April 1, 2017

Lanun Cafe Sandakan

April 01, 2017 0 Comments
Image result for lanun cafe sandakan
Lama sudah tertarik mahu pergi makan sini Lanun Cafe Sandakan yang terletak dekat Giant Hypemarket Batu 6, IJM, Sandakan. Finally, dapat juga merasa makanan ala-ala barat dengan my bff tempoh hari (actually lamaaa sudah hahaha) well, post makan itu wajib, kena lagi time hujan begini..haha

Untuk kamurang yang suka makan benda berat tapi simple, hahaha kunun, jangan makan hari-hari, nanti nda sihat, all the fast food ya, sebab konsep Lanun Cafe ini adalah makanan barat, kata orang yang nampak mewah sama dengan harga *cing* haha, ngam ni kena spend time gajian sudah..bah bila? hahaha


Macam Cafe sendiri ja dibuat oww, haha nasib pelayan cafe sangat sporting, biarkan kami dengan kejakunan sama topi dan pedang lanun, trep-trep jadi Jack Sparrow in Pirates of The Caribbean, kunun hahaha..


Itu nahh pelayan yang sporting tu (belakang), haha inilah keadaan dalam cafe, macam dalam kapal lanun, kamurang mesti pergi sana duduk makan order sendiri baru tahu macam mana rasa cafe lanun haha..

Image may contain: indoor

Image may contain: indoor

View cantik untuk bergambar, time kami datang tu, orang yang duduk situ dah keluar, kalau nda keluar pun kami tetap nda malu mau bergambar haha..siap pakai topi lanun sama pedang (gambar diatas), nda kah orang heran? hahaha..

Image may contain: food

Image may contain: food and indoor

Makanan pula memandangkan kami 3 orang ja yang makan, kami order set makan beradab, ini kalau makan memang nda tengok orang lalu ni, nda dapat control dah keayuan haha..nampak ja terus lapar..kan..?

No automatic alt text available.

Minuman pula, kamurang try test avocado nya, paling mantap kedebak gelasnya, nda habis kalau minum satu orang haha..trep ja tu bergambar sama gelas besar dari orangnya hahaha


Banyak lagi pilihan menu yang ada, korang boleh pilih ikut kesesuaian poket masing-masing, untuk info tentang cafe ni korang boleh tengok di FB : https://www.facebook.com/pages/Lanun-cafe-Sandakan/253037478361771 


March 21, 2017

SWEATERS, Korang wajib memilikinya.

March 21, 2017 1 Comments

Bercakap mengenai sweaters, sha ada 6 helai sweaters dalam almari sebab kadang-kadang pakai dengan baju lengan pendek, atau time sejuk ataupun time jalan pergi kedai, tak perlu tukar baju, just sarungkan sweaters ja..senang kan? Ini budak asrama perempuan confirm ada banyak sweaters ni..haha..senang nak tapau lauk di cafe.

Untuk pengetahuan korang,  sweaters jadi sepadan bila digayakan dengan stail yang mengikut peredaran masa, walaupun simple, tapi tetap cantik dipandang. Jom, sha terangkan jenis sweaters yang ada dalam almari wanita. 


1. Knit Sweaters
Knit sweaters ataupun dalam Bahasa Melayunya, baju sejuk bersatu sering digunakan pada musim sejuk; masa hujan atau masa keluar makan malam. Ia lembut, fluffly dan mempunyai ketebalan yang betul yang boleh korang pakai dengan selesa apabila korang dalam kesejukan. Bukan itu sahaja, terdapat banyak reka bentuk lagi bergaya bergaya untuk memilih daripada bergantung kepada gaya anda. Bayangkan korang pakai knit sweaters sambil minum milo panas ketika berada di Kundasang. Nyaman~ 


2. Cardigan
Siapa tak kenal dengan cardigan, pakai baju dengan cardigan hitam dan siap. Simple ja, boleh digayakan dengan pelbagai jenis baju, contohnya t-shirt, dress dan lain-lain. Macam yang sha cakap, cardigan inilah, budak asrama selalu pakai, termasuk sha sekali, haha sebab kitaorang jenis yang simple ja pergi cafe, capai cardigan yang ada, pergi makan. Jangan kata time study ja pakai, time pergi kerja pun sha pakai. hihi


3. Hoodies
Untuk penampilan yang lebih santai, baju sejuk hoodie adalah pilihan yang tepat. Korang boleh memakai pada siang hari kasual korang keluar atau pada hujung minggu dengan memadankannya dengan jeans atau seluar panjang.

Pilihan sweaters lain, korang boleh tengok dekat website >>Zalora<< 
selamat bersweaters hihih

March 13, 2017

Gerbang Percutian Mewah di Ascott Kuala Lumpur Dengan Traveloka

March 13, 2017 0 Comments
Hi hi hi, entry kali ini tentang percutian, memandangkan sha dah start kerja, ecewah..lagi teringin nak bercuti sakan, lama jugalah mendiamkan diri di rumah, bila rasa dah kerja balik, rasa macam nak cutinak cuti..biasalah, lumrah seorang manusia..kan, lagipun sha ni bukan jenis yang workaholic..haha.
So cuti sekolah bakal tiba, bagi korang yang kerja dan sibuk memanjang tu, nak pulang kampung pun berfikir dua kali..jauh yang amat ya..jangan risau dalam Malaysia, Kuala Lumpur amnya, banyak sangat tempat percutian mewah yang bila-bila masa boleh pergi, reward yourself lah kata kan..
Plan nak kemana ya??? Mesti ramai yang pening kepala memikirkan ke mana destinasi percutian best yang korang boleh lawati kan. Bagi sha, sebenarnya kalau nak bercuti, nda payah pergi jauh-jauh, gitu...haha..Apa kata kita round Kuala Lumpur, sha pun baru 3 kali menjejakkan kaki ke sana dan sudah tentu banyak lagi tempat sha dan korang belum terokai..kan.
Kalau korang nak tau tarikan terbaru yang boleh korang consider adalah Kl Tower Sky Box dan Rumah Terbalik. Memang best tempat ni. Then kalau korang kaki shopping macam sha..nah apa lagi, korang boleh pergi shopping mall yang baru di buka di Maluri iaitu Sunway Velocity Mall, disitulah terdapat deretan booth dan kedai dari jenama tempatan hinggalah antarabangsa.

Kepuasan betul jalan sambil cuci mata di area sana kan? Then, kalau sudah pergi bercuti tu, mestilah mau duduk hotel kan?. Haa, harini, sha nak share hotel yang memang best dan gempak untuk korang stay. Hotel yang dimaksudkan ialah Ascott Kuala Lumpur. So, kalau korang nak tengok promosi dan harga yang jimat sebelum menempah hotel ni, layarilah traveloka.com hari ini! Confirm dapat harga yang sampai korang bilang, eh berbaloi juga cuti-cuti di Malaysia..pasti nak datang lagi, hihi

Ok, sha nak story pasal hotel yang sha maksudkan tu. Ascott Kuala Lumpur ini merupakan hotel berkonsepkan serviced apartment yang menjadi pilihan sesuai bagi mereka yang inginkan percutian kontemporari dan moden di tengah bandaraya Kuala Lumpur ini. Hotel ini menawarkan pengalaman percutian mewah dikelilingi bangunan pencakar langit dan kesibukan kota metropolitan. Maksudnya kalau korang mau bercuti, tapi masa terhad untuk pergi keluar dari Kuala lumpur, atau cuti hari ni besok dah ada meeting, sambil-sambil stay dalam hotel ini, boleh tenangkan fikiran gitu..

Dan untuk pengetahuan korang, Ascott terletak di Jalan Pinang, dalam kawasan Golden Triangle yang merupakan tempat tumpuan dan tarikan utama bagi pelancong dalam dan luar negara. Ah, strategik bukan? Sebabnya, hotel ini berdekatan dengan pelbagai tarikan utama termasuklah Menara Berkembar Petronas, Dataran Merdeka, Central Market dan banyak lagi. Lepas penat shopping, terus balik hotel, dekat ja tu. Korang boleh jalan kaki ataupun menggunakan pengangkutan awam di sekitar apartment ini. Dah nama pun apartment, so, memang sesuai kalau korang nak berjalan ramai-ramai dengan family ataupun kawan-kawan.


Apa yang bestnya, Ascott ni menawarkan 8 jenis pilihan apartment untuk korang pilih dari studio yang paling kecik hinggalah three-bedroom apartment yang siap setiap satunya ada private balkoni alongside dengan dapur sendiri. So, kalau yang jenis suka masak nda mau ikut family keluar berjalan tu, bolehla duduk, lepak masak-masak ka apa. So tengah malam tiada lagi perut berbunyi minta makan, hahaha. Boleh masak sendiri, don't worry.


Setiap apartment mempunyai bilangan bilik dan keluasan yang berbeza. So, kalau korang nak stay di sini, make sure korang survey betul-betul dan consider whether apartment ni sesuai dengan keperluan serta bajet korang. Ikut kemampuan masing-masing, kata nak reward diri sendiri haha.



Bilik-bilik kat Ascott ni sesuai untuk yang jenis tak boleh berenggang dengan rumah . Bak kata pepatah, buatlah macam rumah sendiri..haha..sebab semua apartment di sini furnished dengan peralatan macam TV siap ada Astro, Wifi yang superb laju, aircond dan macam-macam lagi. Dah nama pun apartment iye dok. Hahaha
Then, for amenities pulak, jangan risau, walaupun korang jauh dari rumah, hotel ni menyediakan pelbagai kemudahan untuk korang meneruskan gaya hidup sihat korang. Antara yang best kat sini adalah outdoor swimming pool..wow, dia punya pool, dijamin, one of the best kat Malaysia in term of looks. Memang cantik especially for those yang suka upload gambar kat instagram tu, inilah masanya korang boleh ambil gambar cantik-cantik. Kira macam sambil menyelam, sambil minum air..haha Pool yang disediakan mempunyai binaan yang cukup moden dan yang paling penting, dijamin sangat bersih! Then, the pool ni berkonsepkan outdoor, so sambil mandi korang boleh tengok bangunan-bangunan pencakar langit di sekeliling apartment ni. Cool kan?


Selain dari pool ni, terdapat jugak tennis court dan gymnasium untuk korang bersukan dan beriadah sambil meluangkan masa berkualiti bersama family dan yang tersayang. Bagi korang yang ingin berehat dan tenangkan diri, korang boleh tempah siap-siap terapi spa dan sauna yang disediakan oleh pihak hotel ini. Bestnya, semua ada, semua boleh try dalam satu tempat sahaja.



So, pendek kata, banyak benda yang boleh korang lakukan kat sini. So, apa lagi, book hotel ascot kuala lumpur now at Traveloka.com! Atau, korang boleh download apps Traveloka secara percuma untuk memudahkan lagi urusan booking. Segalanya dihujung jari anda, tempah sekarang dan selamat bercuti dengan traveloka...da~

March 6, 2017

Bukit Piramid, Kundasang Sabah

March 06, 2017 4 Comments
Related image

Sambungan dari pendakian bukit pertama dalam masa sehari, korang boleh baca entry sha [Link : Bukit Tinorindak, Kundasang] walaupun dah lama dah pendakian ni, sha nak juga buat entry haha, buat kenangan hahaha

Lokasi : Kampung Kauluan, Kundasang. Kalau naik ke Mesilou, akan ada satu simpang Ke kampung Kauluan sebelum jalan naik ke Desa Cattle. Boleh guna waze, don't worry, tak kan sesat

Info tentang Bukit Piramid korang boleh contact : FB Bukit Pyramid Kundasang

25 December 2016 - Bukit Piramid, Bukit Temple Run

Memandangkan kita orang memang plan akan naik dua bukit, dan bukit terakhir adalah bukit piramid, sebelum mendaki, sha memang dah nampak bukit ni, bentuk piramid, comel ja macam bukit teletubies tapi jangan ambil mudah, sebab disepanjang trek untuk naik ke bukit ini sangatlah curam dan hanya ada lalang, tali pun hanya ada 2-3 tempat sahaja.

Bayangkan kalau kasut tiada gigi? memang akan menjulang ke bawah, so make sure kasut korang memang khas untuk hiking. 





Sha jenis yang gayat, time naik tu memang akan nampak jelas permandangan bawah bukit, curam jangan cakap, tersangat curam gila ya, sha naik pun berfikir nak turun sebab dah berada dipertengahan jalan, kalau turun memang kaki tak dapat nak control, time tu lagi hujan renyai, sha terpaksa naik sambil tutup mata..hahaha, terima kasih pihin, tolong kakak naik atas..hihih

Naik bukit memang susah, dalam 20 min ambil masa 


Finally, inilah puncaknya, 1604m sahaja, time kami pergi ni kabus everywhere, so tak nampak view satu pekan kundasang, puncak pun basah dan banyak langau..haha jangan buka mulut besar-besar, nanti langau masuk..hahaha





Tiba masanya untuk turun pulang, marilah kita meluncurkan diri..haha
trek naik dan turun beza, so jalan kita orang ambil jalan yang selamat walaupun jauh sikit, ikut trek yang ada perigi






cantik view disepanjang turun bukit ini, ala-ala New Zealand pula kann





Sampai dah ke bawah, kotor nya baju sha, trek licin, kasut sha licin, balik-balik jatuh tapi sha puas hati dapat tawan Bukit Piramid..next time hiking tempat lain lagi, Insyallah