June 28, 2012

Thanks to Busuk.org

June 28, 2012 7 Comments
Sebelum ini sha cuma guna guablog.com untuk ping entry sha, tapi hasilnya taklah sebanyak busuk.org ni..2 hari yang lepas sha ping entry di sana memang ramai yang datang berkunjung blog sha..tapi hari ini seramai 199 orang datang minum teh tarik di blog sha..thanks korang yang singgah sini..

Post hangat hari ini ialah 7 Ayat Cinta Menurut Sabda Rasulullah S.a.w..
Nota Pink : Banner untuk PENGOMEN TEGAR dah siap..pemenang pun sha dah dapat..nanti malam ni sha umumkan..korang tunggu tau..

Sarapan Pagi Cara Sha

June 28, 2012 10 Comments
Selamat pagi, sebelum pergi kelas, sha nak kongsikan sarapan pagi sha kalau malas nak turun pergi cafe, student lah katakan, asyik makan yang segera saja kan?? tapi sha tak makan maggie, eh..salah bukan tak makan tapi Mr. A tak bagi sha makan, sebab tak baik untuk otak..Gud girl !! hehe..

Saparan Pagi Sha Biskut Empat Segi terjun atas teh suam..perh!!! sedap wooo..korang pernah buat tak? ah?? tak tahu macam mana rupa dia..bah jom kita tengok gambar bawah ni..

Bahan - Bahan : Gelas, Sudu, Teh Paket , Biskut, Air panas dan Air sejuk..

Hehe..korang buatlah dulu baru tahu sedap ka tak..tapi bila air terlampau panas biskut akan cepat lembik..so air teh or nescafe kenalah suam..baru sedap..hehe..selamat bersarapan ya :D

June 27, 2012

Room Mate Sha Blogger juga ka??

June 27, 2012 8 Comments
gambar hiasan

Halo korang..hari ni sha nak kenalkan korang dengan Room mate sha iaitu Siti Hidayu..dia juga seorang blogger macam sha..blog dia color biru..blog skin yang cute..and I like it..hehe..baru kemarin sha follow dia..jom siapa-siapa yang nak tambah kenalan boleh follow dia..dia tengah single sekarang..eh..yaka ayu?? kidding !!

Korang mesti tahu apa aktiviti kami di bilik kan?? haha..bloging~ no wonder lah kan..kan..We're taken the same course which is business studies..we want to be a business women..hope so..haha~

Salam ukhwah :D

Gamelan and Me

June 27, 2012 9 Comments
picture form google

Gamelan adalah alat muzik klasik yang dimainkan oleh orang-orang istana, menang ramai orang tidak mengenali alat muzik ini..di UiTM ini adalah subjek tambahan..2 semester yang lalu, sha ambil kelas gamelan under Persatuaan kesenian dan kebudayaan UiTM Sabah sebagai subjek ganti kepada Kesatriaan semasa semester 1, dan sha telah mendapat A every 2 semester..alhamdulilah..

Peking

Bonang

Bestlah main gamelan ni, tapi di Uitm hanya 2 tahap ja, sha pun telah habis mengikutinya..so semalam sha join lagi kebudayaan nak asah kemahiran dalam bermain alat gamelan..insyallah..kali ini kodnya memang susah..ah..amik kau !! tapi still boleh buat juga..hehe..cayok-2!!

♥ Tanda-Tanda Lelaki Sayang Part 2

June 27, 2012 16 Comments
"Cintailah kekasihmu dengan biasa-biasa saja, kerana boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu benci,dan bencilah sesuatu yang tidak kamu sukai dengan biasa-biasa saja, karena boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu sukai."

Ini adalah sambungan dari entry ♥ Tanda-Tanda Lelaki Sayang Part 1 

 Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya. 
 Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama. 
Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya. 
Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri. 
Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya. 
Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya. 
Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar. 
Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain. 
Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. 
Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. 
Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. 
Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. 
Bukan Semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan

” Wahai hambaKu, AKU adalah kekasihmu yang pertama, kau cintai AKU di hari perjanjian,dan tatkala semua pecinta telah pergi meninggalkanmu, sedang AKU menghubungkanmu, maka kembalilah kepadaKU, nanti akan AKU muliakan engkau dengan kemulian pecinta.”