October 4, 2012

Auto Publish Via RSS Graffiti di FanPage

October 04, 2012 4 Comments


Kalau korang ada FB FanPage memang sesuai guna tutorial ini..sebab tak perlu buang masa or kadang-kadang lupa pula nak update kat fanpage kan so..ianya boleh tolong korang auto publish 5 minit selepas korang publish entry..

Cara nak auto publish..

1. Pergi Laman Web ~> www.rssgraffiti.com

2. Klik button biru disebelah kanan korang >>> Get Started Now ! 

3. Klik button Add New Publishing Plan

4. Letak nama korang di Name New Publishing Plan: dan klik create publishing plan

5. Pada table kiri : Source, korang klik button Add new dan enter url blog korang

6. Then pada table kanan pula : Targetkorang klik button Add new dan Pilih Target **(fanpage yang korang nak add)

7. Kemudian klik button switch ON di tengah-tengah table tu..

Dah siap..korang boleh start publish entry korang..tunggu dalam 5 minit ada tak muncul benda tu..kalau tak ada..meh komen sini..tapi confrim ada tu..hehe..

Credit to : Ustaz Mazuki

Nota Pink : sha dah lama tak buat tutorial kan?? huhu..sorry tuto kali ni takada gambar..sha malas nak print screen..hope korang faham ya :)




Bercuti Di labuan Part 2

October 04, 2012 6 Comments

Bercuti Di labuan Part 1

Korang mesti dah tau kan sha jumpa siapa kat labuan?? ya...kak riena dan haiqal..jom baca versi Kak riena time sha ke labuan hari tu SINI gambar kami sama ja haha..

Sorry korang..sha baru nak update sedang dah berminggu dah cerita ni..tapi tak apa..nak juga cerita hehe..

Selasai bergambar-gambar ditaman botani..kami gerak ke pantai..tempat yang paling sha dan Mr A suka..pantai ja la yang paling romantik haha..kami pergi bertiga ok !!

posing sikit kat perahu 

ni gambar sha dengan haiqal..setelah 2 min dia asyik tengok kasut sha ja..haha..1st tu dia memang masih loading lagi..sebab dia tak kenal lagi kan..

lepas sha main dengan haiqal..dia pergi manja kat mama dia pula

mama dia ja terlebih senyum happy kot sebab ada babysitter baru hahah

kejap..kami nak cutekan muka..then senyum....kak riena memang comel


ini gambar sha main dengan haiqal selepas 3round kot..lepas Mr. A balik dari solat..dia amik gambar curik..dah macam mama ja sha ni hahaha..

Dah penat haiqal lari-lari..kami pun hantar dorang pulang rumah..haiqal macam taknak ja pulang..haha..mungkin dia nak main lagi kot..haiqal memang aktif..korang nak tahu..haiqal telepon nombor sha guna hp mama dia..rindu la tu kat kakak..heheh..

Nota Pink : Part 3 nanti cerita pasal jumpa adik angkat sha dan kita orang makan di Mcd


October 2, 2012

Banyaknya BE dari Nuffnang

October 02, 2012 4 Comments


ok..sha dah lama tak buka nuffnang..merajuk juga lah sebab langsung tak ada khabar..tapi hati terdetik juga nak buka..sebab solehah bagitahu yang dia dapat 69 BE..OMG punyalah banyak kan..rezeki..rezeki..alhamdulilah..

sha pula..dari RM 8.05 masuk 30 BE sekarang total dah jadi RM 24.19 sha memang tak pernah dapat sebanyak itu..thanks nuffnang..

korang dah lah jangan nak majuk lagi..pergilah tengok earning korang..pasti terbeliak punya heheh..

Borang BR1M 2.0 Mula Diedar Bulan Ini

October 02, 2012 6 Comments


KUALA LUMPUR – Borang untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia saringan kedua (BR1M 2.0) dijangka mula diedarkan bulan ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.

“Kerajaan akan membuat pengumuman mengenai BR1M 2.0 dalam tempoh antara satu hingga dua minggu lagi. Menjelang Oktober, borang itu sepatutnya sudah tersedia,” katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Insurans Malaysia 2012 di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Bagaimanapun, pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajar diperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0.

“Mereka tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucar buku RM250. Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali,” katanya, sambil menyatakan golongan yang sudah tamat pengajian di universiti tetapi masih belum bekerja adalah layak untuk mendapatkan bantuan terbabit. – BERNAMA

Nota Pink : haha..xpalah lau sha xdapat pun :( hope MR. A dapat boleh belanja sha mkn..kan..kan..kan