March 18, 2012

10 Keselahan Wanita Tentang Aurat

March 18, 2012 3 Comments

hari ni post pasal wanita pula..wanita dan aurat..sinonim kan?..saja buat pahala :) sebelum itu aku mau berkongsi kata2 sweeet yang aku amik time kempen "Jom tutup aurat"

sebelum tu klik sini bah..tq :) 

"AURAT tidak akan tertutup dengan sifat lemah lembut, tidak akan tertutup dengan berperangai baik, tidak akan tertutup dengan kata-kata yang baik,tidak akan tertutup dengan solat, tetapi akan tertutup dengan pakaian yang sempurna"

ok, mengikut pemahaman ku tentang aurat..aurat adalah bahagian tubuh manusia yang haram dilihat bagi seorng lelaki yang bukan muhrim (family or husband), haruslah ditutup sampai hanya kelihatan muka dan kedua telapak tangan..faham?alhamdulilah...
hah ! ni jawapan besa kita dengar..di sekolah pakai tudung, tapi bila kuar jlan2 nda pula, aik? talam dua muka ka? tau ada dua imej? astagfirullah2x...(bg yg terasa tu..alhamdulilah) bah aku taip ni kesalahan pndai2 la kamu rait ok !
10 kesalahan wanita tntang aurat
  • wanita selalu cakap aurat itu cuma hanya pakai tudung
  • bertudung tapi lengan pendek
  • bertudung tp pakai skirt berbelah
  • bertudung tp pakai baju n sluar ketat 
  • bertudung tp longgar dan nmpak sanggul 
  • bertudung tp tudung cm chipsmore..(skjp ada skjp tada)
  • bertudung tp tudung singkat (tudung adiknya)
  • bertudung tp nipis..nampak leher yg cute
  • bertudung tp bonceng motor (nmpk betis) berpeluk sama abg tersayang 
  • bertudung dengan sempurna tapi gayanya gedik sma bukan muhrim


" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.."
(an-nur : 31)

March 16, 2012

Apakah air mata dapat menjatuhkan kehebatan lelaki?

March 16, 2012 3 Comments
Jap aku mo nynyi satu lagu ni..kamu teka apa tajuknya..ok!

Music pless !!...(music dimainkan)

Ayah ku selalu berkata padaku laki-laki tak bole nangis…

haha laki-laki lagi..mafla aku lupa tajuk lagunya..tp sudah turun temuran aku dengar..bapa ku pun cakap begitu sama adik2ku..lelaki nda bole nangis..kenapa?betulkah dengan menangis dapat menjatuhkan kehebatan lelaki (lelaki hebat kah?) hoho~

Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri selalu menangis dalam kesedihan seperti kematian puteranya Ibrahim dan semasa baginda berada dalam kekhusyukan membaca Al-quran dan solat..

“Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. “
(HR. Ahmad dan An-Nasa’i)
Tidakkah kaum adam ini menyedari dengan membebaskan butiran2 air mata dapat menyenangkan jiwa dan perasaan..85% wanita dan 73% lelaki berasa lega setelah menangis. Jadi air mata dapat membebaskan tubuh daripada tekanan jiwa (Al-hadith).

Dari itu kita dapat menyimpulkan bahawa tidak menitiskan air mata, sama sekali tidak menunjukkan dia itu kuat (bukan dr pandanganku). Tapi !! di peringatkan kepada bakal suami ku..jangan CENGENG ! haha~ maksud cengeng disini tidak pndai mengatur jadual air mata..<~ antam..hehe

Sebelum beredar tolong bah klik sini dan sini…tima kasi,

Sekian.

Voucher RM200 tu?

March 16, 2012 1 Comments

Hye..alhamdulilah voucher yang diagihkan ari tu da siap ditebus..kaya budak IPT dapat RM200..tima kaci PM..tahun depan harap2 ada lg..hehe..
picture by ikhwan

Penat juga mencari kedai buku dan stationery yang bole menebus voucher, 
di kk Cuma ada beberapa kedai saja contohnya Popular, Eaton, Iqra (dkat kfc d wawasan), dan di Harris <~ ni ja yang aku selalu pergi..mmg sesak gila =.=! smua student bawa bakul dgn hp ditangan bukan untuk bsms dgn bf/gf tapi untuk mengira jumlah brg..(pndai mat tu guna otak ja) lau xcukup RM50 wang tidak akan dikembalikan.

picture by syaisya

Ok..apa yg aku beli?of course la stationery..file and so on..tapi daripada membazir beli novel (xla juga<~ kepada yg gila novel) aku ada beli buah buku berunsur Islamic..harga sgt la murah nda smpai pun RM 10..


Hebat sungguh tajuknya kan? Kamu bole klik untuk membacanya..aku saja taip untuk dikongsikan bersama :D
Harap bermanfaat untuk semua lapisan umur (insyAllah )

Sebelum beredar tlg bah klik sini Dan sini Tima kasi J

Sekian..

Air mata bukan milik orang yang lemah

March 16, 2012 0 Comments

Ah..aku tnya llaki d sebelah ku, genk..Pernahkah kau menangis? Nda pernah?? Sedangkan baby yang belum lahir juga menangis ketika dalam perut ibunya cm mana kau kata kau nda pernah pla?(emosi) hehe..napa asal ja aku ckap pasal menangis mesti focus sama llaki? Hehe coz kita sudah mengetahui yang perempuan mmg cengeng (terutamanya aku) tapi cengeng pun bukan bermaksud aku lemah..ok!

Menangis merupakan cara semulajadi untuk menghilangkan bahan-bahan yang membahayakan dari dalam tubuh yang keluar semasa manusia dilanda rasa putus asa, ketakutan dan paling utama PUTUS CINTA..girls..menangis la ~ jgn malu..

Menurut kajian kedoktoran bahawa otak bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia pada air mata yang menjadikan tempat bersarangnya penyakit. Oleh sebab itu anda dilarang sekali untuk menahan tangisan dan air mata ini kerana boleh mengakibatkan perasaan tertekan dan lg sengsara dapat penyakit free sperti pening kepala dan luka perut..

So yang lelaki (terutamanya bakal2) jgn la segan mau menangis..lau tiada teman kau menangis ja depan pokok..at least subur juga tu pokok..haha..lau nda pun col aku, aku sedia temankan kau biarpun kita berjauhan..(available tuk bakal2 ku ja) pesan ku kepada sesiapa yg baru putus cinta tu..jgn risau bah..Allah sudah aturkan jodoh mu, teruskan mencari ok!! Fighting!!

Sekian

Hikmah terapi air mata Menangis kerana ALLAH

March 16, 2012 0 Comments

Wow..best ka tajuknya?apa pandangan kamu bila baca tajuk ini?ahh (nda dgr)
Hehe..kalau aku pula..first baca buku ini, trus teringat seorang lelaki yg pernah menangis depanku..sapa? rahsia…mo tau juga? Adik ku..haha..aku pembuli !!

Nda bah, cerita nya sama Cuma keadaannya beza, pandanganku tentang tajuk ini adalah sifat lelaki yang jarang menangis (betulkan?) contoh yang paling dekat..my daddy..seumur hidup aku, nda pernah aku Nampak dia mengugurkan air matanya..mungkin sebab dia ego atau dia seorang yang kuat?ntah la Tuhan saja yg tau..pelbagai rintangan dan dugaan yg kami alami, dia ttp berdiri dengan kuat..Yes he’s my daddy..

Sebelum kita sambung tlg bah klik sini dan sini tima kc J


So berbalik kepada buku berwarna biru diatas ..hasil nukilan Hassan bin Muhammad Ba’ Mu’aibid menceritakan perbagai topic pasal air mata..kata beliau air mata bukan milik orang yang lemah, beliau juga mengungkapkan apakah air mata dapat menjatuhkan kehebatan lelaki ? so kalau kamu nda jumpa buku ni, mo pinjam pun jau bagus lagi on9 baca d sini kan..aku tidak akan menambahkan mahupun mengurangkan ayat dalam buku tersebut..kalau ada pun itu mengikut pemahaman ku yg mampu aku kongsikan kepada kalian..
Sekian..

“Ketika seseorang menangis, maka dia telah mengeluarkan semua beban yang berhimpitan di dalam hatinya, baik itu emosi kesusahan hati ataupun kesedihan jiwa”

Hassan bin Muhammad Ba’ Mu’aibid