Nombor Telephone Bas Kota Kinabalu - Sandakan
sHaRiNa eLyaNa
October 18, 2017
5 Comments
Nombor Telephone Bas Kota Kinabalu - Sandakan | Assalamualaikum dan salam bercuti sempena pesta cahaya, deepavali. Amboi bukan main sakan cuti cikgu-cikgu sekalian, alhamdulilah, cuti seminggu ni sha pulang Sandakan dan entry ini sebagai rujukan sha sebab selalu nombor phone penting ini hilang, jadi sha nak simpan pula nombor telephone bas Kota Kinabalu - Sandakan
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan memakan masa 6 jam, begitu juga dengan dari Sandakan ke Kota Kinabalu haha bezanya kalau musim hujan bas akan jalan perlahan, kadang-kadang akan mencecah sehingga 7-8 jam.
Begitu juga dengan musim cuti, jalan akan sesak, jadi memang akan rasa kepanasan punggung dalam bas waktu sebegitu panjang. Hihi tapi jangan risau, setiap bas ada menyediakan tandas.
Hanya dua syarikat bas yang bergerak mengikut laluan dari Terminal Inanam - Tamparuli - Kundasang - Ranau - Telupid - Sandakan iaitu Bas Tung Ma dan Bas Sida.
Kedua-dua bas berkenan akan bergerak mengikut jadual masing-masing iaitu satu hari hanya satu syarikat bas sahaja yang jalan sehala, jika Bas Tung Ma bergerak dari Kota Kinabalu pada hari isnin, maka pada hari yang sama juga, Bas Sida akan bergerak dari Sandakan pula.
Nombor Telephone Bas Kota Kinabalu - Sandakan
Tung Ma 088-381190
Sida 088-384676
Nombor Telephone Bas Sandakan - Kota Kinabalu
Tung Ma 089-218904
Sida 089-224990
Harga tiket untuk satu perjalanan adalah sama iaitu RM43, dan jika korang nak cancel perjalanan boleh hubungi kaunter di syarikat bas berkenaan untuk benarkan open tiket untuk perjalanan seterusnya, tempoh open tiket selama sebulan pada bas yang sama. Dan pihak bas akan suruh korang datang dengan tiket untuk cop open tiket. Jangan burn, sayang duit hihi..
Selamat bercuti semua