August 5, 2012

Asyraf Meragam..egrrhhhh~

August 05, 2012 7 Comments

Welcome back Asyraf Firdaus..alala..makin cumil kau nak <~ trep mama..hahaha..but kenapa sayang auntie nie..nangis ja..nda kenal sama auntie ka?? mengka baru 2 minggu dia di sandakan..suruh merengge~..karau sha menjaga..edit blog pun nda senang..

Sha pun terus periksa perutnya..macam kembung ja ni..alala..jap ah..auntie cari minyak yuyie dulu..ok dah siap..eh..eh..kenapa nangis lagi ni dear..lololo..auuuu..cakkk..ba~ hahaha
auntie tersayang..ngee~

Akhirnya dia berhenti meragam..setelah 3-4 kali dia teriak..adui..penat..sakit otak dengar..arrggggghh..awas kau asyraf..nanti auntie gigit pipi kau..ah..auntie memang vampire..ha ha ha..amik kau !! sekarang dia tengah lena di pangkuaan mama dia..rasanya dia cari susu ibu kot..hehe..puasa asyraf..puasa..mama kau puasa tu sayang..hehe..

Sesibuk mana pun, masih ingat dia..

August 05, 2012 6 Comments

Dia insan pertama yang ku cinta..Dia insan pertama yang ku puja..

Cuba korang teka itu lagu siapa? hehe..yeah!! betul lagu c Fauziah Latif..best bah lagu dia kan? dulu-dulu ini lah lagu yang selalu dinyanyikan time pergi kbox..pitching lari bah hahaha

Siapa dia yang sha maksudkan? BF ?? nope..lirik lagu di atas bukan sha tujukan pada insan yang belum sah jadi milik..sesibuk mana pun sha dengan blog, dengan study dengan kegembiraan, dengan makanan yang banyak, sha masih ingat dengan bapa sha yang masih terlantar di wad ICU..masuk hari ini dah 13 hari terbaring di katil, tidak makan, hanya dibantu oleh hos untuk bernafas..

Sha ingat dulu, kalau time puasa, dia yang akan kejutkan kami..sahur sama-sama, sungkai sama-sama..tapi sekali sha pulang sandakan hari tu..kami terpaksa sahur dan sungkai di hospital..

Perkara yang sha AKAN buat bila sha pulang sandakan :~ bila sha sampai dirumah ja mesti bapa sha suruh kasih vakum biliknya, memandangkan dia tidur berlainan bilik dengan mama, mama pun kerja..tiada orang kasih bersih biliknya melainkan sha, dia sanggup tunggu sha pulang rumah kasih bersih..tapi hari tu sha pulang, dia sudah terlantar di hospital..

Sha sedih tak dapat tengok dia sekarang ni sebab sha study di KK, jauh kalau nak pulang sandakan, mungkin sebab itu dia tak mahu jauh dengan anak-anaknya..

August 4, 2012

1st time edit blog lelaki

August 04, 2012 6 Comments

Yeah!! baru terehat..tak siap lagi ni..dari semalam asyik pending..lemas la edit time puasa..kena banyak keluarkan idea..huhu..apa pun ini 1st time ambil tempahan edit blog lelaki, iyala..cita rasa kan beda..lagi-lagi lelaki tak minat yang pink-pink ni huhu..mencabar juga..


 

kalau nak follow, silalah..lagipun dia Newbie..follower baru 4 orang termasuk sha..nasib ja dia nak tema warna Purple..hehe..senang sikit nak design..
Nota Pink : Nanti nak sambung besok..malam ni tiba-tiba tiada mood..huhu..

Alasan tidak berpuasa

August 04, 2012 3 Comments


“Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)

Ini adalah Ramadhan yang ke 15, pejam kelip dia datang, pejam kelip dia akan beransur pulang, sedangkan dia hanya datang sekali dalam setahun, jika kita lihat banyak pahala berlipat ganda untuk umat Islam yang berpuasa..kenapa?? sebab dia adalah salah satu perkara WAJIB dalam Rukun Islam..

Rukun Islam
(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat


Berbalik kepada tajuk yang ingin dibicarakan, alasan tidak berpuasa..antara yang paling popular adalah tidak TERbangun sahur..lapar dan tidak larat untuk berpuasa dalam keadaan demikian..masyaAllah cuba kita bayangkan, jika kita tidak TERbangun sahur selama bulan Ramadhan apakah itu alasan kita untuk tidak berpuasa?? sedangkan banyak lagi umat Islam diluar sana yang tidak makan seperti mana kita makan di Rumah, tidak makan sahur hanya niat..semuanya kerana Allah..

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata "Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk."
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Mari kita lihat soal jawab bagi alasan ini 

Assalamualaikum ustaz saya tak terbangun makan sahur dan niat puasa selepas waktu imsak adakah sah atau tidak ?

Jawapannya..Sah puasa yang dikerjakan walaupun berniat selepas waktu imsak.

Niat sahaja sudah mencukupi..Jadi apakah alasan itu masih diguna pakai untuk bulan puasa? tepuk dada tanyalah IMAN..wallahualam~

August 3, 2012

Kemusykilan Solat Zuhur Pada hari Jumaat

August 03, 2012 4 Comments

Lepas dengar azan ja, sha terus pergi ambil air wuduk, dan selesai solat zuhur, kawan sha musykil tentang solat zuhur pada hari jumaat memandangkan khutbah pada ketika itu..persoalan ini telah dijawab oleh Mymetro

Dan jawapannya adalah solat Jumaat diwajibkan bagi golongan lelaki manakala wanita boleh menunaikan solat Zuhur pada Jumaat apabila masuk waktu Zuhur. 

Bagaimanapun, jika rumahnya atau dia berada berhampiran masjid, eloklah menghormati khutbah dan mendengarnya terlebih dulu, kemudian tunaikan solat selepas khutbah selesai.