Dalam entry ini yang lalu..sha ada tanya pengalaman korang pasal ini kan? lamanya baru sha nak bangkitkan balik..haha..never mind..at least sha bincangkan balik :P ramai juga yang komen..thanks..
dan tanya sha ada pengalaman tak tentang kawan makan kawan ini? wahh..seriously ada..berlaku 2-3 tahun yang lepas..tak mungkin sha akan lupakan..tapi sha da maafkan..even benda tu sangat terpahat dihati..err..malas nak story..jom kita baca komen2 dibawah ini..
Ada la juga kawan makan kawan ni, yg tak tahan tu awek kawan sendiri pun nak sapu .. huh dasyat tu HEHEHE ^^ info
hurmmm... takat ni xd lagi jumpa kawan y macam ni.. huuu.. Alhamdulillah. kawan2 sy ok semua... now days laa... mintak jauh yang xbaik..huhu... awak? acaner. cer cite cerciter
xptt kawan mcm tuh
alhamdulillah. kes kawan makan kawan tak da lagi. harap akan datang takdok. HEHE
bahaya kalau dapat kawan tikam belakang ni..
inilah sfat manusia. ada byk sbb kawan makan kawan, iri, dengki, sakit hati, ta puas hati....tengok, semuanya berkaitan dgn penyakit hati,
CiM kurang percaya kawan dan CiM tdk seweang2nya nak cerita byk hal pd kawan. lebih selesa bercerita semua perkara dgn hubby sendiri, dialah kawan CiM smpi mati
kalau nak citer panjang ni.,mau 3 hari 3 malam tak habis lagi ni
ada beberapa kali pernah kena tapi zaman sekolah2 dulu la.Alhamdulillah, sekarang takde sebab saya sangat berhati2 bila berkawan
so apapun korang hargailah kawan..sebab memang korang boleh berdiri tanpa mereka tapi orang yang paling rugi adalah orang yang langsung tiada kawan..dan tidak menghargai kawan..♥
promosi hanya pada bulan mac..beli sekarang dan pembeli bertuah akan dapat free gift
Assalamualaikum
Fea Beads menawarkan 50% diskaun bagi mereka yang ingin menjadi agent bagi produk yang akan sha jelaskan dibawah..bagi yang berminat jom kita tengok terperinci..
KEISTIMEWAAN MAIXARA C-SENTIAL:
Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu dan berseri.
Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata.
Merawat penyakit kulit seperti bisul, ekzema, dermatitis, juga batuk serta demam selesema.
Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut.
Anti penuaan dan antioksidan yang tinggi.
Membantu mengurangkan masalah sinus/resdung dan alahan.
Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mengekalkan kesihatan gusi & gigi.
Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
produk kedua iaitu VCO adalah virgin coconut oil atau minyak kelapa dara dalam bentuk soft gel .Kelebihan VCO atau minyak kelapa dara keluaran Catalyst ialah ianya menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan untuk terutamanya untuk kulit.Ianya dapat mengurangkan masalah jerawat, kulit kering, tona kulit tak sekata,strechmark bagi wanita hamil.
KEBAIKAN VCO
Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
sekarang semuanya dihujung jari..tak perlu nak bersesak2 di noticeboard..check nama dan keputusan..zaman teknologi..mudah dan pantas..so bagi korang yang ambil SPM 2012..apapun keputusannya, tahniah !! yang penting kemana selepas SPM :)
Bagi calon SPM 2012, anda boleh buat semakan keputusan SPM anda menerusi online pada tarikh 20 Mac 2013 ini.
teringat masa kat rumah, arwah bapa sha suka sangat makan buah ni..kalau di rumah kami panggil buah kepayas..kiranya kalau nda makan buah ini dan pisang nda best kali hehe..time best makan buah ni time malam..kupas dulu awal2 kasih simpan di ice box bila tengok TV baru makan..
yang ni sha beli di koperasi..dah lama nda makan buah ni..sebenarnya buah pepaya ni bagus untuk pencernaan..bagi mereka yang mengalami masalah membuang tut..baik makan ini..ianya berkesan :)
selain itu, ianya juga boleh digunakkan untuk kecantikan..dibawah ini sha copy untuk korang yang nak tahu lebih lanjut mengenai khasiat buah pepaya..
1) Sebagai tonik tambahan Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.
2) Ubat bagi sembelit dan bawasir
Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit bawasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.
3) Mencegah terjadinya batu di dalam pundi kencing Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.
Pendek kata, betik adalah tonik ideal serta murah jika kita ingin mengekalkan kesihatan jantung, hati, otak, saraf dan darah kita.
Buah Betik ataupun nama saintiknya Carica Papaya L adalah sejenis tumbuhan saka yang mempunyai batang kayu yang lembut, tegak dan biasanya tidak mempunyai cabang. Pokok betik juga mempunyai pelbagai khasiat. Betik juga sangat berkhasiat jika dimakan.
Di samping itu berikut adalah khasiat lain buah betik;
Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.
Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.
Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.
sumber : http://miramawary.blogspot.com/2010/10/khasiat-kelebihan-buah-betik.html