November 8, 2012

Lain Benar Rasanya..

November 08, 2012 5 Comments
 Daftar Says dan Tips dapat RM5 dengan mudah ♥


Dah lama tak da orang nak suruh sha edit blog jadi sha rest kejap..tapi tiba-tiba lain pula rasanya..sha dah biasa dengan code yang memeningkan tu..bila tak buat benda tu..rasa macam ada yang hilang...haha..sha da ketagih dengan code html yang sudah buat sha berjaga malam..buat sha rabun..tapi itu juga pendapatan topup sha..alhamdulilah..so who will be the next ?? hehe..

November 7, 2012

Cinta Si Buta

November 07, 2012 8 Comments
 Daftar Says dan Tips dapat RM5 dengan mudah ♥

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin,pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang".... Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu.Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi.Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya.

Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian mencium sudu itu dan berkata, "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan. "

Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut. Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu.

Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak didapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati, garu ketiak kamu" "Apa-apalah abang ni ?" tanya Yati tak faham. "Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setelah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta melakukan seperti biasa dan berkata,........ "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini..........boleh saya jumpa dia" Amin: ???????????

tang... tang...tang.. Sesungguhnya Cinta itu Butaaaa.......... "

November 6, 2012

Dah pandai dah..

November 06, 2012 9 Comments
 Daftar Says dan Tips dapat RM5 dengan mudah ♥


Boring-boring kat rumah..jadi terfikirlah nak mulakan hobi baru..yang boleh menjana pendapatan..sebab blog tak ada yang nak suruh service..hehe..teringat pula tentang bahan-bahan yang nak buat kerongsang..dah lama terperuk kat beg..



hari tu kakak sha jalan-jalan pergi tamu kat tuaran jadi dia belikan sha starter kit untuk buat kerongsang..dia ada juga beli kerongsang RM 10 untuk 5 buah..memang cantik..


ni hasilnya..ikut tutorial kat starter kit..semalam tak jadi..tadi petang buat jadi pula..
dah pandailah juga setelah luka jari kena pisau..adui...


ni bahagian belakang..

sha guna hp sony..ikut cara kak eita amik gambar..cantik pula effect nya..kena pandai godeklah setting kat hp tu..kalau canggih tak tahu function nak buat apa kan :P hp sha murah ja..sony cyber shot..telefon dulu-dulu tapi tahan lama..hehe




November 4, 2012

SEGMEN:6 pekara tentang saya II

November 04, 2012 10 Comments
 Daftar Says dan Tips dapat RM5 dengan mudah ♥





Sebelum ni kina ada buat segmen part 1 macam ni..tapi sha tak sempat nak join..so today nak memeriahkan segmen adik kita sorang ni..dia tanya 6 perkara tentang sha..

sebelum tu..banner kina buat mmg cute :P klik ~> join dan tag kak riena dan kak eita..meh join sekaki heheh~

6 perkata tentang sha dan blog yang korang tak tahu !!

 Bila sha on9, sha akan excited untuk check berapa komen yang sangkut pd blog sha yang kurang femes ni..dan kalau dah bosan ..xda benda yang nak di update barulah terhegeh-2 buka FB heheh

 Sha suka stalker blog orang yang color pink..

 Sha suka mute kan suara di laptop sha semasa blogging sebabnya sha tak suka terkejut apabila tiba-2 lagu korang mendayu-2 di telinga sha..hahaha

 Sha tak minat tengok dashboard blogger yang baru ni !! 

 Sha dah lama tak buka nuffnang sebab dia ambik balik earning yang dia bagi hari tu..majuk la sangat hahaha

 Sha suka balas jejak blogger yang sha dah listkan di bloglist sha..untunglah korang hahah

Nota Pink : entah apa2 lah sha melalut ni kan..:P selamat bersegmen dari sha :)