Entry saja nak bagitahu Cara Sha Blog Walking hahaha, memandangkan banyak sangat komen pending sejak sha pulang beraya hari tu, so petang tadi beransur2 lah sha gerakkan tangan balas komen dan singgah..
Sebelum tu, sha nak berterima kasih pada blogger yang selalu datang komen blog sha *Tepuk Tangan*, even pun sha sekali ja datang komen blog dorang tu yang marathon berabis tu..ah ambil kau haha..
Cara Sha Blog Walking
1. Buat Entry Baru - Sebelum nak BW kena update blog dulu, kang sia2 orang datang jenguk bila entry dari bulan lepas..tup2 entry tu ja banyak view..komen tak da..haha. Biasanya lebih dari 2-3 entry juga sha buat sebelum mulakan BW.
2. Fokus dengan Komen yang Pending Dahulu - of cos la kan, dah beratus pending, kalau tak jenguk rasa macam lain ja..kan..kan..lepas tu baru jenguk dari Dashboard, FB dan Bloglist (itupun kalau otak masih mampu nak BW) hihih
3. Dahulukan Komen yang banyak - Maksudnya, blogger yang komen secara marathon atau yang paling banyak, sha akan dahulukan, select dan publish komen dorng, bukan apa..senang bagi sha marathon blog dorang pula.
Itu sahaja kot..as long as sha balas kunjungan even 1 komen..jangan sombong2 ya..hihih
korang pula macam mana? sama dengan cara sha atau ada lagi menarik?
Sha ada juga penyakit ni sejak belajar di UiTM, tak sah kalau tak minum kopi/nescafe, tu sebab senang dapat migraine, tapi sekali kena rasa macam nak meletop kepala ni..mata sebelah kiri yang sakit sangat..lepas ni boleh lah try petua ni,.
1. Merendam Tangan dalam Air Dingin
Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.
2. Berada Di Dalam Bilik gelap
Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.
3. Mengambil Sedikit Kafein
Migrain, sakit kepala, hilangkan migrain, hilangkan sakit kepala
Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.
4. Carikan bahan-bahan berikut ::
~ kacang hijau
~ lada hitam
~ garam kasar
Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.
Lately suka dengan Pelakon dan Penanyi Yong Hwa, dulu pernah join We Got Married dengan Seo Yong, memang sangat padan..sangat romantik, *jeles* hahaha..sebab Yong Hwa ni ada sifat2 lelaki yang sha minat...kalau korang tengok, memang imagine bertapa sweet Yong Hwa ni..so dorang di bagi task buat lagu banmal song..tada...
Lirik Lagu (English)
Ada juga yang komen tanya lagu yang sha letak dalam blog..so tajuk lagu tu Banmal Song by Yonghwa check dekat utube ya :)
Habis ja Boys Over Flower, ganti dengan Heartstring, lagilah melekat depan TV dari jam 12pm. hahah..kalau missed boleh tengok dekat utube..line tenet kena laju baru best tengok..
Kali kedua rasanya dapat non-glitterati..kenapa dia merajuk dengan sha ni? adakah sebab sha kurang update blog sepanjang bulan ni? ohh Nuffnang, maafkan daku, line internet di kampung sangat menghampakan..
Tiket memujuk telah dihantar kemarin, hope nanti selesai masalah..
Tapi korang, sha dapat BE banyakk oohh..adakah ini akhirnya akan dapat sen sahaja?? macam dah biasa haha..korang dapat juga tak??