August 19, 2017

Pengalaman Membida di Laman Web Chilindo

August 19, 2017 15 Comments

Assalamualaikum para pengemar membeli belah secara atas talian termasuklah sha sendiri, mesti korang sudah sedia maklum tentang kewujudan sistem bida secara atas talian untuk barangan rumah, peribadi wanita, lelaki, kecantikan dan lain-lain lagi di laman web Chilindo, bukan? Yang pastinya siapa sudah memasuki laman tersebut tidak akan dapat menahan jemari untuk menekan butang bida pada skrin seperti gambar diatas, yang belum pernah, mari sha kongsikan pengalaman sha membida barang di Chilindo.

Laman Web Chilindo http://www.chilindo.com/my/

Apa itu Chilindo
Tapi sebelum itu, sha ingin berkongsi sedikit infomasi tentang Chilindo, dimana laman web ini akan melelong kesemua barangan bermula dari RM 0.10 dalam erti kata lain, minimum 10 sen sahaja, sehinggalah pengguna lain turut sanggup membayar berapa banyak jumlah untuk sesuatu barang dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, maka dia adalah pememangnya, seronok bila dengar kan.


Berikut adalah hasil bidaan yang telah sha menangi pada fasa pertama sha memasuki laman web tersebut, jika korang boleh perasan disitu, ada beberapa barang yang agak pelik untuk kita berfikir apakah ianya berguna ataupun tidak selepas memenanginya. Pada sha memenangi sesuatu bidaan itu, amatlah seronok, terasa diri ini sudah dapat 4 Flat dalam CGPA peperiksaan, walaupun hakikatnya barang itu tidak perlu sebenarnya..hahaha

Pengeluaran barang bidaan yang tidak diingini
Namun, dengan cetek ilmu tentang proses keluarkan barangan yang tidak diperlukan, sha pun dengan sedih hati setuju untuk membayar ketujuh-tujuh barangan itu. Hakikatnya terpaksa membayar RM 68++ termasuklah RM8 untuk kos penghantaraan.

Ingin sha tekankan disini, bahawa barangan yang korang tidak perlukan dan ingin melepaskannya, korang boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihak Chilindo, email barang tersebut dan tunggu pengesahan daripada pihak mereka.

Proses pembayaran yang sangat lembap
Beza dengan laman membeli belah yang lain, Chilindo mengamalkan sistem pembayaran menggunakan kad kredit sahaja, jadi pengguna lain terus membayar secara manual menggunakan bank masing-masing dan terus email bukti pembayaran pada pihak Chilindo. Walaupun pihak Chilindo mengatakan sistem begini adalah yang paling selamat.

Dari pengalaman sha, proses ini sangat lembap, sha sendiri tidak tahu lepas buat pembayaran, pihak Chilindo sudah dapat terima pembayaran tersebut ataupun belum kerana tiada pemberitahuan lepas buat pembayaran kena hantar email dengan siapa, jadi sha terpaksa tunggu seminggu dan email pihak Chilindo sendiri pasal masalah ini.

Penghantaran
Sha berpuas hati dengan penghantaran yang cepat dan tepat ke alamat dengan hanya RM8 sahaja, berbanding dengan kos lain yang kos penghantarannya mengikut berat barangan tersebut. Tapi ketujuh-tujuh barangan sha ringan juga.

Kepuashatian Pelanggan 
Walaupun harga murah berbanding dengan barangan dilaman web lain, alhamdulilah sha puas hati dengan barangan yang telah berjaya dibida pada lawan web Chilindo ini. namun sha belum terfikir untuk membida pada fasa kedua selepas ini, haha.

Tongkat selfie monopod RM6.30
Tripod Octopus Fleksibel RM 3.20

Kasut Eve wanita RM 15.90

Ini antara barangan yang telah sha bida, maka dengan itu, sebelum korang membida fikir dua kali lima dahulu, dan pastikan bidaan korang pada musim gaji bagi mengelakkan bidaan dikeluarkan, bida barangan yang perlu sahaja, dan jangan membazir, sekian dari pengalaman sha membida di laman web Chilindo, pengalaman korang pula macam mana?

August 18, 2017

Kembara Jom Jimat Elektrik

August 18, 2017 0 Comments
TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan

Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik

Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 

jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."

Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 

August 13, 2017

Sabah Elephant Film Festival

August 13, 2017 12 Comments

Sabah Elephant Film FestivalAssalamualaikum, 12 Ogos merupakan Hari Gajah Sedunia, WWF-Malaysia (World Wide Fund) telah mengadakan sambutan yang meriah untuk tontonan umum sempena Hari Gajah Sedunia bertempat di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negera (JKKN) Sabah dengan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Perlancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Pang Yuk Min. Alhamdulilah, Sha dan Kak Gojes dari blog http://www.kakgojes.com/ berpeluang untuk mengenal secara terperinci kehidupan sekumpulan gajah.


Gajah adalah haiwan daratan yang terbesar dan comel yang hanya didapati hidup di Sabah sahaja. Info ini sha pun baru tahu, manakala orang kampung boleh hidup harmoni bersama gajah dan memanggil gajah sebagai nenek tanda hormat mereka kepada gajah.

Jabatan Hidupan Liar Sabah diwujudkan pada Tahun 1965 untuk mengawal gajah yang memusnahkan hasil tanaman dan tumbuhan. Mereka menggunakan bom gajah untuk menghalang gajah dari terus membuat ancaman. Gajah Borneo disenaraikan sebagai haiwan terlindung sepenuhnya dalam Enakmen Konservasi Hidupan Liar 1997. Ini bermakna mencederakan atau membunuh gajah di Sabah adalah satu kesalahan yang amat besar.

Polisi Jangan Bunuh 1996 ditubuhkan dengan kaedah tangkap dan pindah secara tidak langsung dapat mengekalkan populasi gajah. Dengan tembakan pelali pada setiap gajah yang hendak dipindahkan, ianya antara kaedah yang cepat namun kosnya mahal. Disebabkan gajah bergerak secara berkumpulan, kaedah ini amat menyukarkan dan sangat bahaya, berkemungkinan gajah akan menyerang dan boleh menyebabkan kematian.

Kos pemindahan gajah ke tempat baru, setiap satu gajah adalah lebih kurang RM30,000 termasuklah kos pengangkutan, pembinaan kandang dan lain-lain. Manakala di Semenanjung Malaysia, untuk memindahkan satu gajah, khidmat gajah jinak yang lain diperlukan.

Beberapa filem yang ditayangkan, termasuklah Gardeners of Eden mengisarkan kegigihan dan kesungguhan rakyat Africa menyelamatkan gajah yang kehilangan keluarga, amatlah menyentuh hati kami. Filem pendek selama satu jam itu mampu mengubah hidup gajah dari terus diburu untuk mendapatkan gading gajah dan kitalah yang akan melindungi hidupan ini untuk generasi akan datang.

Sha terharu dan tabik hormat kepada peranan WWF-Malaysia untuk melindungi hidupan terancam ini. Memberi kesedaran kepada umum dan khasnya para pelajar untuk menjaga hidupan comel ini agar generasi akan datang dapat mengenalnya.

Laporkan penjualan bahagian badan gajah seperti gading dan barangan berasaskan gajah seperti kulit gajah kepada Jabatan Hidupan Liar. Semua rakyat Sabah bertanggungjawab melindungi Gajah kerana binatang liar ini merupakan khazanah alam yang sepatutnya menjadi kebanggaan kita semua.

August 10, 2017

Lawatan ke PetroSains Kota Kinabalu

August 10, 2017 4 Comments

Lawatan ke PetroSains Kota Kinabalu |Assalamualaikum, Pada jumaat lepas, Petrosains mengadakan karnival Matematik, dan pihak tadika telah bercadang awal untuk membuat lawatan pada tarikh tersebut, oleh kerana ini lawatan pertama untuk tahun ini, para cilik cikgu amatlah teruja mengikutinya. Hahaha.

Secara amnya, sha sendiri baru tahu yang Petrosains ada di area Kota Kinabalu, yang bertempat di Perpustakaan Negeri Sabah, Luyang. Dan sha beruntung dapat masuk dan terokai benda baru bersama para cilik cikgu untuk kali pertamanya. 


Kami bertolak dari tadika pada 10 pagi dengan menaiki van, untuk pengalaman pertama para cilik cikgu menaiki van bersama cikgu tanpa ditemani oleh ibu bapa masing-masing. Agak extreme untuk cikgu mengawal para cilik cikgu ini, walaupun pada awal pagi, cikgu sudah siap-siap pesan bila tiba disana, jalan ikut barisan dan jangan nakal-nakal. 


Untuk permulaan, barisan para cilik cikgu, sangat teratur dan tersusun rapi, semua orang teruja melihat kecomelan mereka ini, tapi apabila melihat aktiviti disekitar PetroSains, para cilik jadi semakin aktif dan tidak terkawal. Memang kami sebagai cikgu sendiri susah mengawalnya, haha..sabar jak lah cikgu.


Aktivi Pertama : Pengiraan 
Memandangkan kami lambat sampai, terus masuk dewan untuk pengenalan aktiviti. Para cilik masih dalam keadaan blur + excited untuk memulakan aktiviti, sampai lupa buka beg dan kasut haha. Dalam aktiviti ini, para cilik diajar untuk mengingat nombor dalam bentuk semasa operasi + dan - dilakukan.

Aktiviti Kedua : Mengenal Bentuk
Para cilik diminta untuk membuat 4 bentuk berdasarkan gambar yang diberi menggunakan batang lidi dan stick gum, contohnya, bentuk diamond, star, square dan heptagon. 

Aktiviti Ketiga : Kapasiti
Dalam aktiviti ini, para cilik dibenarkan untuk merasai sendiri kerja berpasukan dalam mengira kapasiti setiap bentuk botol yang disediakan.

Sangat have fun, sampaikan nda sedar cepatnya masa berlalu, dan tiba masa untuk pulang. Sebelum itu, para cilik dihadiahkan beberapa barang dari PetroSains iaitu dinasour, pen dan badge.

Gambar kenangan bersama abang dan kakak PetroSains 


Kami singgah di Tanjung Likas untuk makan tengah hari, kesian para cilik cikgu, perut semua dah krok krok, haha.


And for the last activity, ambil gambar dengan shark replica, teruja nampak shark begitu besar. hahaha, alhamdulilah sesi lawatan telah tamat, semua para cilik telah pulang ke rumah masing-masing sampai ke pintu rumah cikgu tolong hantarkan, cikgu harap, biarlah blog ini menjadi kenangan bila kamu semua besar nanti, mesti comel cari muka masing-masing macam cikgu ja comelnya bila ambil masa mau hafal nama kamu semua, siap ada tersasul nama lagi, haha.

Salam sayang untuk anak-anak cikgu sha :)

August 6, 2017

Bukit Botak, Sepanggar

August 06, 2017 10 Comments

Bukit Botak, SepanggarAssalamualaikum, Lama bercuti dari mendaki, kini sha kembali dengan entry teruja dan menerujakan kamu semua wahai pendaki tegar, haha. Sebenarnya kan, sha sudah empat kali naik Bukit Botak ini, Kali pertama mendaki melalui laluan Uitm Sabah >>Baca sini<< tapi sedih sekali, gambar semua broken, sha pun tak tahu kenapa, jadi pendakian keempat ini, baru sha dapat up entry sebab sha daki pakai baju pink, aci tak? haha

Bukit ini terletak berhampiran dengan Uitm Sabah, Kampung Lokub, Seri Maju dan banyak lagi perumahan area sana, untuk jalan masuk, boleh lalu dari jalan baru (Traffic Light) selepas Seri Maku Apartment, ataupun jalan dari ILP Kota Kinabalu, sha dengar jalan dari sana lagi mencabar, sha pun belum lalu sana.

Perjalanan ke bukit ini mengambil masa setengah jam bagi yang ada tranning dan bagi yang punya kuasa supersaia anggaran dalam 15 minit, dekat sahaja, namun sha pun semput juga tadi pagi sebab tiada tranning kan.

Cadangan masa sesuai untuk naik ke bukit ini adalah waktu pagi dan waktu petang, tengah hari adalah dilarang, sebab panas kot haha..nanti turun bukit rasa nak bergolek ja dari atas ke bawah sebab dah macam cacing kepanasan, haha.


Signboard baru untuk Bukit Botak, sebelum ini hanya ada dua bendera terpacak di situ, kini dah ada signboard lagi cantik kan, ke sha yang cute dekat situ? haha..maaf sha tiada gambar dalam perjalanan ke puncak, korang kena naik sendiri untuk merasainya.

Untuk pengetahuan korang, bukit ini dulu, digelar sebagai bukit teletubies, sebab kalau tengok dari jauh macam background dalam kartun teletubies tu, comel ja, rasa nak tidur atas bukit tu, tapi korang, bila dah sampai puncak, menangis mau turun apatahnya, banyak sangat lalang menjangkaui ketinggian, haha, lalang lagi tinggi dari sharina :P



ok, itu sahaja entry teruja sha mendaki Bukit di Kota Kinabalu ini, siapa bercadang untuk cuti-cuti di area KK dan Kundasang boleh rujuk entry pendakian sha pada menu di atas, best tauu hiking ini, korang kena try, baru dapat tengok apa yang berada di bawah kita, kan.