Bagi pencinta kucing, mesti korang tersangat risau bila kucing kesayangan korang sangat kuat makan still kurus dan perut kembung, banyak sangat cacing ikut makan sekali..that's why perut kembung...kesian NyakNyak...
Sebelum ni CHIBI juga pernah mengalami kecacingan, apa yang sha buat time tu, beri ubat cacing manusia..tapi ngam dengan perut CHIBI, makan masa seminggu juga proses pengeluaran cacing..hahha..
Tanda-tanda Kecacingan :-
- Kurus dan berat badan sukar naik
- Sembelit mahupun cirit birit
- hadirnya darah pada najis
- Warna najis gelap dan hitam
- Perut buncit, tak mahu makan atau terlebih makan,
- Hilang berat badan walaupun makan dengan seimbang
- Gusi pucat tanpa sebab, lemah
- Bulu tidak berseri, kusam
- Berlaku radang kulit terutama pada celah kaki (larva sedang bermigrasi)
Tapi kucing sha taklah mengalami penyakit kecacingan yang serius meski dorang langsung tak pernah meluah..meow..meow..itu ja sha dengar...namun sebagai manusia yang prihatin dengan haiwan peliharan kita, berdosa tau tak jaga kebajikan haiwan !!!