October 11, 2013

Aeril dan Wawa Zainal akui telah bernikah 2 kali

October 11, 2013 1 Comments
Sekarang ini sedang berlangsung sidang media khas di Neo Damansara berkaitan isu Aeril Zafrel & Wawa Zainal yang di’katakan sudah bernikah oleh sebuah akhbar hujung minggu lalu.
Pengakuan awal dari Aeril Zafrel dan Wawa Zainal petang ini mengejutkan semua pihak kerana mereka mengakui sudah bernikah kali pertama pada 25 Februari 2012 dan kali kedua pada 5 Februari 2013.
“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” jawab Aeril Zafrel.
Jelas Aeril Zafrel, pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi.
Berikut merupakan dua keping gambar yang di’ambil ketika majlis pernikahan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Harap dengan pengakuan pasangan ini semua sudah berpuas hati.
#40 Aeril Zafril & Wawa Zainal Akui Sudah Berkahwin - ROTIKAYA
#39 Aeril Zafril & Wawa Zainal Akui Sudah Berkahwin - ROTIKAYA
sumber : http://www.rotikaya.com/aeril-zafril-wawa-zainal-akui-sudah-berkahwin/

#kenapa perlu rahsiakan perkahwinan? sedangkan perkahwinan wajib dihebohkan sebab takut fitnah, apapun, dorang ada alasan tersendiri dan hanya Allah sahaja yang tahu..

Exam dah Habis !!

October 11, 2013 1 Comments

Assalamualaikum

Alhamdulilah..exam dah habis kemarin, lepas habis ja terus hantar barang dirumah Telipok, lepas tu gerak balik ke UiTM sebab besok ada Event Di Kudat..hihi...Insyallah akan pulang Sandakan Lusa (Ahad)..

And cerita pasal EXAM yang lepas ..em..sha ambil 5 subjek, last paper memang kecewa sebab nda dapat jawab dengan baik..sha harap ja lulus..huhu..btw next trip will be long..long journey..nda sabar2x..haha..

ok..cau dulu..malam nanti sha nak bagitau something ;D
tunggu tau ~

October 2, 2013

Love You Mr. Arrogant Akasia TV3

October 02, 2013 3 Comments

Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.


Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. 


Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.


Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.


Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti..



October 1, 2013

Hi October

October 01, 2013 1 Comments

Assalamualaikum

Laptop still ada masalah..jadi sha tersangatlah tak dapat nak update blog..huhu..sodih~ well since hari ni dah masuk 1st of october..and I welcomed that month yang sha tunggu2..nak tahu kenapa..kena tunggu next entry :P haha..

Sha masih mood exam..10hb last paper..besok ada paper Insurance..siapa pernah belajar boleh bagi tips sikit2 hihi..(baru nak minta?) huhu..dan sha banyak sangat nak cerita tapi pinjam lappy kawan..*tak malu :P haha..so..bukan hak milik nak pinjam lama2..

Thus, doakan sha dipermudahkan menjawab exam..no stress2 k..gud juga untuk mereka yang mengambil exam PMR besok !! bye~