Bulan Madu di Hotel Four Point Sandakan
sHaRiNa eLyaNa
January 10, 2018
2 Comments
Bulan Madu di Hotel Four Point Sandakan | Assalamualaikum, menurut wikipedia bulan madu merupakan percutian tradisi yang diambil oleh pasangan baru sebagai meraihkan perkahwinan mereka dalam keintiman dan berdua sahaja. Dan sebagai pengantin baru, sha dan suami diberi peluang untuk mencuri sedikit masa dari kesibukan majlis selepas kahwin untuk berkenalan antara satu sama yang lain memandangkan kami boleh dikategorikan dalam bercinta selepas nikah.
Selepas 3 hari majlis perkahwinan sha dan suami, rezeki bulan madu kami telah ditaja oleh kakak sulung sha bersama suaminya di Hotel Four Point Sandakan. Kami bercadang untuk melangsaikan percutian singkat bulan madu kami pada 25hb Disember 2017 memandangkan aktiviti kemas rumah belum siap sepenuhnya dan ahli keluarga mulai pulang ke rumah masing-masing untuk menjalani aktiviti harian mereka. Alhamdulilah, sejujurnya sha tidak pernah tidur dihotel bertaraf 4 bintang seperti ini, tapi itu bukan halangan untuk sha berkongsi mengenai pengalaman kami berbulan madu di Hotel Four Point Sandakan.
Hotel Four Point berada di hujung bandar Sandakan bersebelahan dengan pusat membeli belah Harbour Mall menjadikan hotel bertaraf 4 bintang ini menarik kunjungan para pelancong luar negara amnya, juga permandangan laut membuatkan lagi hotel ini mempunyai latar belakang yang sangat indah.
Usaha abang ipar sha untuk memberi kejutan sempena hari bulan madu kami, berjaya apabila kami suami isteri teruja apabila disambut mesra oleh staff hotel ini, ditambah lagi dengan hiasan tuala melambangkan bentuk Love diatas katil pengantin baru hihi.
Usaha abang ipar sha untuk memberi kejutan sempena hari bulan madu kami, berjaya apabila kami suami isteri teruja apabila disambut mesra oleh staff hotel ini, ditambah lagi dengan hiasan tuala melambangkan bentuk Love diatas katil pengantin baru hihi.
Permandangan pada waktu pagi
Swimming pool
Jamuan sarapan pengantin baru
Sejujurnya belum ada sebarang photo berdua dengan suami sepanjang tahun baru ini, agaknya terasa diri sudah menjangkaui usia, jadi mood untuk selfie sudah semakin kurang? iyakah? haha tapi yang pasti sha memang ingin tangkap gambar kenangan bersama suami sebanyak yang mungkin suatu hari nanti.
Ini sahaja ringkasan reveiw sha berBulan Madu di Hotel Four Point Sandakan, malah jika ada hotel lain yang ingin sponsor bulan madu kami lagi, sangatlah dialukan hahaha.