November 3, 2017

Lirik Lagu Mari Solat (Aisyah)

November 03, 2017 1 Comments
Lirik Lagu Mari Solat Parodi dari Lagu Aisyah | Assalamualaikum, sudah solat ka belum? Kalau ada malas-malas tu, mari cikgu sha nak korang nyanyi lagu Mari Solat.

Lirik lagu ini dapat memberi kesan pada anak-anak daripada nyanyi lagu yang melalaikan. Lagu ini sha nak buat untuk persembahan masa konvo tadika nanti, tengah buat latihan untuk budak 6 tahun. Wah excitednya dorang..hihi



Lalalalla. Aku solat.
5 waktu sehari, semalam. 
Subuh zohor dan asar, maghrib juga isya'.

Satu dua tiga mari solat
Klu kau tak nak diazab diakhirat
Kita solat
Allah sayang sangat
Kitakan selamat

Kawan
Solat berjemaah 27 darjat
Jgn kau tak buat kita wajib solat
Jangan seronok sangat
Kiamat pon dah dekat 
Kau belum terlambat

Kawan
Ayah ajak solat, kau kata kau penat
Ibu suruh solat, kau kata dah buat
Allah Maha Melihat
Malaikat mencatat
Kau kan kena sebat

Allah
Aku janji aku takkan tinggal solat
Aku janji ibu ayah aku hormat
Aku kesal sangat
Apa ku dah buat
Ku ingin bertaubat

Allah
Aku tak nak dosa, aku nak pahala
Ku tak nak neraka, aku ingin syurga
Ku harap bahagia
Ku ingin gembira
Aku cuma hambaaaaaaa

Ya Allahu ya rahman ya rahim......

Sumber : Facebook

5 Entry Paling Menyengat October 2017

November 03, 2017 5 Comments
5 Entry Paling Menyengat October 2017 | Assalamualaikum, iya ketibaan bulan November yang dinanti, hanya tinggal 2 bulan lagi nak habis tahun 2017, cepatnya masa berlalu kan? bulan ini merupakan bulan kesibukan para cikgu, sebab nak urus budak konvo dan bulan 12 boleh bercuti sakan..hihi jom kita lihat 5 Entry Paling Menyengat October 2017


5 Entry Paling Menyengat October 2017

1. Ribut Tropika Turut Landa Sabah
Cuti Deepavali seminggu yang lalu, beberapa daerah di negeri ini terkena tempias Ribut Tropika yang telah berlaku d iNegara Jiran Filipina

2. Contact Lens Paling Best Dari ImLens
Pencinta Contact Lens boleh terjah entry hangat ini, yang bestnya tentang CL ini, pakai pun fresh ja mata, rugi kalau tak cuba, ada diskaun lagi tauu.

3. Pengalaman Membeli Power Bank di Shopee
Power bank penting untuk sesebuah Handphone, kalau nak cari murah dan comel-comel bolehlah beli dekat Shopee yang penting free postage heee.

4. Sumbangan Bantu Suria Lekat Lekit
Dapat pahala kita tolong orang yang susah, jom bantu blogger ini untuk mempermudahkan urusan saman beliau

5. Lirik Lagu Armada Asal Kau Bahagia
Lagu ini ditujukan khas buat..ehhh haha, lagu ini lirik dan musik best sangat, jom nyanyi sama-sama..hihi

Ok itu sahaja setakat ini, dan bulan October yang lalu, sebanyak 7 entry telah dihasilkan, semakin merundum ya, usaha lebih lagi sharinaaaa..

Dan untuk Top Refferal bulan lalu adalah Kak MV dari http://msvelentine.blogspot.my/, tahniah kak MV, sha telah letakkan feed percuma blog akak di bahagian Footer

Terima kasih pembaca setia blog opzzpinky, semoga entry-entry yang dihasilkan bermanfaat untuk dunia dan akhirat, amin...

Salam sayang
Opzzpinky :)

November 2, 2017

Segment Thank You, 200,000 Visitors by Sii Nurul

November 02, 2017 1 Comments
Segment Thank You, 200,000 Visitors by Sii Nurul | Assalamualaikum, selamat datang bulan November, tahniah blogger Sii Nurul sebab blog visitors telah mencecah 200,000 wahh banyak tu, so mari kita support beliau dengan join sama-sama segmen yang dia adakan.
 
Klik banner untuk join, cepat-cepat join sebab segmen hanya berlangsung 3hari sahaja, dan hari ini adalah hari terakhir dan 2 pemenang bertuah akan mendapat RM20 setiap seorang..joommm join

October 26, 2017

Contact Lens Paling Best dari ImLens

October 26, 2017 9 Comments
Contact Lens Paling Best dari ImLens | Assalamualaikum, hari ini sha nak berkongsi dengan korang Contact Lens Paling Best dari ImLens yang pernah sha cuba sangat puas hati berbanding dengan Contact Lens yang lain.


'Beauty through your eyes', Mata adalah anugerah terindah yang diberikan Allah kepada kita, tapi kebanyakan orang sekarang telah mengalami kerosakan mata akibat banyak faktor, ada yang memilih untuk memakai kaca mata, namun tidak kurang pula memakai Contact Lens. 

Dan sha berani untuk mencadangankan kepada korang Contact Lens Paling Best dari ImLens berbanding dengan Contact Lens yang ada diluar sebab apa? meh sha nak cerita ni..

Sha diberi peluang untuk mencuba sendiri Contact Lensdari ImLens, menurut pengalaman sha memakai Contact Lens memang tidak akan lebih dari 2 jam dalam sekali pakai, sebab mata akan menjadi kering dan kurang selesa, tapi apabila sha mula memakai Contact Lens dari ImLens, kesegaran tetap sama selama memakainya lebih dari 2 jam, sehinggakan sha lupa suda lebih dari 2 jam sha memakainya.



45% Mengandungi Air
Kandungan air yang tinggi meningkatkan bekalan oksigen pada kornea, maka ianya menjadikan lens ini sangat selesa untuk dipakai pada masa yang sama dapat menyihatkan mata. 

Dijamin Selamat
Bahan yang digunakan oleh ImLens telah mendapat kelulusan dari US FDA (US FDA adalah agensi kerajaan Amerika Syarikat yg bertanggungjawab untuk mengawal dan memastikan keselamatan pengeluaran hasil makanan, hasil tembakau, makanan tambahan, ubat-ubatan, vaksin, biopharmaceutical, derma darah, peralatan perubatan dan lain-lain) ImLens juga mempunyai Sijil ISO dan GMP, buatan dari Teknologi German

Panduan Manual Pemakaian Contact Lens 
Tidak pernah guna Contact Lens? korang jangan risau sebab ImLens ada sertakan sekali dalam kotak  itu, panduan manual cara pakai dan tempoh penggunaannya. Untuk Contact Lens ini, tempoh penggunaan maximum satu bulan, selepas itu boleh tukar yang baru pula

sha menggunakan i-Claim Contact Lens


Warna, Saiz dan Power
Terdapat 4 warna menawan hati si pemakai, antaranya :-
i-Moss (Green 14.5mm)
i-Sea (Blue14.5mm)
i-Claim (Hazel 14.0mm) 
i-Pearl (Grey 14.0mm)

Power bermula dari Plano (0.0) hingga 6.0

Klinik Contact Lens
Terbaiklah !! ImLens juga telah membuka Klinik Contact Lens di Petaling Jaya, Selangor bertujuan untuk rundingan khas si pemakai tegar Contact Lens jika korang ada mengalami masalah ketika memakai Contact Lens, disamping itu juga korang boleh mendapatkan Lens percuma,  wow, hebat bukan?

Contact Lens ImLens RM40/pair

Berita Baik !! dapatkan diskaun apabila korang membeli Contact Lens dari ImLens dengan menggunakan kod "SABAHAN BLOGGER SHARINA" 

Whatsapp sekarang http://imlens.wasap.my/ <--- dan pilih warna kegemaran korang

ImLens turut menyediakan COD di sekitar Kota Kinabalu dan Papar (Sabah) dan KL Sentral - LRT Subang Jaya (Semenanjung) 

ImLens juga telah sampai ke Negara Jiran, iaitu Brunei dengan harga BND 17/pair termasuk Postage

Jom Terjah sekarang -> https://www.instagram.com/imlens.hq/



October 19, 2017

Ribut Tropika Turut Jejas Sabah

October 19, 2017 5 Comments
Ribut Tropika Turut Jejas Sabah | Assalamualaikum, menurut sumber dari Pejabat Metrologi Sabah, amaran ribut tropika turut Jejas Sabah yang berlaku dinegara jiran iaitu kawasan timur Filipina.


AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat, Sandakan (Daerah Beluran) dan WP Labuan dari Selasa, 17 Oktober 2017 sehingga Khamis 19 Oktober 2017.

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter  dijangka berlaku di kawasan perairan Sulu sehingga Sabtu, 21 Oktober 2017. Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. Manakala di Labuan dan Pahlawan angin 40 - 50 kmsj dengan ombak 2.5 - 3.5 m.

Keadaan cuaca ini terjadi adalah disebabkan oleh  pertembungan antara angin barat laut dengan angin barat daya  dalam perjalanan ke zon tekanan rendah utama iaitu Ribut Tropika Lan di Timur Filipina. Jangkaan sekarang ribut tersebut akan menghala ke utara Filipina.

Azemi Daud
Pej Meteorologi Sabah



Sumber dari Facebook Sabah Kini

Di kundasang, gerai-gerai menjual makanan dan buah-buahan turut rosak akibat ribut pada 17 Oktober yang lalu.

Manakala Sabah Park menutup pendakian ke Gunung Kinabalu ekoran cuaca menjangkaui 2°C pada tarikh yang sama.

Keadaan Ribut Tropika itu juga turut dapat tempiasnya di kawasan Ibu Kota Kinabalu, yang mana hujan dan ribut kuat telah melanda 5 hari berturut-turut. Banyak pokok tumbang dan kereta sesak disekitar bandar berkenaan.

Rakyat Sabah diminta supaya berhati-hati menjalani aktiviti dimusim cuti persekolahan ini. Semoga dengan kejadian yang melimpah negeri kita, kita sentiasa berwaspdah dan banyak-banyak berdoa kepada Allah.