January 16, 2018

New Year Giveaway Whoot Whotttt

January 16, 2018 1 Comments
New Year Giveaway Whoot Whotttt | Assalamualaikum, petang yang indah dan mood join segmen sudah bermula, jadi apa tunggu lagi, cepat-cepat klik banner dibawah ini, yaaa


Gambar yang paling sha suka dalam tahun 2017

Image may contain: 2 people, outdoor

Sudah semestinya gambar kahwin sha, haha..2017 adalah tahun sha bertukar status kepada Puan Sharina, walaupun kahwin pada hujung tahun iaitu bulan 12 tetap hari perkahwinan sha menjadi hari favorite sha selamanya hahaha. Uniknya pada gambar ini, sha memakai baju warna biru, warna kegemaran suami, walaupun hakikatnya sha sangat benci warna biru dan moralnya adalah, kita sebagai manusia jangan terlampau benci akan sesuatu yang pastinya kita akan menghadapinya  suatu hari nanti hahaha..Love you, suamiku always..cia cia cia

January 15, 2018

Resepi Mudah Tempoyak Durian Merah

January 15, 2018 6 Comments
Resepi Mudah Tempoyak Durian Merah | Assalamualaikum, musim durian merah datang lagi, tapi sayangnya dua tiga tahun kebelakangan ini, musim buahan, durian merah amnya sangat sukar untuk ditemui mungkin cuaca yang tidak stabil membuatkan terbantutnya pertumbuhan buah ini. Tapi itu bukan alasan untuk tidak dapat makan, malah disini sha berkongsi Resepi memasak dengan cara mudah Tempoyak Durian Merah.

Kelihatan kelibat penjual durian merah area Sandakan sudah memunculkan diri, ianya mulai bertapak disekitar Jalan Batu 7, depan Pejabat hinggalah depan Masjid Pengeran, untuk harga sekilo agak mahal tapi berbaloi untuk menghilangkan rasa ingin makan durian merah. Sekilo RM35


Durian merah sangat popular di sekitar Borneo, mempunyai bentuk fizikal sama seperti durian biasa, namun perbezaan warna pada isi dan kulitnya. Rasa isi durian merah kurang manis dan berlemak. Ianya sesuai untuk dibuat tempoyak.

Resepi Mudah Tempoyak Durian Merah


  • Tumis bawang besar dengan durian merah yang sudah masak (tips memilih buah durian merah yang masa; kulitnya terbuka dan isi kemerahan) bersama biji durian merah, letakkan sedikit garam dan gaul sehingga baunya naik.


Kebanyakan pengemar durian putih secara automatiknya akan suka dengan durian merah ini, namun tidak kurangnya juga ada yang tidak suka makan durian putih tapi obses dengan durian merah, namun bagi sha agak malang bila seseorang tidak suka merasa kenikmatan kedua-dua durian ini, suami sha terutamanya hahaha, it's ok b, nda juga habis tempoyak durian merah sayang haha


January 10, 2018

Bulan Madu di Hotel Four Point Sandakan

January 10, 2018 2 Comments
Bulan Madu di Hotel Four Point Sandakan | Assalamualaikum, menurut wikipedia bulan madu merupakan percutian tradisi yang diambil oleh pasangan baru sebagai meraihkan perkahwinan mereka dalam keintiman dan berdua sahaja. Dan sebagai pengantin baru, sha dan suami diberi peluang untuk mencuri sedikit masa dari kesibukan majlis selepas kahwin untuk berkenalan antara satu sama yang lain memandangkan kami boleh dikategorikan dalam bercinta selepas nikah.

Selepas 3 hari majlis perkahwinan sha dan suami, rezeki bulan madu kami telah ditaja oleh kakak sulung sha bersama suaminya di Hotel Four Point Sandakan. Kami bercadang untuk melangsaikan percutian singkat bulan madu kami pada 25hb Disember 2017 memandangkan aktiviti kemas rumah belum siap sepenuhnya dan ahli keluarga mulai pulang ke rumah masing-masing untuk menjalani aktiviti harian mereka. Alhamdulilah, sejujurnya sha tidak pernah tidur dihotel bertaraf 4 bintang seperti ini, tapi itu bukan halangan untuk sha berkongsi mengenai pengalaman kami berbulan madu di Hotel Four Point Sandakan.


Hotel Four Point berada di hujung bandar Sandakan bersebelahan dengan pusat membeli belah Harbour Mall menjadikan hotel bertaraf 4 bintang ini menarik kunjungan para pelancong luar negara amnya, juga permandangan laut membuatkan lagi hotel ini mempunyai latar belakang yang sangat indah.



Usaha abang ipar sha untuk memberi kejutan sempena hari bulan madu kami, berjaya apabila kami suami isteri teruja apabila disambut mesra oleh staff hotel ini, ditambah lagi dengan hiasan tuala melambangkan bentuk Love diatas katil pengantin baru hihi.



Permandangan pada waktu pagi

Swimming pool

Jamuan sarapan pengantin baru

Sejujurnya belum ada sebarang photo berdua dengan suami sepanjang tahun baru ini, agaknya terasa diri sudah menjangkaui usia, jadi mood untuk selfie sudah semakin kurang? iyakah? haha tapi yang pasti sha memang ingin tangkap gambar kenangan bersama suami sebanyak yang mungkin suatu hari nanti.

Ini sahaja ringkasan reveiw sha berBulan Madu di Hotel Four Point Sandakan, malah jika ada hotel lain yang ingin sponsor bulan madu kami lagi, sangatlah dialukan hahaha.

January 3, 2018

Majlis Perkahwinan Sharina dan Azrin

January 03, 2018 10 Comments
Majlis Perkahwinan Sharina dan Azrin | Assalamualaikum, sha baru ada kesempatan untuk update blog walaupun hakikatnya sudah hampir 2 minggu majlis berlalu, maklumlah mood masih pengantin baru hahaha. Alhamdulilah, majlis perkahwinan dikediaman sha, Ran. Sungai Manila dan tempat suami Mini Dewan Balaban, Beluran, berjalan dengan lancar, meriah dan puas hati.

Pertemuan pertama sha dan suami pada raya ketiga 2015 dan bertunang pada 20.2.2016 dirumah sha sendiri, sha juga ingin abadikan kenangan kami ditempat dimana cinta ini mulai bersemi. Sejujurnya sha kenal dengan suami melalui Facebook sekitar 2011, suami terpaut dengan post sha dalam facebook, menjadi stalker tegar blog dan media sosial yang lain, eh sha ada secret admirer ka?? haha 

Thanks b jadikan sayang isteri b :) zaman mengurat-ngurat dulu dan selepas bertunang sha dan suami masih lagi guna gelaran pakcik dan babu, lepas kahwin agak kekok sikit. Tapi trust me guys, lepas kahwin bila dah panggil pasangan dengan panggilan manja, lagi best, feel nya sangat berbeza, sebab dah halal kan.

Majlis Nikah - 22.12.2017 | Jumaat | Lepas Asar
Disebabkan ini adalah kali pertama sha menggunakan mekap, muka sha 100% berubah, sha sendiri tidak kenal muka sendiri, so beauty haha..sesuailah dengan impian sha selama ini 'aku akan cantik seperti mana cantiknya orang yang bernikah' cia cia cia..haha, sudah semestinya bakal pengantin mahu kelihatan cantik pada hari pernikahan mereka. kannn..Mekap oleh Nurshiela Chill



Image may contain: 2 people, people smiling, closeup
Abang sha merangkap wali, yang banyak membantu mengatur majlis perkahwinan adiknya tersayang hahha

Image may contain: 4 people, people sitting, table, wedding, living room and indoor

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing

Malam Berinai - 22.12.2017 | Jumaat | Lepas Isyak
Masa nikah tu, sha belum lagi pakai inai, pelik kan? haha sebab malam berinai sha buat selepas nikah, waktu ini suami sudah pulang ke rumah pakciknya untuk buat malam berinai masing-masing. Selain berinai, diadakan aktiviti karaoke dan ada hadiah, sha nak ikut tapi sibuk berinai haha. Inai kedua belah tangan dan tapak tangan siap pada jam 11.45pm. Inai oleh Mawar Hitam

Image may contain: 1 person, closeupImage may contain: one or more people, people sitting, table and indoor

Majlis Bersanding - 23.12.2017 | Sabtu | 11.00am - 11.00pm
Rombongan pengantin lelaki dan para jemputan sampai awal dari jadual, sha pula sibuk dimekapkan, jurumekap datang lewat jam 10am disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan sedangkan majlis bermula jam 11am, membuatkan jantung sha bagai nak terjatuh, semuanya belum settel lagi tapi jurumekap sha sangat pro, mengambil masa yang singkat untuk mencantikkan muka sha haha alhamdulilah sha sanding tepat pada masanya. 

Mekap oleh Raisa Aisha
Busana dan Pelamin oleh Halim Iskandar
Indoor Photographer Fatni Aisah

Image may contain: one or more people, car and outdoor

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing

Image may contain: 3 people

Image may contain: 4 people, people sitting, table and indoor


Image may contain: 3 people, people smiling, people standing

Majlis Bersanding Baju Pertama Tema Hijau+Grey 



Image may contain: one or more people

Image may contain: one or more people and closeup

Image may contain: 1 person, smiling, phone

Image may contain: 3 people, people smiling, closeup and indoor

Image may contain: 2 people, people sitting, people standing, table and indoor

Majlis Bersanding Baju Kedua Tema Biru+Putih

Image may contain: 2 people

Image may contain: 2 people, people smiling, flower and wedding

Image may contain: 2 people, drink, closeup and indoor

Image may contain: 1 person, sitting and wedding

Image may contain: 3 people, people smiling, indoorImage may contain: 3 people, people smiling, people standing and indoor

Thanks Blogger Lya dan Suami turut hadir ke majlis perkahwinan sha, nasib nda sesat haha.

Outdoor : sekitar kediaman pengantin perempuan
Sha dan suami tidak sempat untuk keluar mencari tempat photoshot disebabkan rumah sha jauh dari bandar dan keadaan cuaca yang mendung, namun alhamdulilah hasil semua cantik. 
Outdoor Photographer Wan D'astroboy

Image may contain: one or more people and closeup

Image may contain: 1 person, smiling, closeup

Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

Majlis Bersanding Baju Ketiga Tema Merah+Gold

Image may contain: 2 people

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and wedding

Image may contain: 12 people, people smiling, people standing

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing

Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting, child and indoor

Image may contain: 1 person, smiling, sitting and indoor

Majlis Bersanding - 30.12.2017 | Sabtu | 11.00am - 1.00pm
Majlis bertingkuang atau majlis sebelah lelaki dibuat di Mini Dewan Balaban, Beluran, walaupun jurumekap last minit, tapi hasilnya juga buatkan muka sha berubah jadi cantik, tapi suami sha lebih muka suka tanpa mekap hahaha..Mekap oleh 2 orang cousin suami dan gambar oleh adik perempuan suami

Image may contain: 4 people, people standing

Image may contain: 2 people, table and food

Image may contain: 2 people, people smiling, plant, outdoor and nature

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, wedding, child and outdoor

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, sky and outdoor

Banyak lagi liku-liku kehidupan untuk sha dan suami tempuhi, semoga Allah permudahkan semuanya, terima kasih tidak terhingga pada semua yang menjayakan majlis persandingan kami, halalkan penat lelah selama majlis berlangsung, terutamanya keluarga sha, keluarga mertua, dan kawan-kawan. Terima kasih juga yang mendoakan dari kejauhan, lepas ini doakan pula kehadiran penyeri hidup kami berdua, InsyaAllah..