September 19, 2014

Cabaran 30 Hari - Hari Ke18 | Siri TV Kegemaran

September 19, 2014 4 Comments
Aiyoo lupa dah nak update..ok..kalau pasal siri tv kegemaran sha ada 2 ja, satu indon satu lagi korea, actually malas nak melekat depan tv tunggu episode ni, yang ni pun sebab best dan boring hahaha...

1. Heart Series 2 - TV 104 ( Isnin - Jumaat Jam 6.30pm)
2. Boys Over Flower - NTV7 (Isnin - Jumaat Jam 12pm)


Contest Blog Comel By: Sheda Ucu

September 19, 2014 11 Comments
(Sape Nak Join Tekan Banner Atas)

Contest Blog Comel By: Sheda Ucu  Di Anjurkan Oleh Sheda Ucu 
 Bermula 15 september  hingga 15 oktober Dengan Penaja Bersama 



September 18, 2014

Cabaran 30 Hari - Hari ke17 | 5 Perkara yang Sha rindui

September 18, 2014 3 Comments

abaikan orang yang over sangat ketawa tuuu
Semalam tak berapa sihat, so baru nak kejar balik cabaran yang ke 17, 5 perkara yang paling sha rindu sangat2..adalah

1. Sebagai Student - Buat study group, hang out sama kawan, huha-huha dengan mereka, makan bersama, tunggu kawan mandi..cuci kain bersama..menari bersama, kena denda bersama...hihih..nakal..nakal..

2. Zaman Kurus - Waktu ni ngap apa ja pun boleh, tak payah nak jaga badan, tak perlu nak diet bagai...emm...

3. Arwah Ayah T.T

4. Rindu masakan tempoyak durian merah mama..pergh sedap tuuu..

5. Rindu nak pulang rumah..huhu


September 16, 2014

Cabaran 30 Hari - Hari ke16 | Saya pada 10 tahun akan datang

September 16, 2014 4 Comments
Pada 10 tahun akan datang, confirmlahkan, sha dah kahwin, punya anak ramai, maklumlah sha suka budak-budak, Insya Allah nanti sha nak buka kedai sendiri, time tu senanglah nak urus anak-anak, kalau kerja sendiri ni.

Blog sha pula, pada 10 tahun akan datang sebagai cerita pasal anak-anak dan percutian kami...amboi...sha suka melancong juga, bolehlah share dekat blog..masa tu sha tak ambil dah kerja edit blog, sebab semua blogger dah pandai make up blog dorang..kikikiki

haha..apapun 10 tahun akan datang, rasanya jauh sangat nak capai, entah dapat ketemu ataupun tidak, maka isilah masa itu dengan bekalan akhirat..Insya Allah, dunia akan jadi tenang, sebab kita dah prepare untuk kehidupan yang lebih kekal..walluhalam :)



September 15, 2014

Cabaran 30 Hari - Hari ke15 | Surat Kepada Ayah

September 15, 2014 0 Comments
20 October 2012 | 6.30 am

Memandangkan semester 4 berakhir pada hari ini, aku tekad untuk pulang ke rumah, alhamdulilah siapa tak gembira untuk bertemu bapa tercinta pada hari tersebut, sebab cuti semester 2bulan rasanya, aku manfaatkan cuti semester untuk menjaga bapa di rumah, memandangkan mama bagitahu, keadaan bapa semakin baik..Bapa pernah bagitahu yang dia ingin pulang, tapi risau nanti bapa nda dapat jagaan rapi, jadi mama tunggu aku pulang..

Pada pagi itu, aku liat bangun pagi, sedangkan aku perlu berangkat awal untuk mengambil bas pulang sandakan, dan handphoneku berdetik, banyak kali, ku lihat no adikku, bergetar mau sambut call, dan aku memang jangka, missed call banyak kali pada waktu itu, bukan berita baik.

Aku terkedu seketika, menarik nafas panjang...Bapa tercinta telah pergi buat selamanya...dalam fikiran ku hanya pulang..pulang dan pulang...cepat aku beritahu pada kakak untuk pulang bersama, Tuhan sahaja tahu bertapa sedih aku pada pagi itu..dari awal perjalanan, hingga akhirnya, aku dihujani air mata..mengenangkan pertemuan kami berakhir dengan kepulangan ku disambut dengan usungan jenazah bapa..

Pada hari yang sama, 1.35 pm

Kami sampai diteratak..aku mula masuk perlahan menuju jenazah terkujur kaku, kulihat mukanya putih dan suci, ku peluk erat mama, air mataku tak dapat lagi ditahan..lalu ku kucup dahi bapa, ingat pesan abg ipar, apapun terjadi jangan meraung didepan mayat...ya..aku perlu kuat..aku redhakan pemergiaan bapa tercinta..walaupun banyak lagi aku ingin tunjukkan padanya.

Sungguh, ini kali pertama aku kehilangan orang yang aku sayang, bertapa perit yang aku rasa..semalaman aku menangis dibilik bapa..aku tidur peluk kain basahannya..

Pa..
semoga bapa ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
al- fatihah

Pa..
aku sayang bapa sangat2..
kami sayang bapa sangat2

Your Cute Daughter
Sharina...