November 22, 2014

Blog terbiar gara-gara COC

November 22, 2014 5 Comments
COC antara punca blog sha terbiar selain dari penat dan busy kerja..tu lah kalau sudah sangat ketagih dengan game ni sampai tahap tinggi malas nak update blog..adeh..tapi sha yakin ada jugalah gamer COC 2-3 orang yang alami perasaan macam sha..kan..hahaha..

Lagi2 setiap hari ada War dekat Clan sha, mana lagi nak cari elixir nak up naga, semua nak up kena guna elixir..kalau nak pakai gems keluarkan duit..memang tak mampu lah..hahahaha..game ni buat sha stress gilaaaa...

Dekat office pun, cerita COC ja la dengan kawan lelaki, sebab sha seorang ja kerani perempuan dekat situ..haha..memang lucu jugalah..

Aigooo..



November 18, 2014

FREE Diet Gold D'Herbs

November 18, 2014 1 Comments
Sha nak promo sikit, setiap pembelian dari SE-Shop akan mendapat Diet Gold D'Herbs secara percuma..
Tiada Minima pembelian, dan hanya terhad kepada satu alamat sahaja..
Order malam ini sampai 19/11 Jam 5 Petang.
Pertanyaan mengenai stok sila PM Facebook Sharina Elyana
Grab now !!

November 17, 2014

Muhasabah Diri | Percaya pada Rezeki yang Allah Aturkan

November 17, 2014 2 Comments
Alhamdulillah..bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan hari ini, walaupun sekadar dapat park kereta di public area, itupun kira rezeki dari Allah, sebab Allah permudahkan kita dari round cari park dan save minyak..

Apa yang sha ingin kongsikan disini, percaya pada setiap rezeki yang Allah sudah aturkan, berdoalah..jangan putus berdoa dan solat lima waktu..on time..dengar ja azan terus gerak ambil wuduk..In Sha Allah murah rezeki..


Apapun, Alhamdulilah, Allah beri rezeki yang sha nak sangat dan Dia permudahkan sha mendapatkannya walaupun banyak sangat dugaannya..benarlah kata orang rezeki itu tak kemana..semoga kita sentiasa dapat rezeki yang halal..amin..




November 15, 2014

Tiada Idea punca blog tidak ber-update

November 15, 2014 5 Comments
Common problem bagi blogger apabila menghadap laptop tiada idea nak tulis apa..contohnya entry sha ni, walaupun tiada idea tapi terbit juga sebagai entry hihih..

Kenapa tiada idea? sedangkan cerita pasal aktiviti harian pun boleh jadikan idea untuk diolah menjadi entry..ahh tiada asalan tau..sha kadang2 bukan tak ada idea, tapi terlampau banyak sangat idea sampai susah nak finalized untuk dijadikan entry..hahaha...

Banyak sebenarnya masalah kenapa blog tak ber-update selain dari tiada idea..kalau pendapat sha :-

1. Tiada Internet
2. Penat dan Malas
3. Kekangan Masa

dan korang mungkin boleh tambah..