akar gajah beranak, bawang putih, daun senna maki dan akar sekecut.

Seriusly, banyak juga daun dan akar yang sha baru dengar tapi tak kurang juga bahan dapur yang kita gunakan untuk memasak diguna pakai untuk membuat maajun nenda ni, yang pasti kita sudah tahu manfaatnya disetiap 1 biji yang kita kunyah tu kepada badan kita kan.

19 Manfaat Maajun Nenda kepada wanita

  1. Membuang angin dalam badan dengan cepat 
  2. Mengecutkan peranakan 
  3. Melawaskan pembuangan air besar tanpa sembelit 
  4. Mengenyangkan dan amat sesuai untuk diet
  5. Membentuk tubuh yang lebih langsing
  6. Mengetatkan, menegang dan menganjalkan rahim
  7. Menegang payudara dan pingggul
  8. Badan jadi cergas dan ringan
  9. Meyihatkan badan dan otot dalaman
  10. Mengeluarkan angin dalam badan
  11. Melancarkan perjalanan haid
  12. Hilangkan senggugut
  13. Hilangkan keputihan
  14. Awet muda dan kulit cantik dan bibir kemerahan
  15. Hilangkan lenguh badan
  16. Melancarkan peredaran darah
  17. Membanyakkan pengeluaran susu badan
  18. Amat seseuai untuk ibu berpantang
  19. Meningkatkan nafsu/ghairah

Cara pengambilan Maajun Nenda



Dalam 1 botol ada 3 boba, 1 boba bahagikan kepada 8 biji, gentelkan secara membulat so jumlah dalam 1 botol ada 24 biji, Kunyah 1 biji tanpa minum air, sebelum sarapan pagi untuk kesan terbaik

#pastikan tangan bersih dan kering untuk memastikan maajun tidak berkulat sebab maajun nenda tiada bahan pengawet
#habiskan maajun nenda dalam masa 2 bulan, jika tidak makan pastikan simpan dalam peti sejuk

Siapa yang boleh makan Maajun Nenda?





Cabaran 48 hari kunyah Maajun Nenda

Bestnya, apabila korang beli 2 botol maajun nenda korang akan dapat free booklet "cabaran 48 hari kunyah maajun" + bekas penutup kuning. Untuk 2 botol ini genap 48 hari korang kunyah setiap hari.




Dalam booklet ini  korang boleh rekod sebelum dan selepas makan maajun, catat berat dan tinggi korang yang terkini, bacaan bmi sebelum makan untuk rujukan korang bila dah habis cabaran 48 hari kunyah maajun nenda ni, bagi sha dengan adanya booklet ini, korang boleh tahu konsisten atau tidak  cara diet korang dengan rekod pada booklet yang disediakan seperti minum air 8 gelas sehari, bersenam atau workout, pakai bengkung dan semestinya No Sugar !

Selain itu juga diruangan feeback korang boleh nampak kesan pengambilan maajun nenda ini untuk minggu pertama, kedua dan penggunaan berterusan, insyaAllah bila ada usaha dan konsisten korang akan sihat luaran dan dalaman dengan maajun nenda ni.

Feedback selepas kunyah Maajun Nenda

Ini kali kedua sha makan jamu, jamu pertama sha makan lepas sha bersalinkan anak pertama, dan sedihnya jamu tu tak habis pun dimakan sebab sha dihantui dengan rasa jamu tersebut. Bila bersalinkan anak kedua sha dah Trauma nak makan jamu...Tapi sha beranikan diri untuk mencuba maajun nenda ni sebab banyak sangat orang cakap jamu yang ini sedap.

Betul lah jamu ni sha ngam di tekak, rasa pedas-pedas manis madu apabila makan rasa nak lagi haha, asal bangun pagi ja terus cari maajun nenda. Kunyah sebiji lepas tu buat rutin harian sebagai suri rumah.



Bertenaga Sepanjang Hari Setelah Amal Maajun Nenda 


Khasiatnya pula pada badan, alhamdulilah seperti yang sha ceritakan pada manfaat diatas, sha kunyah sebiji sahaja pada hari pertama dah rasa angin keluar dengan cepat dan pembuangan air besar setiap hari membuatkan badan sha jadi ringan dan cergas. Bahaya bila angin banyak dalam badan membuatkan kita lesu dan tidak bermaya, badan terasa sengal dan sakit. Bahan Halia bara pada maajun nenda ni membantu membuang angin dan membuatkan sha bertenaga sepanjang hari, alhamdulilah

Khasiat pada dalaman pula, yang ini korang kena cuba sendiri baru tahu kesannya, malu sha nak bagitahu tapi overall husband memang akan puas hati dengan 'layanan' dan korang pun akan rasa sihat dari segi dalaman.

Sejujurnya, bila makan maajun ni, korang kena banyak minum air, minggu pertama sha makan sha kena migrain sebab kurang minum air dan anak pula menyusu badan, of kos sha migrain kan, sebab badan kekurangan air, so selepas sha set minum air 8 gelas atau ikut keperluan masing-masing migrain akan hilang dengan sendirinya.

Kesimpulannya, mana-mana ibu yang bekerja ataupun suri rumah zaman sekarang sangat memerlukan  supplement, yang pastinya korang pilihlah supplement yang selamat untuk dimakan sekaligus untuk sihat luaran dan dalaman, sha dah jumpa dah, maajun nenda la jawapannya hihi.

Kalau korang berminat nak cuba boleh lah beli dekat shopee dan instagram Mynenda atau lagi senang whatsapp link dekat bawah, sekarang ada harga promosi dan free shipping grab cepat !




April 25, 2022

Resepi Raya Biskut Koko

April 25, 2022 0 Comments

Assalamualaikum, masuk hari ni dah ramadhan yang ke 23, sha pasti ramai ibu-ibu dah mula buat biskut raya, ini biskut raya sha yang kedua, of coz yang adalah kuih makmur, dah jadi kebiasaan sha akan buat kuih makmur dulu hihi 

Resepi makmur conflakes rangup :- 
https://www.opzzpinky.com/2020/05/resepi-kuih-makmur-cornflakes-sedap-dan.html

Biskut kali ini simple ja bahan-bahan nya semua senang dapat dan tak perlu cari jauh jauh, tapi kebelakangan ni telur kurang jadi korang kena beli siap siap..sha susah sangat nak dapat telur..dan resepi ni hanya guna 1 butir telur

Ok seperti yang dijanjikan ini adalah resepi raya biskut koko

Butter 1cawan 
1 Kuning telur 
Gula halus 1 cawan 
1 sudu kecil esen vanila
Pukul hingga sebati, sha guna mixer, tapi kalau guna tangan pun boleh.

Ayak dan masukkan
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan serbuk koko

Gaul sekali menggunakan tangan sehingga tak melekat pada tangan

Uli dan cetak menggunakan bentuk yang disuka , sha lebih suka bentuk awan/bunga..bintang oun boleh..senang ja biskut ni cetak terus dapat banyak..masukkan dalam loyang

Panaskan oven 160'c 10 minit ikutla oven masing-masing ya. Api atas bawah, fan on.

Sementara tu dah siap cetak, korang sapu guna lebihan telur tadi pakai putih telur untuk gam rice coklat atau sprinkle..letak dibahagian tengah ja ya..sikit tak perlu banyak..sekadar hiasan semata..hihi

Masukkan dalam oven masak selama 20-30minit..bila dah masak rehatkan 5 minit baru ngap..eh puasala hahaha..susun la dalam balang seal elok-elok nanti habis pula anak makan..hihi

Simple kan..lepas ni sha nak buat biskut semperit pula..ini lagi senang guna 3 bahan ja..boleh buat 3 warna..colorful..

resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan :-
https://www.opzzpinky.com/2020/05/resepi-biskut-semperit-3-warna-guna-3.html?m=1

Selamat mencuba

November 6, 2021

Kek Birthday Untuk 2 Customer Pertama

November 06, 2021 3 Comments


Assalamualaikum, dalam minggu ini saja 2x orang order kek bajet untuk birthday ini adalah 2 customer pertama sha, dari customer beli karpet sampailah dia try kek bajet 1pek RM5, dia kata sedap lepas tu dia mahu order pula kek bajet untuk birthday kawan nya perisa coklat, satu lagi pun sama, anty sha dekat rumah, try kek bajet 6pek semua flavor dia try. Ngam2 bulan ni hari jadi ibu nya iaitu nenek hajah, so dia order kek vanila, Alhamdulilah walaupun busy buat kek bajet 1pek rm5 tu, busy dengan anak kecil sha terharu ada juga orang order kek dengan sha iyala deko tak seberapa, tapi rasanya sha yakin sedap hihi

terima kasih sis adawia order kek coklat, actually kek ni untuk kawannya, dia dah booking date bulan 1 nanti tuk anak nya pula..tq sis

tq anty order kek dan yakin sama hasil tgn anak buah mu ni hahaha..selamat hari ulang tahun buat nenek hajah..semoga sihat selalu

Tahun ni agak mencabar jugalah. Setakat tahun ini sha baru open order dan ini antara kek yang sha buat untuk tahun ini dengan resepi baru yang sha belajar dari pjj, agak lama juga belajar selain dari buat kek untuk birthday anak, adik dan ipar semuanya puas hati dengan rasa dan deko baru sha open order 

Bagi area sandakan sabah, jangan malu segan kalau nak order kek bajet untuk birthday bole roger sha fb sharina saimon..

September 8, 2021

Doh Roti Tidak Kembang, Ini Penyelesaiannya

September 08, 2021 3 Comments
Doh Roti Tidak Kembang, Ini Penyelesaiannya

Bismillah,
Assalamualaikum

Doh Roti Tidak Kembang, Ini Penyelesaiannya | Cuaca mendung begini, sedap makan roti dengan teh tarik panas, nak beli malas pula, jadinya gigih cari resepi dekat you tube, banyak sangat resepinya entah jadi entah tidak haha..sha ingat lagi pertama kali buat roti, resepi tu sha google ja hasilnya keras sangat, lempar dinding pun. Boleh retak..haha sayang ja bahan tapi boleh lah nice try..mood rajin tu ada..itu yang penting

So kali kedua try, sha beli tepung ready made, tinggal campur telur, butter, yis dan air rasanya. Tepung tu dalam RM6 lebih sha beli dekat mydin, ini untuk yang teringin makan roti tapi degil mau buat sendiri boleh try yang ini..ada resepi disediakan, tepung 900g dapatlah buat 2 3 kali, puas hati macam beli dekat kedai.

Hari ini sha try lagi tapi sha guna resepi yang sha belajar online, ini group berbayar ya..pjj punya, bahan ringkas senang dapat. Boleh guna minyak, kira kalau jadi jual ni save banyak, tepung 500g agak2 dalam 1 kg lebih juga doh, uli guna tangan sebab sha tak ada bread maker, boleh lah bagi tegap sikit tangan haha..

30minit sha perap doh tak kembang, aish tak kan tak jadi kan, hari tu jadi pula ini tak jadi, down sikit. Sha search dalam youtube, mungkin sebab yis tak aktif, ada betulnya juga..sedih lah time tu rasa macam mau buang ja doh tadi..tapi sayangnya doh tu banyak..anak sha dah ambil piring nak makan roti..huhu

Search pula dalam group berbayar tadi, katanya kalau buat doh time cuaca mendung, yis memang lambat aktif, lah iyaka lambat aktif ingatkan tak jadi tadi hahaha..memang mendung hari ini..

So, Doh Roti Tidak Kembang, Ini Penyelesaiannya

Dalam group tu cakap kalau doh tak kembang, sila panaskan oven 10 minit, bila bunyi ting, letak doh atas oven 10 minit confirm doh akan kembang bak bunga mekar, terima kasih group pjj buat roti, senang hati sha..tengok anak makan roti buatan sendiri

Oh iya group pjj ni dulu sha join RM10 ja yuran nya. Dia kasih masuk dalam group private fb, sha tak dapatlah share resepi buat roti dekat sini, kalau nak join boleh roger sha..banyak lagi group nya hari tu sha join group kek, brownies dan roti promosi RM25 ja, lama dah join tapi baru mencuba hahaha rajin lambat datang..




July 15, 2021

Tips Jaga Gigi Anak Supaya Bersih, Putih dan Cantik

July 15, 2021 0 Comments
Tips Jaga Gigi Anak Supaya Bersih, Putih dan Cantik

Bismillah, 
Assalamualaikum


Tips Jaga Gigi Anak Supaya Bersih, Putih dan Cantik | Anak baru umur 2 tahun gigi dah rosak, kesian nya ini mesti sebab banyak sangat makan makanan manis, makanan manis memang kegemaran budak apatah lagi kalau ibu ibu jadikan ia makanan rutin harian, ish ish ish..

Anak mula diberi makanan sejak umurnya 6 bulan, sampailah umur 2 tahun, ibu disarankan tidak memberi makanan yang tinggi kandungan gula dan garam kerana itu boleh membebankan buah pinggang mereka, kesian bagi ibu bapa yang kurang pengetahuan untuk hal ini, malah ada juga ibu bapa langsung tak tahu. Untuk tambah pengetahuan mengenai resepi makanan baby korang boleh join group facebook sana banyak ilmu pengetahuan termasuklah makanan apa yang boleh diberi sewaktu anak tumbuh gigi.


Gigi anak tumbuh seawal 5 bulan, macam edan giginya tumbuh sejak dia berumur 6 bulan selepas dia diberi makanan dan dia pernah masuk ward akibat cirit birit yang teruk berpunca dari tumbuh gigi, dan bulan berikutnya gigi edan tumbuh sebiji demi sebiji menjadikan giginya penuh pada umurnya 10 bulan.

Tips Jaga Gigi Anak Supaya Bersih, Putih dan Cantik

1. Bersihkan gusi anak seawal 5 bulan - untuk membiasakan anak berus gigi, ibu perlu rajin membersihkan gusi anak seawal yang mungkin, sebab pada usia ini, kebanyakan anak sudah mulai gatal gusi. 

2. Sediakan berus gigi yang sesuai - berus gigi anak pada usia 5 bulan disarankan berbentuk getah yang dimasukkan kedalam jari telunjuk sehinggalah dia berusia 9 bulan, jika sudah ada gigi tukar kepada berus gigi budak yang halus bulunya.

3. Berus gigi anak 2 kali sehari, setiap hari - Ini pentingya, ibu kena rajinkan diri untuk memberus gigi anak 2 kali sehari, pada pagi dan malam, jika ibu bekerja, pesan pada pengasuh, pastikan gigi anak diberus paling tidak pun semasa dia mandi pagi dan petang

4. Jangan bagi anak makan manis - ini juga antara tips jaga gigi anak supaya bersih, putih dan cantik, sejujurnya sha jarang sekali bagi anak sha makan manis pada usia 2 tahun kebawah, sebab makanan yang manis ini penyumbang kepada kerosakan gigi, jika nampak orang bagi dia, please larang, jangan biasakan anak makan manis. biar anak menangis, dan biarlah orang yang bagi tu nak cakap apa, dia anak kita, kita ada hak.

5. Ajar anak minum air masak - seawal usia edan 6 bulan sha dah biasakan dia minum air masak, sampai umur dia sekarang nak masuk 3 tahun dia dah boleh minum air masak dalam 700ml sehari, kalau dia tidak cukup minum air masak bibirnya akan jadi merah dan mudah demam. 

6. Ajar anak minum susu dalam gelas - umur edan 6 bulan sha ajar dia minum air masak di dalam botol susu, umur 1 tahun sha start belikan dia botol pakai straw, bila dia dah wean off, sha ajar dia minum susu dalam gelas yang ada straw, gelas ini ada jual di Mr.DIY. Penggunaan botol susu boleh menyebabkan gigi anak cepat rosak.

7. Cara berus gigi anak yang betul - letakkan kepala anak pada paha dan berus secara mendonggak berus gigi atas, depan bawah dan lidah. Gunakan berus gigi dan ubat gigi yang berflorida.

8. Jumpa Doktor gigi setiap 6 bulan di Klinik kerajaan - Genap umur anak setahun, dah boleh bawa anak jumpa doktor gigi, untuk disapu florida, klinik kerajaan dapat percuma, lepas sapu, tak boleh bagi anak susu/air selama 30 minit. Dan jangan berus gigi anak sampai besok pagi

InsyaAllah semoga tips ini berguna kepada semua ibu untuk menjaga gigi anak supaya bersih putih dan cantik, kesian dekat anak bila dah capai umur 4 tahun gigi dah tiada, susah nak makan benda keras dan mungkin akan dibedah. Ini telah terjadi pada anak buah sha. kesian tengok semoga bermanfaat..


July 6, 2021

Kek Birthday Eshal 1 Tahun

July 06, 2021 1 Comments

Bismillah,
Assalamualaikum






Kek Hari Jadi Eshal 1 Tahun | walaupun post lambat tapi umie tetap nak buat entry, maklumlah sibuk memanjang dah sampai sebulan entry tak berupdate, actually masa ada tapi kita yang tak pandai atur, so birthday eshal setahun sha sambut biasa saja, ada kek, mee goreng dan ayam goreng, buat deko sikit, siap untuk jadikan kenangan untuk sambuatan hari jadi NUR ESHAL KHADIJAH 1 tahun 2021


kek macam biasa umie buat sendiri cuma deko pada kek belum pro lagi haha tulisan pun masih failed kan haha tak apa umie try haha, untuk sambutan hari jadi eshal pada 6 julai tempoh hari, umie buat 2 kek, sebab dalam rumah ramai orang, edan pula jenis suka makan kek, so sha siap-siap buat 2 kek, satu perisa vanila cheese cake satu lagi perisa coklat cake, tak sampai besok dah habis haha belum sempat bagi jiran haha semua jenis cepat lapar ni, sha terutamanya haha

Tahun lalu sha pun buat kek edan sendiri Resepi korang boleh usha dekat sini BUAT SENDIRI KEK HARI JADI CONFIRM JADI PUNYA dan RESEPI KEK COKLAT GUNA BLENDER senang bahan pun mudah dapat, cara pun mudah faham sukatan cawan, korang wajib try kalau anak dan suami jenis suka makan kek hihi


umie doakan eshal jadi anak yang solehah, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, dengar cakap umie baba, disayang semua orang dan doa yang baik2 untuk eshal sentiasa, amin

insyallah bulan 9 nanti kita sambut birthday abg edan pula ya..



March 28, 2021

Resepi Ayam Bakar Padu

March 28, 2021 2 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Resepi Ayam Bakar Padu | Tak lama lagi nak puasa, mesti ramai cari menu buka puasa yang memukau, sebelum ni sha ada kongsikan resepi ayam berempah, memang resepi tu kegemaran sekeluarga, senang nak buat dan bahan pun senang dapat


So kali ini sha nak kongsikan pula resepi ayam bakar, cakap pasal bakar, mesti kerja leceh nak kena memanggang, mana nak cari ranting pokok, sha duk dalam flat ja haha, alahailah cik akaka, sekarang dah moden..oven kan ada..resepi ni guna oven guys..tak ada oven boleh pinjam oven jiran, dia tengah rajin buat tempahan kuih raya, amboi awal sangat hihi..tuk buat teaser la akak

Resepi ayam bakar ni bukan untuj juadah berbuka saja, mana yang berniat nak menjual semasa bulan puasa, di alu-alukan menggunakan resepi ini, cuma kuantiti ayam dan bahan kenalah selari ya..insyaAllah laris manis jualan, kalau bakar di tamu nanti pasti semerbak bau ayam bakar ni sebab bahan-bahan memang padu, sangat sesuai untuk jualan juga.

Ok sha dah panjang lebar macam sha nak ja menjual ayam bakar ni haha mana lah tau kan kot ada rezeki menjual ayam bakar di kampung suami time puasa nanti, insyAllah..jomlah semua pakat salin resepi ni

Bahan A
1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan

Bahan B
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia

Bahan B ni boleh kisar atau tumbuk.

Bahan C (kuantiti sesuai selera ya) 
Sedikit sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kunyit
Lada hitam serbuk
Lada hitam hancur
Sedikit lada putih
Garam
Sedikit minyak masak @ minyak bijan
Lebih kurang 1 sudu besar planta 

Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.

Bahan D
Gula atau madu. Boleh skip kalau x suka, sy letak madu supaya tak de la nnt rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap td.

Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.

Bakar dalam oven ikut suhu masing² ye. Sy guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.

Perkongsian resepi ini dari Duang Promlikit

Korang memang kena cuba resepi ayam bakar ni, mana yang baru berjinak-jinak menggunakan oven, bukan sahaja boleh bakar kek dan biskut ya, oven juga boleh bakar ayam, so alang dah rajin, boleh lah cuba resepi ayam bakar ini..

March 17, 2021

Top 28 Lifestyle Bloggers in Malaysia in 2021

March 17, 2021 6 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Top 28 Lifestyle Bloggers in Malaysia in 2021 | lifestyle blog adalah salah satu skop terbesar yang blogger pilih dalam dunia blogging termasuk sha, blog sha ada macam-macam jenis cerita mengenai gaya hidup sha dari sha masuk universiti, bujang dan dapat kerja, sehinggalah berkahwin dan dapat 2 sepasang anak, edan dan eshal, lifestyle blog sangat luas, korang boleh menulis dan menaip apa sahaja yang terlintas difikiran. bagi sha memandangkan ianya skop yang luas, maka itu orang akan tertarik untuk membaca nya, lagi-lagi gaya hidup itu menjadi rujukan orang lain, contoh macam pengalaman mengandung, tanda-tanda mengandung dan alahan, jika diolah dengan baik, insyaAllah sangat bermanfaat buat orang yang membaca

Oh iya, sebelum ni sha ada senaraikan blogger ibu-ibu di Malaysia yang paling best untuk korang singgah dan kaut ilmu parenting dengan dorang menang tidak rugi, senarai itu korang boleg tengok pada link --> 26 mommy blogger yang paling best 2021

So kali sha rajin senaraikan 28 lifestyle blogger pula, marilah baca mana tau blog korang tersenarai hihi.

Top 28 Lifestyle Bloggers in Malaysia in 2021


1. Siti Awadah - www.sishawa.com
4 tahun, bermula 2017
Blog lifestyle, parenting dan ilmu blogging. Ibu kepada 6 anak. 
Suka kongsi pelbagai info dan panduan sebagai rujukan

2. Eyqa Hasnan - www.eyqahasnan.com
11 tahun, bermula 2012
Blog lifestyle, tips dan personal. Berkeyakinan dalam pelbagai bentuk untuk membina networking bersama.

3. Ciktom - www.ciktom.com
11 tahun, bermula 2010
Blog lifestyle, parenting & tips.

4. Ardini Humaira - www.ilhamdini.com
13 tahun, bermula 2008
Blog lifestyle, beauty, parenting, personal, tips, review, masakan

5. Azlinda - www.azlindaalin.com
8 thn, bermula 2012
Lifestyle Blogger suka menulis di blog tentang dekorasi rumah, make over rumah, travel, masak-masak, pengalaman yang pelbagai aspek

6. Nabiha Mohd Mashut (Bie Mohd) - www.biemohd.com
14 tahun, bermula 2006
Blog Islamic Fashion & Parenting Lifestyle sebagai Wanita bekerjaya dan ibu kepada 3 orang anak yang suka berkongsi aktiviti DIY, fesyen dan aktiviti kekeluargaan sebagai panduan ibu moden masakini yang selalu meletakkan "Family First" dalam hidup dan kekal cantik bergaya dalam apa jua keadaan.

7. Fuzy Rahamah Hamid - www.iamfuzy.com
15 tahun bermula 2006 Lifestyle blog berkongsi pelbagai cerita tentang kerjaya, keluarga, masakan 

8. Alia Farhan - www.aliafarhan.com
13 tahun bermula 2008
Lifestyle blog.. Sharing about everything from cooking, parenting, travelling, deco n DIY

9. Wan Rokiah (Wawa) - www.mommywawa.com
Blog lifestyle, parenting, personal tips, tips kesihatan, kecantikan 

10. Chaza Xiaojie - www.cxopportunities.com
10 Tahun bermula June 2011
Blog Lifestyle, parenting, food, beauty.  Suka berkongsi pengalaman hidup, resipi, keluarga dan tips kesihatan.  Kini minat tertumpu kepada photography.  Suka ambil gambar cantik-cantik agar orang suka tengok hasil kita dan boleh kongsi di blog sendiri. Cx juga berkongsi review produk dan drama juga filem. 

11. Yaya Azura - www.yayaazura.com
11 Tahun bermula Jan 2010
Lifestyle, parenting blogger. Juga suka berkongsi pelbagai resepi dan tips. Ibu kepada 2 cahayamata. Mula berblog sebagai diari menceritakan hal anak-anak dan kemudiannya menjadikan blog sebagai sumber menambah pendapatan.

12. Bonde Zaidalifah - www.bondezaidalifah.com
11 tahun, bermula 2010
blog mengenai lifestyle ,travel, resepi, review novel, review drama dan review produk

13. Sii Nurul - www.siinurul.com
6 tahun bermula 2015
Blog perkongsian lifestyle, blogging, tips & panduan kerjaya, review dan pengalaman hidup

14. Meksah - www.meksah.com
8 bulan, bermula 2020
Lifestyle Blog, berkongsi pengalaman dan informasi. Ibu kepada seorang anak Lelaki berumur 3tahun.

15. Messarah - www.messarah.com
8 tahun blogging, mula 2013
Seorang peminat tegar local skincare (#supportlocal) berumur 20an yang suka menulis tentang skincare tips (beauty), banyak menghabiskan masanya di Twitter, gemar menonton Netflix dan anime, dan adakala berkongsi hasil lukisannya di instagram @/saraewyd. Pernah berkongsi pengalaman belajar di universiti, bekerja di kafe, panduan membeli-belah dan sebagainya.

16. Abang Rock - www.abangrock.com
4 tahun, mula mei 2017
Blog lifestyle dari pandangan seorang lelaki dan suami. Berkongsi kisah semasa dan panduan tentang kehidupan, gaya hidup lelaki, perhubungan dan perkara berkaitan Islam

17. Marina Bashah - www.marinabashah.com
mula bergiat aktif 2 tahun yang lepas, pada tahun 2019.
Lifestyle, parenting, food, beauty, hotel, travel. seorang wanita yang bekerjaya. kerja hakiki kadang kala kena travel. Alang-alang travel pergilah bercuti sekali dan share tempat makan, hotel dan tempat bercuti. 

18. Rozita - www.ceritaita.com
13 tahun,  mula tahun 2008
Blog lifestyle. Banyak cerita pasal personal life,  kisah anak-anak, pendapat tentang isu semasa, tempat bercuti, kisah masakan dan resepi,  kerjaya,  dan  petua

19. Fadzi Razak - www.fadzirazak.com
6 tahun, bermula 2014
Blog Malaysian Family Lifestyle termasuk tentang kekeluargaan, parenting, resipi, travel, organization, how to, tips dan review.

20. Zati Salim - www.zatisalim.com
10 tahun, mula Dec 2011
blog lifestyle , berkongsi tentang isu semasa,tips,resepi,tutorial blog.

21. Hawa Hassan - www.hawahassan.com
3 tahun, bermula 2018
Blog lifestyle. Suka kongsi tentang susun atur, projek DIY, aktiviti berkebun, resipi mudah serta pelbagai tips dan panduan kehidupan.

22. Eswati azni - modernmumthingy.com
4 tahun , 2017
Lifestyle,  Travel, kesihatan, beauty dan drama 

23. Bonda Chanteq - www.bondachanteq.com
2 tahun 10 bulan, mula Mac 2018
Blog Lifestyle, info kesihatan, tips, resepi, kisah benar 

24. Aida Hanafiah - www.adianiez.com
11 tahun 9 bulan
Blog tentang kehidupan, kesihatan, makanan, keluarga dan hobi. Tidak kurang juga menulis tentang dekorasi rumah, berkebun dan percutian.

25. Norhana Rosmida - www.hannamaruku.com
4 tahun, since 2017
Ibu kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.

26. Zaza Azman - www.zazaazman8.com
1 tahun, Jan 2020
Dikenali sebagai Mama Monsta. Blog berbahasa inggeris. Gemar Kongsi resipi simple2, kongsi tempat2 makan menarik. Suka review brg kecantikan dan kesihatan. Suka share psl hal anak2, general knowledge dan tips2. Blog niche lifestyle, parenting, beauty and food. 

27. Azhafizah - www.azhafizah.com
12 tahun, Nov 2009
Perkongsian resepi mudah dan enak masak cara tersendiri. Terdapat juga tip-tip dan petua masakan yang boleh diguna pakai. Resepi tidak terhad pada resepi sendiri, ada juga perkongsian masakan orang lain.

28. Bella Jamal - www.bellajamal.com
5 tahun, start April 2016
I writes about a wide variety of reviews and information about food, pet and travel. Product reviews are provided for the public to read about and you can check out some tips from the homecooking recipes.

Ramai senior blogger termasuk sha sudah 11 tahun berblogging, ramai juga dalam senarai ini yang masih baru dalam blogging, apapun skop blog korang sha doakan kita sebagai blogger dapat menghasilkan entry yang bermanfaat buat pembaca.

February 12, 2021

Resepi Ayam Goreng Berempah

February 12, 2021 13 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum



Resepi Ayam Goreng Berempah | Pertama kali sha makan ayam goreng berempah ni masa sha menghadiri konvokesyen di UiTM Shah Alam, selama di Sabah, sejujurnya sha belum pernah rasa ayam goreng berempah ni, mungkin tidak berminat haha, tapi bila cuba ayam goreng berempah di negeri orang eh, sedap pula kan, sebab time tu ada satu kedai makan yang sangat popular dengan nasi kukus ayam goreng berempah, sha dah lupa nama kedai, tapi masakannya memang padu.

Bila dah mula datang rajin begini terasa nak makan menu yang jarang dibuat, untuk resepi ayam goreng berempah ini memang sangat sesuai dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi lemak. Keistimewaan resepi ayam goreng berempah ni pada serai yang ditumbuk berasingan menjadikan tekstur serdak dan bertali membuatkan nya sedap dan rangup apabila digoreng. 

Untuk pengetahuan, ayam ni sebelum digoreng mestilah diperap semalaman untuk memastikan rasa bahan-bahan sebati pada ayam tersebut.

Bahan-Bahan Resepi Ayam Goreng Berempah 

Masa Penyediaan: 1 jam
Masa Memasak:20 minit, 
Jumlah Hidangan:10 orang
Resepi Oleh: Che' Nom
  • 1 ekor ayam
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili * saya guna cili giling puteri
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar*
  • 1 sudu besar jintan manis*
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih*
  • 5 batang serai, potong panjang 1 inci dan tumbuk halus garam secukup rasa
  • 5 tangkai daun kari

Bahan-bahan untuk kisar halus:
  • 6 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 3 inci halia

Cara Penyediaan Resepi Ayam Goreng Berempah 

  1. Bersihkan ayam dan toskan.
  2. Untuk bahan bertanda (*), kalau tak ada serbuk boleh guna yang biji dan kisar halus bersama bahan-bahan lain.
  3. Gaul ayam bersama kesemua bahan termasuk bahan kisar halus. Perap selama minimum satu jam. Lagi lama diperap lagi sedap rasa ayam.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam di atas api sederhana sehingga masak.
Tips
  1. Kalau nak pastikan ayam masak dengan sempurna, semasa menggoreng ayam tutup kuali dengan penutup seketika. sehingga masak.
  2. Goreng di atas api sederhana kerana jika api kuat nanti ayam masak hitam di luar tetapi di dalamnya masih mentah.
Resepi credit to Che Nom 

February 7, 2021

26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021

February 07, 2021 26 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum 


26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021 | Mommy blogger, nampak macam kerja senang ja kan, hakikatnya kena pandai curi masa hanya untuk menghadap laptop, bila dah berada depan laptop pula terkaku sebentar nak fikir nak post apa hari ini, anak dah tidur dah, terfikir pula tadi anak anak belum tidur, menyempat pula melayan karenah si anak bermain lego yang baru beli dekat kedai duahinggit, terus terlintas dalam otak yang sarat dengan info dan list kerja nak buat, ok mommy nak update lah tajuk post hari ini adalah Kebaikan bermain lego pada budak umur 2 tahun, hahaha siapa mommy yang related? 

Sha start blogging 2010, time tu blog pun biasa-biasa saja, start aktif blog pula 2014, bila masuk 2017 slow down sebab banyak hal kena settel, maklumlah time tu sha dah nak kahwin, bila punya anak 1 sha terus aktif kembali untuk share pengalaman jadi parenting, anak 2 sha dah rasa macam susah ja nak update blog, berperang dengan perasaan mengantuk biasanya, haha, so dalam entry ini sha akan listkan  blog mereka yang tersenarai..jom cek blog siapa yang kena :)

26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021

1. Siti Awadah - www.sishawa.com
Blog Berusia 4 tahun, bermula 2017
Ibu kepada 6 anak. Surirumah sepenuh masa, jana income dengan Adsense 

2. Ardini Humaira - www.ilhamdini.com
Blog Berusia  13 tahun, bermula 2008
Ibu kepada 2orang cahaya mata, keguguran 5x, berhenti kerja untuk keluarga ketika mengandung anak kedua (selepas 5x keguguran), minat menulis sejak zaman sekolah. Buat blog sekadar suka suka macam diari awal 2008, serius berkecimpung dalam bidang blogger sejak 2010

3. Nabiha Mohd Mashut - www.biemohd.com
Blog Berusia  14 tahun, bermula 2006
Blog ini bermula dengan perkongsian sebagai BRIDE-TO-BE, hingga MAMA-TO-BE kepada 3 orang cahaya mata yang masih suka dengan aktiviti DIY bersama keluarga dan anak-anak untuk menjimatkan kos. Sekaligus memberikan inspirasi kepada ibu bapa diluar sana yang sedang mencari idea untuk aktiviti DIY (hari jadi, akikah,dll) untuk anak-anak mereka.

4. Mrs Pip - www.mrspip.com
Blog Berusia 6 tahun, Bermula 2015
Ibu kepada 3 anak, surirumah sepenuh masa, suka layan KDrama, berhenti kerja untuk jaga anak sejak tahun 2013.

5. Lea Razali - www.eksplorasilea.com
Blog Berusia 7 tahun, bermula 2013
Ibu kepada 2 orang anak,suri rumah dan mula ingin jana pendapatan melalui blog. Blog perkongsi resipi, travelog, info-info kesihatan dan panduan blog

6. Azlinda - www.azlindaalin.com
Blog Berusia 8 thn, bermula 2012
Mummy kepada 3 orang anak. Bekerjaya sebagai financial consultant AIA, business online dan menulis blog sebagai hobi. Seorang yang pentingkan keluarga, gemar habis kan masa lapang denganaktiviti bersama keluarga

7. Fuzy Rahamah Hamid - www.iamfuzy.com
Blog Berusia  15 tahun, bermula 2006
Umi kepada 6 anak, surirumah sepenuh masa, mulanya menulis di blog sebagai diari berkongsi pelbagai cerita, kisah kehamilan, tugas sebagai agen pelancongan, resepi masakan dan mengambil upah sebagai penulis upahan, penulis konten dan pegawai media sosial (PMS) 

8. Mamy Syu - www.annursyuhadah.com
Blog Berusia 8 thn bermula 2012
Mamy Syu merupakan Mommy Blogger Malaysia. Ibu kepada 3 orang anak. Naufal, Nufael dan Hawraa. Syu berkongsi pengalaman menjaga anak sendirian kerana PJJ dengan suami. 
Tak lokek berkongsi tip penyusuan susu badan,review,resepi serta lifestyle suami isteri jarak jauh. (PJJ selama 9 tahun)

9. Alia Farhan Said - www.aliafarhan.com
Blog Berusia 13 tahun bermula 2008
Mom of 2 princesses... Love cooking.. Travelling.. Mula berblog utk suka2.. Meluahkan perasaan n stress masa belajar dulu2

10. Wan Rokiah (Wawa) - www.mommywawa.com
Blog Berusia 8 Bulan bermula May 2020
Ibu kepada seorang anak. Surirumah sepenuh masa, dalam masa yang sama jana income bersama shaklee dan adsense.Juga seorang youtuber @wanrokiahwanismail & @vitaminwawa.

11. Chaza Xiaojie - www.cxopportunities.com
Blog Berusia 10 Tahun, June 2011
Mak kepada tiga orang anak. Mommy blogger sepenuh masa. Suka sangat menulis sejak kecil.  Azam sejak muda untuk dapat bekerja dari rumah sambil mendidik sendiri anak membaca dan mengaji

12. Nurul Aleya (apakatamommy) - www.apakatamommy.com
Blog Berusia 10 bulan - March 2020
Mommy kepada seorang anak. Sebenarnya sudah lama jadi blogger, 10 Tahun yang lepas dengan blog www.secantikmanis.com. Selepas tamat pengajian, mula bekerja blog pun semakin tertinggal. Tetapi minat menulis sentiasa ada, cuma tiada masa. Bila mula berpindah ke Jb, terus join jdt blogger dan buat blog baru. start baru dengan niche lebih kepada mommy blogger dan resepi. 

13. Nora (Izarra) - www.ummizarra.com
Blog Berusia 13 tahun, bermula 2008
Mak kepada 3 orang cahaya mata. Bekerja di sektor kerajaan (sekolah), asal ada blog suka2 update kisah peribadi, madah, dan macam dairy, dan sekarang banyak entri pelbagai perkongsian. 
Dulu aktif join event tapi bila dah berpindah blog pun kurang update sebab masih sayang pada blog maka masih ada www.ummizarra.com

14. Ciktom - www.ciktom.com
Blog berusia 11 tahun, bermula 2010
Ibu kepada sepasang cahaya mata. fulltime mommy blogger. awal berblog byk share tips, tutorial blogging & cara buat duit online. sekarang lebih banyak create awareness pasal parenting,homeschooling & emas sebagai hobi 😂 

15. Yaya Azura - www.yayaazura.com
Blog Berusia 11 tahun, bermula Jan 2010
Ibu kepada 2 oranv anak lelaki. Mula membuat blog sebagai diari menceritakan hal anak-anak dan kemudian mula menjadikan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan. 

16. Rozita - www.ceritaita.com
Blog Berusia 13 tahun,  bermula 2008
Ibu kepada 5 orang anak,  4 lelaki 1 perempuan, kerja sebagai pegawai veterinar di sektor kerajaan, suka membaca dan menulis sejak dari zaman sekolah, menulis blog bermula sebagai hobi,  menulis semua cerita pengalaman hidup, kisah suka memasak dan mencuba resepi baru, pengalaman membesarkan anak-anak terutamanya melibatkan penyusuan susu ibu dan penyakit yang dihadapi anak anak, suka juga berkongsi kisah travel dengan perkongsian tempat yang diinap semasa bercuti,  tempat makan best dan tempat menarik untuk dikunjungi. 

17. Bonde Zaidalifah - www.bondezaidalifah.com
Blog Berusia 11 tahun, bermula 2010
Bonde kepada seorang puteri, Menulis Blog adalah separuh masa mengenai lifestyle travel, resepi, review novel, review drama, review produk kecantikan dan produk kesihatan dan juga fesyen

18. Meksah - www.meksah.com
Blog Berusia 8 bulan, bermula 2020
Ibu kepada seorang anak lelaki berumur 3 tahun. Kerjaya di Sektor Swasta bidang Essential Services. Mula membina Blog Jun 2020 untuk berkongsi informasi dan pengalaman.

19. Fadzi Razak - www.fadzirazak.com
Blog Malaysian Family Lifestyle termasuk tentang kekeluargaan, parenting, resipi, travel, organization, how to, tips dan review.

20. Maesarah - www.mysarahstories.com
Blog Berusia 13 tahun, bermula 2007
Mama anak 3. Asal menulis blog sekadar suka suka dan update tentang penyusuan anak, then jadi blog bisnes kejap. Pastu sharing tentang aktiviti seharian dan sekolah 

21. Atul Hamid - www.atulhamid.com
Blog Berusia 5 tahun, bermula Sept 2016
Merupakan Ibu kepada sepasang cahaya mata. Perkongsian blog mengandungi topik berkaitan business, kecantikan, kesihatan, lifestyle, dan personal.

22. Zaza Azman - www.zazaazman8.com
Blog Berusia 1 tahun, bermula Jan 2020
Kembali berblog setelah 12 tahun berhenti. Mengguna samaran sebagai Mama monsta, mama utk sepasang anak2 monsta comel. Full Time housewife, part time blogger. Blog berbahasa Inggeris. Blog lifestyle yg mengisarkan perkembangan anak2 

23. Marina Bashah - www.marinabashah.com
Blog Berusia 2 tahun,  Feb 2019 ibu bekerjaya. 
Ibu kepada 3 anak dara. selalu kongsi mengenai persekolahan anak. 
tentang program sekolah anak, aktiviti pembelajaran di rumah dan kelas online yang dihadiri oleh anak-anak

24. Aida Hanafiah - www.adianiez.com
Blog Berusia 11 tahun 9 bulan
Ibu kepada 3 orang anak yang sempurna. Bekerja sepenuh masa. Menulis blog secara separuh masa untuk berkongsi kisah hidup berkeluarga, aktiviti keluarga, bercuti ke sana ke sini, dekorasi dan susun atur rumah serta isu semasa. Suka menulis blog kerana ia satu cara meluahkan rasa dan idea dari kacamata seorang wanita, ibu dan isteri.

25. Siti Rohaida - www.kisahsidairy.com
Blog Berusia 11 tahun bermula 2010
Ibu kepada 2 orang anak perempuan, berkongsi cerita tentang kekeluargaan,kecantikkan dan apa jua yang rasa ingin dikongsi.Menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan yang paling disukai.

26. Norhana Rosmida - www.hannamaruku.com
Blog Berusia 4 tahun, bermula 2017
Ibu kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.

Actually ramai lagi mommy blogger yang best dekat luar sana, tapi ini adalah yang paling best sha listkan, so korang jangan lupa singgah dan follow mereka semua ni tau, selamat berbloging :)



October 2, 2020

Buat Sendiri Kek Hari Jadi Edan 2 Tahun

October 02, 2020 4 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum


Buat Sendiri Kek Hari Jadi Edan 2 Tahun | sha teringin sangat nak buat kek hari jadi sendiri di rumah, plan last minit ini akhirnya menjadi bila sha dan ipar sha pergi membeli barang baking dan bahan-bahan 1 hari sebelum tarikh hari jadi edan, so agak mencabar jugalah mana lagi kena belajar sendiri dekat youtube cara buat kek, dan dekorasi nya, syukur sha di bantu oleh ipar sha, thanks sarah

Yeah edan sudah memasuki usia 2 tahun, alhamdulilah edan masih lagi sampai sekarang menyusu badan, entah bila lah dia nak wean off, seusia edan 2 tahun dia sudah mempunyai seorang adik perempuan usia 2 bulan hihi, menjadi seorang abang pada masa sekarang sangat mencabar baginya terpaksa berbagi kasih yang dia sendiri belum puas, kesian edan tapi rezeki dapat adik tu Allah tentukan so kena didik edan jadi abang yang baik. 

Dan akhirnya, cabaran diterima dan sha berjaya hasilkan satu kek yang sha pun tak pasti berapa beratnya tapi kek ini agak besar juga untuk makan 5 orang, decorasi simple saja itupun ipar sha tolong deko, sha tukang buat kek, dan letak whipping cream pada kek, best sebenarnya buat kek sendiri ini, satu kepuasan bila dapat hasilnya walaupun tak berapa cantik haha.

Resepi kek coklat moist bakar guna oven dan hanya guna blender sukatan cawan sha buat menggunakan resepi ini


Actually sha plan nak beli kek pocoyo, ala kartun pocoyo, itu antara kartun kegemaran edan, google punya google macam susah ja kalau nak buat sendiri haha, ada ja orang boleh tolong buatkan tapi harga RM50+ half KG dan print gambar pocoyo tu, baba edan nak yang main lukis punya, so plan beli kek memang cancel, so sha buat kek simple ja la asal ada nama edan dah cukup hihi

Baba edan tak expect sha mampu buat kek sebegitu indah hahaha, sebab ulang tahun edan yang pertama buat kek buah, tak cantik, membazir buah ja, untuk menyelamatkan kek tu, baba edan beli 1 kek biasa itu pun RM30+ kan sangat membazir, so bila dia pulang kerja tengok kek yang sha dah adik dia buat, he was like wow..haha at least jimat duit dia sikit kan

Buat Sendiri Kek Hari Jadi Edan 2 Tahun



So dekorasi untuk majlis, haha sedangkan kami 4 anak beranak, 2 ipar sha,6 orang ja sambut, sha memang awal-awal beli belon dekat shopee, ipar sha tiup belon dan sha tampal dekat dinding, awal kami buat jam 3 petang sementara tunggu kek sejuk baru lepas dari masak dekat oven, sekali jam 5 dah tercabut dah tu belon haha, jadi nya lintang pukang lah belon tu, itu tak termasuk belon yang edan tarik, dah lah sha ni takut belon, edan sengaja tau bagi dekat sha belon tu, terkeluar suara jantan sha hahaha.

Tips buat kek hari jadi last minit haha


Sedia kan barang dan bahan, setkan kek yang macam mana korang nak buat, perisa apa, dan dekorasi macam mana, barang utama kena ada, macam oven, mixer, dan paling penting nak buat deko kek adalah turntable cake contoh dalam gmbar warna pink atas kek, dengan ada benda tu, senang kerja korang ratakan whipping cream, dan lagi senang kalau nak letak krim tu gunakan pipping bag, baru ratakan.

Selain itu boleh juga try guna resepi kek marble koko untuk buat kek hari jadi, pasti jadi punya


Alhamdulilah youtube sangat membantu, even last minit haha, sha tak ingat acc mana tapi sha belajar semua dari youtube, dari buat kek sampai dekorasi nya, walaupun hasilnya taklah sehebat orang lain buat, tapi cukup membuatkan orang yang makan terasa nak lagi haha, dan syukur majlis kecilan hari jadi edan berjalan lancar pada 24 September 2020.


September 6, 2020

Ikan Bawal Masak Santan Guna Periuk Cuckoo P10

September 06, 2020 5 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum



Ikan Bawal Masak Santan Guna Periuk Cuckoo P10 | Yeah, husband dah topup 1 lagi barang dapur khas untuk isterinya tercinta ni haha, iya siapa-siapa yang berkenan nak order periuk ajaib ni, korang boleh PM sha ya, actually husband dah lama nak beli periuk ni, tunggu masa ja haha, dengan harapan rajin la isteri tercinta ni masak sebab periuk ni sangat simple, main campak ja makanan dah serupa makanan hotel, so tak rugi beli, terima kasih wahai suami ku hihi.

So, sha nak share dekat korang resepi simple saja, sempena hari tu kami ada event masak bersama bibik korea dengan agent cuckoo yang lain di rumah sha, of coz la dirumah sha, sha kan ada new baby so senang tak payah nak angkut 1 almari kalau nak buat tempat lain hahah, so memandangkan  sha memang ada penapis air king top dan penapis udara c-model, jadi agent lain boleh tengok dengan lebih dekat serta kegunaannya   

Ikan Bawal Masak Santan Guna Periuk Cuckoo P10

Bahan-bahannya simple saja :-

Ikan bawal yang sudah siap di goreng
Santan asli
Sedikit kunyit
3 ulas Bawang merah dan bawang putih
Halia 1 besar ibu jari 
Serai yang di tumbuk
Terung dipotong panjang
Cili merah dan hijau untuk hiasan
Garam sedikit
Serbuk Perasa

Masak bawang merah, putih, halia dan serai dengan sedikit minyak pada periuk Cuckoo P10 yang sudah dihidupkan pada mode Multicook, biarkan mendidih kemudian letak ikan bawal, letak santan, terung dan cili, kemudian gaul bersama serbuk perasa dan sedikit garam, sha tiada sukatan untuk bahan di atas, ikut korang kalau na lebih boleh tambah apa yang korang suka.

Dan kemudian tutup penutup dan set kan kepada multicook 10 minit, sesudah siap, gaul sebati dan hidangkan.

Senang ja masak menggunakan periuk cuckoo P10 ni, bila masak tak perlu jaga, then kita boleh buat benda lain, bila masak pula ikan tak hancur, rasa sebati dan sedap

Kalau korang berminat nak order periuk cuckoo P10 ni, boleh pergi Kedai Online Sha, boleh purchase dekat situ.

Harga RM70 sebulan untuk 2 tahun, penghantaran percuma seluruh Malaysia, tapi ada processing fee RM200 kalau korang bukan pengguna produk cuckoo, contohnya kalau korang sebelum ni ada beli penapis air cuckoo, bayaran on time selama 3 bulan so processing fee cuckoo akan bagi free, tapi ini limited time ya, so purchase cepat-cepat

Kalau korang nak processing fee tu percuma korang boleh roger sha dekat whatsapp 012-8427478

July 30, 2020

Perbezaan Mengandung Anak Lelaki dan Perempuan

July 30, 2020 1 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum


Perbezaan Mengandung Anak Lelaki dan Perempuan | Alhamdulilah dah dapat anak sepasang, rasanya dah boleh stop kilang dah ni umur pun dah lanjut haha..tapi bilang nurse boleh lagi kalau nak tambah 1 anak sebelum umur 35 tahun, hihi..tengoklah dulu nurse, tu la rugi sangat lambat kahwin kan..kalau awal kahwin, anak dah sebaya dengan mak..eh haha...tak apa guys..jodoh yang terbaik itu selalunya datang lambat haha.

So topik sha nak sharing dengan korang adalah Perbezaan Mengandung Anak Lelaki dan Perempuan. Semasa sha mengandungkan anak pertama rata-rata ramai meneka dengan tepat yang sha tengah mengandungkan anak lelaki, maka lahir pun anak lelaki..begitu juga dengan anak kedua..eh korang memang campin la..tahniah korang yang meneka tu haha..ada yang magik, pegang perut dha terus tahu jantina ya? Ada yang lagi pro tengok perut pun dah tahu lelaki..haha

Sejujurnya sha sebagai ibu yang mengandungkan anak pertama gagal meneka jantina anak pertama..maybe sebab sha nak anak perempuan kan haha..sehinggalah doktor sah kan sha mengandungkan anak lelaki..sebabnya sha ingat lagi time usia kandungan anak pertama 3 bulan, sha rasa teruja nak ada set mekap..haha sedangkan sha langsung tak pandai mekap pun, apatahlah punya barang mekap..

Jadinya..husbandlah yang jadi mangsa untuk dimekapkan hahaha..lucu la time tu sha dah lah xpandai mekap, mekap pun time kahwin ja, ada hati nak mekapkan husband..buruk benor muka dia sha mekapkan..jadi itu yanh menyakinkan sha, yang anak dalam kandungan itu perempuan hihi..then bila dah tahu jantina, perasaan gugurl tu dah hilang..muka sha jadi kusam..jalan pergi mana mana pun pakai ja ala kadar yang penting tutup aurat, beza ya dengan kandungan kedua ni..sha lebih kepada kecantikan dan kekemasan haha..

Ok kita cerita time mula mengandung ya, anak pertama dan kedua time sha mula mula detect mengandung of cos sebab sha tak datang period beberapa hari lewat, sebab sha jenis yang period on time 28 hari..senang kira hihi..terus feeling dia lain matchiam..anak pertama memang excited haha..anak kedua haru biru sebab anak pertama baru masuk setahun 1 bulan haha..fikir positif ja..Allah dah bagi rezeki awal, kena ready dah ni..dua2 ni sebab sha pergi berurut dengan bidan sha..so tambah subur lah jawab nya kan

Awal mengandung, anak pertama seingat sha dalam 2 minggu juga lah alahan sakit kepala, muntah di oetang hari, kuat kencing, tak boleh hidu bau asap, bau minyak wangi, kuat makan asam, mangga dan yang masam masam, anak kedua puladekat 3 bulan sha alami alahan tahap 1, lebih kepada sakit kepala dan muntah muntah, agak emosi sikit sebab anak pertama terlampau aktif..sha kuat menangis time ni..rasa nak husband beri perhatian lebih..haha..

Bila dah masuk 2nd trimester, anak pertama sha jadi pemalas, makan tak ingat dunia..makan makanan masam dan manis sehingga kena kencing manis tapi diet control, sha kuat tidur..tak boleh ada masa tidur ja kerja..banyak sangat sha mengidam secara tiba2 tapi yang selalu mau makan roti canai dan teh tarik..

Anak kedua pula, sha jarang tidur siang, sebab rajin sangat kemas rumah, urus anak yang aktif, buat kuih raya, memasak macam macam resepi..makan kurang sikit sebab tak ada selera tapi kena juga kencing manis siap pakej makan ubat metformin hahaha..sha selalu mau makan nasi kuning..sampai mak mertua kirim nasi kuning dari kampung.

Kalau dilihat memang banyak perbezaan mengandung anak lelaki dan perempuan, husband pun selalu cakap kalau time mengandungkan edan dulu, sayang malas betul, tau nya tidur ja hahah..time eshal ni rajin sampai tengok barang bertaburan pun kena kemas time tu juga kalau tak naik marah sha nampak rumah tak kemas..ahh mesti time eshal besar nanti jadi pengemas orang nya hahah..

Sampaikan satu tahap, edan sendiri kemas balik barang yang dia hambur bila dengar umie nya cakap, kemas balik!!  Hahaha selalu termarah dan kadang tercubit gak edan kerana emosi umie ni, maafkan umie nakkk..huhu

Apapun, mengandung adalah saat yang paling best dalam hidup sha..walaupun penat bawa perut yang besar, badan semakin gemu, hidung kembang, celah badan hitam, tidur tak lena, sakit pinggang, cepat emosi, nak makan ja kerja, tapi hakikatnya itulah yang dirindui oleh setiap ibu ibu..kan

Sha doakan korang yang tengah menanti zuriat, semoga korang juga berpeluang untuk merasai manusia kecil singgah di dalam rahim dan lahir kedunia..insyaAllah amin.