March 20, 2014

The Crescent - Gedung Islamik Anda

March 20, 2014 30 Comments
The Crescent, merupakan Gedung Online yang memperkenalkan Fesyen Islamik masa kini, dengan pelbagai citarasa yang menarik hati dan memberi kepuasan kepada setiap pengunjung yang singgah. Mengekalkan cara pemakaian Islamik antara salah satu objektif The Crescent untuk disesuaikan dengan trend anak muda sekarang, bak kata orang, Islam sungguh fleksibel untuk sepanjang zaman..
The Crescent merangkumi 4 kategory yang mengetengahkan kepuasan pengunjung seperti :-
  • Fashion - Sentiasa perbaharui dunia fesyen Muslimah dengan tip-tip berguna untuk kelihatan lebih moden dan trendy bila anda keluar dari rumah.
  • Lifestyle - Lengkapkan kehidupan anda dengan pengalaman berharga mengayakan Fesyen Islamik
  • Wellness - Kesihatan adalah Harta paling berharga, ketahui 1001 manfaat apabila anda menjaga kesihatan.
  • Spiritual - Dapatkan pengetahuan mendalam tentang Islam dengan bimbingan Para Ulama.
Berbelanja dengan Selamat dan Mudah, sha pasti korang inginkan dua perkataan itu apabila hendak membeli barangan secara online, The Crescent menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk pengunjungnya dengan memudahkan sistem belian online, daftar, buat pilihan, bayar, dan penghantaran secara terus ke rumah dengan cepat diseluruh Malaysia, termasuklah Sabah dan Sarawak.
pink_20_off_sq_banner
Sempena International Women's Day, The Crescent sedang mempromosikan 'PINK WEEK' dimana 20% diskaun akan diberikan kepada semua barang yang berwarna Merah Jambu, semestinya pencinta warna lembut ini jangan lepaskan peluang anda, ingat tarikh promosi ( 5 March - 23 March 2014) dan terus kita beralih arah ke barangan PINKY :)






Gayakan Warna PINK dalam diri anda, sementara stok masih ada, dan jangan risau, penghantaran percuma untuk belian RM78 keatas, jadi apa tunggu lagi,dah boleh shopping raya terus kan :)

Baca sahaja tidak cukup, lengkapkan hari anda dengan berkunjung ke The Crescent - Gedung Islamik Anda dengan melayari http://www.thecrescent.com.my/ atau Email : Hello@thecrescent atau Hubungi di talian mesra : 019-200 0049

BE | DIGI Project Red

March 20, 2014 2 Comments

Pagi tadi kecoh dekat FB blogger hebat2 dapat BE, sekali dua dorang dapat, kak shida smpai 7 BE running dalam blog..wow..rezeki dia..yang sha cuma tiga, tadi baru dapat satu, alhamdulilah, TERIMA KASIH Nuffnang, baik sungguh hati..

7 Hari Clinicell Skin Care

March 20, 2014 2 Comments
Alhamdulilah, tamatlah Cabaran 7hari bersama Clinicell, terima kasih pihak #Clinicell sebab bagi sha peluang rasa supplement yang mahal macam ni selama seminggu dan kali ni nak review apa sebenarnya produk ini..jom..


Apakah itu Clinicell Oral Skincare Anti Aging & Whitening Essence?
-Formulasi termaju L-gluthione, kolagen, dan astaxanthin.
-Juga diperkaya dengan estrak buah oren, fruktosa, maltodekstrin, ceri acerolla. asid malik dan perasa yang dibenarkan.
-Menggunakan 100% bahan aktif semulajadi

Bagaimana Clinicell Oral Skincare Anti Aging & Whitening Essence berfungsi?
-Mengurangkan melanosit yang menghasilkan melanin.
-Mengurangkan melanin dalam badan akan membuat kulit lebih cerah.
-Proses pemutihan bermula di dalam kulit dahulu barulah ke bahagian luar kulit.
-Bahan anti oksidan dapat melindungi sel-sel yang terdapat di dalam badan daripada aktiviti radikal bebas dan melambatkan proses penuaan.

Apakah kandungan yang terdapat dalam Clinicell Oral Skincare Anti Aging & Whitening Essence?
Glutathione
-Diberikan jolokan "Ibu Segala Anti Oksidan" oleh pakar kesihatan yang terkenal di seluruh dunia. 
Penting untuk anti oksidan, penyahtoksik, menguatkan sistem imun, pemutihan kulit dan anti penuaan.

Collagen
-Protein yang ada dalam semua organ dan tisu badan. 
-Menyediakan matriks untuk megekalkan stuktur badan
-Fungsi utama adalah untuk mengekalkan tendon, kulit dan rawan.
-Menyediakan integriti, ketegasan dan keanjalan kepada struktur anda
-Memaksimumkan tahap kolagen menjadikan kulit lembut dan tegang

Astaxanthin
-Pemutihan dan anti-penuaan yang terbaik.
-Melindungi organ badan terbesar iaitu kulit.
Info:Kajian yang jelas dan konsisten terhadap astaxanthin menunjukkan keputusan cemerlang dalam membantu tahap kelembapan kulit, kelancaran, keanjalan, kedutan halus dan menghilangkan jeragat.

Acerola Cherry
-Juga dikenali sebagai ceri Barbados yang tergolong dalam keluarga pokok renek berasal dari Hindia Barat dan Utara Amerika Selatan.
-Anti oksidan yang kuat dan mempunyai potensi anti kanser serta mengandungi polyphenols dan vitamin C.

Apakah khasiat yang terdapat dalam Clinicell Oral Skincare Anti Aging & Whitening Essence?
-Anti oksidan
-Memutihkan kulit
-Anti-penuaan
-Menganjalkan kulit
-Melindungi dari sinaran UV
-Melembapkan kulit
-Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
-Mengurangkan jeragat kulit dan jerawat
-Membantu menyihatkan rambut
-Mengurangkan masalah sakit sendi dan otot
-Menguatkan kuku rapuh
-Menggalakan pertumbuhan semula kolagen
-Membantu mengeluarkan toksin dari badan
-Mencegah penyakit kanser dan juga penyakit yang berhubung kait dengan sel seperti parkinson dan strok.

Tak puas hati lagi?

Apakah kekuatan produk Clinicell Oral Skincare Anti Aging & Whitening Essence?
Menggunakan salah satu bahan aktif antipenuaan dan pemutihan kulit yang terhebat didunia iaitu AstaREAL P2AF Astaxanthin. Kajian yang dibuat menunjukkan ianya:
i. 6000kali lebih kuat dari Vitamin C¹
ii. 800kali lebih kuat dari CoQ10¹
iii. 550 kali lebih kuat dari Vitamin E²
iv. 75 kali lebih kuat dari Alpha lipoic acid¹
v. 40 kali lebih kuat dariBeta Carotene³
Info:Sila rujuk websites pengeluar AstaREAL P2AF Astaxanthin untuk keputusan ujian.

Review Clinicell


Dan pengalaman sha menggunakan #clinicell ini :-

1) Rasa Sedap Orange
Awal pagi sebelum breakfast sha akan ambil segelas berisi 150ml air kosong dicampurkan dengan 1 sachet clinicell, sedap..rasa orange + masam sikit, baik untuk perut kosong, alhamdulilah perut sha terima sedap clinicell ni..

2) Kerap buang angin
haha..lucu tapi itu tandanya badan sha ni banyak sangat angin dan toksin, ahh bukan buang angin sahaja tau, buang yang berat pun selalu juga, biasanya sebelah pagi..

3) Tidur yang lena dan badan segar
Sebelum tidur cepat2 ambil lagi satu sachet untuk dapatkan tidur yang lena, badan pun kurang letih, biasanya malas ja bangun subuh !! sejak minum produk ini sha selalu bangun awal..

4) Kurangkan Rambut Gugur
Yup ! sha ada terbaca kesan paling mujarab bagi yang minum produk ini adalah kurangnya rambut gugur lebih2 sha yang bertudung, terdedah dengan cuaca panas, peluh dan sebagainya...

Korang yang berminat tentang produk ni sila hubungi :-
FB CLINICELL Oral Skincare 

Website CLINICELL Oral Skincare


March 17, 2014

Belajar Driving Hari Ke Empat

March 17, 2014 17 Comments
Tidak sangka, post pengalaman driving HARI KETIGA sangat dapat sambutan dari pembaca, terima kasih sebab bagi sha kata2 semangat..haha..lucu pula, maklumlah orang baru belajar ya dok?

Kemarin belajar nda sampai pun sejam, sebab tutor ingat nak bawah sha keluar, dating..opss..taklah pergi jalan2lah diluar pula, awatnya sha gemuruh !! sha pernah lah bawah kereta dia di jalan raya yang besar..of cos dia sebelah sha, steady ja..gerak juga kereta tu..haks..cumanya sha lemah dekat litar :( sobsss

Namun !! tak dapat keluar jalan2, sebabnya ada kemalangan di Traffic Light Tebobon, memang tu ja laluan nak driving, so tutor cakap cancel, just belajar dekat litar ja..ok ! belajar tanpa pengawasannya, macam biasa, sha failed dekat bukit..but improved dekat parking..yahooo..haha..

Actually kelas sha habis kemarin, dah cun-cun 8jam, but my tutor cakap minggu depan belajar lagi, ahh sha tau mungkin sebab dia kecian tengok sha tak pandai2 lagi..sadissss haha...

Sha harap my tutor baca blog sha ni, tapi lepas sha dapat lesen lah sebabnya takut dia tak mau ajar sha lagi, sha asyik mengumpat pasal dia dalam blog ni..hahaha..eh..eh..sorry..cigu

Ingatkan sikit ja nak taip..tup2 dah melebar...pot pet pot pet...haha..bukan selalu kan..kan..ok gud luck to me..Semoga Allah permudahkan urusan driving sha ni..

*haks..no caption for this picture :P









March 16, 2014

BE | KFC - Zinger Reloaded

March 16, 2014 29 Comments
Alhamdulilah, ada lagi BE melekat bulan mac di blog ini, terima kasih nuffnang, kemarin dulu dapat Herbal Essence, tadi pagi nampak iklan ni menari2 dalam blog sha..jemput klik yup :)

Kfc mengeluarkan Burger terbaru iaitu Zinger, ada iklan ni dekat TV kan..actually sha peminat tegar KFC, suka makan ayam dan coleslaw..pergghhh...rasanya kalau kerja KFC mesti gemuk haha..