June 11, 2017

Gastrik di Bulan Ramadhan

June 11, 2017 2 Comments
Salam 16 Ramadhan, entry pertama di bulan ramdhan, nampak sangat pemalasnya sharina nak update entry haha..selamat berpuasa korang semua, puasa kah tidak? eh mestilah sha puasa kawan-kawan, rugi nda puasa dibulan Ramadhan ni, setahun sekali ja kan..

Ok, sha nak story pasal Gastrik di bulan Ramadhan, sha memang pesakit gastrik yang agak teruk jugalah, bila nda makan nasi dalam sehari memang akan kena gastrik. Sebelum ni, sha nda pernah alami gastrik dibulan Ramadhan walaupun sha ada gastrik yang teruk, tapi puasa tahun ni kena pulakk

Dulu sha nda percaya akan terjadinya gastrik pada bulan puasa, now dah kena batang hidung sendiri, so kena jaga makan elok-elok, elakkan minum air bergas pada waktu berbuka.

Dan sha ada terbaca viral dekat Facebook yang pelajar 16 tahun maut disebabkan gastrik dan diet tengah malam, Masha Allah, semoga kita sentiasa beringat ya.

 Korang ada pengalaman sendiri kena gastrik dalam bulan Ramadhan? komen sikit..hihi

May 31, 2017

Maaf, Baru Dapat Komen Blog Korang

May 31, 2017 21 Comments
Image result for maaf

Baru hari ni dapat terjah beberapa blog yang selalu terjah blog sha, maaf korang, Google+ punya komen ada masalah, bila tukar template, hilang semua komen google+, semua komen dalam post dah jadi kosong haha..jahat betul google+ ni..nampak sangat blog sha sunyi sepi kan..aduhai

Template dah tukar, sebab Blogger Mad cakap blog berat sangat, lepas itu masalah domain pula,  belum settle lagi masalah domain, masalah follow blog orang lagi..sha dah berpinar mata satu hari depan komputer selesaikan masalah ni, ada siapa2 boleh tolong bagitahu kenapa sha tak dapat follow blog orang? hahaha..

Terima kasih semua sebab singgah dan komen..korang memang sporting la..



May 24, 2017

Tempat Kerja Baru

May 24, 2017 4 Comments
Image result for tempat kerja baru
Alhamdulilah, akhirnya sharina berjaya meng-update entry pasal tempat kerja barunya, haha..actually nda baru sudah, sebab mau dekat 2 bulan lebih sudah kerja sana, saja mau bagitau diblog, kot-kot orang kuat stalk blog ni hahaha, mau juga tau perkembangan terbaru sharina kan..haha perasan

Yeahhh, sesudah menghabiskan tempoh 5 bulan menganggur, akhirnya, sha dapat kerja di Sandakan, memang nekad sudah hati ini mau cari kerja di Sandakan sebab dekat sama keluarga dan tut..haha..nanti karau pindah randah mengangkut barang yang macam lari dari rumah saja bah.

Tempat kerja baru ni sha sebagai Admin Clerk di Company Aluminium dan Glass, sibuk tersangatlah sibuk. Sha ok ja kalau sibuk pun kan, yang penting persekitaran ok, tapi nda macam yang sha impikan, tempat kerja lama masih yang paling bagus didunia haha, dengan bos yang boleh buat kawan, (bos pandai stalk ini blog hahaha) malangnya boss sekarang sangat garang dan tegas, tapi masih boleh tahan jugalah, jadi sharina kenalah pandai fikir positif, dan kerja kena ikhlas

Tapi kalau betul nda tahan, apa boleh buat kan..hah
memang begitu kalau kerja makan gaji


Sha xda selfie dalam opis memandangkan busy kerja, tapi sha jumpa gambar opis dalam google 

Image result for hwa chai glass enterprise

Liang (cantik) bukan? untuk cleaning satu bangunan ni, memang sandi (teruk) juga awal pagi, hahaha..apapun. semoga Allah cekalkan hati sharina untuk terus berjuang dalam office ini..hahaha..aminnn

May 22, 2017

Sabahan Blogger ♥ Dibawah Bayu Kami Bersatu ♥

May 22, 2017 4 Comments
Logo Sabahan Blogger V2
Excited nya lah bila group Sabahan Blogger ini diaktifkan kembali, sebenarnya ada, cuma macam tiada haha..Sha dengan Mad memang dah plan lama dah sejak kami ambil kursus di AMC pada 2013 dulu, dah namanya blogger, bualan kami memang pasal blog ja, kalau orang nda tahu memang akan bosan haha..

Then ahli jawatankuasa yang lain pun ada bincang juga pasal penubuhan ni, hahaha, maka lahirlah Sabahan Blogger ♥ Dibawah Bayu Kami Bersatu ♥ logo by Rahmad www.rahmadgraphic.my, Tagline by Eca www.ecadwinkyasha.com dan blog tersendiri www.sabahanblogger.com artikel menarik tentang Sabah, InsyaAllah akan kami ceritakan disitu

Anda seorang blogger? dari Sabah? mari join komuniti kami, PM sha di FB or Email pun boleh, dan boleh follow rakan blogger yang lain, dan berkenalan, semua sporting..hihi


List Sabahan Blogger
1. www.ecadwinkyasha.com
2. dapurjirankuberasap.blogspot.com
3. shumie-dz.blogspot.com
4. www.unnianje.com
5. www.jun-zie.com
6. msvelentine.blogspot.my
7. blogashalya.blogspot.my
8. anumabdullah93.blogspot.com
9. lizaizara.blogspot.my
10. sukasukasurirumah.blogspot.my
11. www.kisahemasputih.com
12. www.opzzpinky.my
13. nnizati.blogspot.com
14. www.dayverampas.com
15. nourayuadieb.blogspot.com
16. www.rahmadgraphic.my
17. hunyieda.blogspot.com
18. hidayah97-bittersweet.blogspot.my
19. www.kakgojes.com
20. mrsyatie.blogspot.com
21. www.dedauncomel.com
22. www.elihjapahar.com
23. ciknurul23.blogspot.com
24. madey09.blogspot.my
25. walkstatic.blogspot.com
26. inikisahtia.blogspot.my
27. iamtiniamir.blogspot.my
28. www.mommyfiqa.com
29. Anda Sabahan Blogger...

May 3, 2017

Elopura Recreation Park, Sandakan Sabah

May 03, 2017 0 Comments


Terlepas gian nak hiking setelah sekian lamanya haha..rindu sebenarnya nak panjat2 bukit ni, and now sha dah pindah Sandakan, sha pun tak tahu bila nak pergi KK. rindu dengan KK..haha..ok ok kita cerita pasal Bukit yang ada di Sandakan. eh sha baru tahu. Sandakan pun ada bukit untuk didaki..hihi..*tepuk dahi*

So, plan sudah pun diatur, malangnya sha dan kawan-kawan lambat naik bukit, dalam jam 11pagi, terbakar muka kita hahha..agak mencabar dan this is 1st time mendaki jam 11, (Gunung Kinabalu beza tau sebab dia sejukkk) matahari dah naik diatas kepala..lucu juga, peluh dah turun bagai hujan hutan tropika haha..nyamannn, namun kami tetap tak putus asa, teruskan juga mendakinya



Untuk masuk ke Elopura Recreation Park, korang kena masuk jalan Astana Height, jalan lurus sampai ada satu park kereta, dekat dengan kawasan perumahan, signboard Elopura Recreation Park agak terlindung sikit, tapi jangan risau, dekat ja dengan car park tadi, sebelah kiri. Kami pun masa mula2 memang sesat haha..jangan harap sangat google maps ya..

Hiking With BFF Sandakan
Untung kan mana-mana pergi ada BFF, hihi presenting my BFF since 2007 Daya dan Is, dua-dua cute hahahah



Peringatan kepada pendaki wanita, mendakilah secara berkumpulan sebab kawasan bukit ini tersangatlah sunyi dan krik krik haha..pastikan ada kawan lelaki ikut, seram juga bila naik bukit suasana lain kan..so make sure hati-hati.

Image may contain: tree, plant, outdoor and nature

Jalan masuk starting memang redup ja, angin sepoi-sepoi, kau tunggu nanti time tiada pokok haha..disitulahhhhh...

Elopura Recreation Park pernah terbakar dulu, mungkin cuaca terlalu panas
panas gilaaa..terbakar muka kami..hahha

Image may contain: cloud, sky, tree, plant, grass, outdoor and nature

Image may contain: one or more people, people standing, cloud, sky, outdoor and nature 

Image may contain: one or more people, people standing, tree, plant, sky, outdoor and nature

Naik tangga turun tangga, tangga nya cantik kan? hahaha

Image may contain: sky, plant and outdoor
Permandangan dari atas Perumahan Sim Sim

Image may contain: plant, sky, tree, outdoor and nature
 Masjid Besar Sim Sim

kepanasan suda si kawan hahaha


ini dia model kunun tahan-tahan ja gayat hahaha

Sekali lagi turun tangga, macam tangga di gunung kinabalu pula..owhh rindu dengan kinabalu haha...

Finally kami sampai puncak dengan jayanya, ambil masa 1 Jam sebab  panas yang mencabar..dengan ambil gambar dengan restnya hahaha, sangatlah funny..hahaha


Image may contain: 1 person, smiling, sky, cloud, outdoor and nature

Image may contain: 3 people, people smiling, cloud, sky, shoes, child, outdoor and nature

Maka kami pun turun bukit dengan penat dan peluh yang banyak hahaha, macam air terjun, apapun benda bila mencabar lagi best, tapi itulah rushing sangat mau naik dan turun terhad untuk menikmati keindahan alam, InsyaAllah akan kesini lagi, mungkin time sunrise, lagi cantik view..