January 23, 2018

Jana Pendapatan Dengan Involve Asia

January 23, 2018 2 Comments
Jana Pendapatan Dengan Involve Asia | Assalamualaikum, mungkin ramai sudah kenal dengan nama besar INVOLVE ASIA, cumanya sha baru saja join haha, sha memang sudah serasi dengan pengiklanan ini dan sekarang sha baru berjinak untuk menambah pendapatan sampingan memandangkan sha sekarang tengah free hihi

Blogger yang hebat adalah blogger yang dapat memanfaatkan blognya menjadi side income, ceh sha buat falsafah sendiri, haha, tapi bila difikirkan balik, eh siapa yang tidak mau menjana pendapatan melalui blog, lagi-lagi keuntungan boleh jadi mencecah ratusan ringgit. Caranya senang sahaja, meh sha tunjukkan.

 


Cara daftar dan Jana Pendapatan Dengan Involve Asia



  • Isi maklumat yang diperlukan 
  • Korang akan terima satu emel notification account korang telah aktif. Buka emel tersebut dan klik pada link yang diberi untuk aktifkan akaun korang. Dalam emel tersebut diterangkan secara terperinci kelebihan dan cara-cara dapat earning dari Involve Asia.

  • Lepas korang dah login ke akaun affliate
  • Klik menu "Browse Merchant" dan taip Involve Asia untuk dapatkan link refferal. Lepas tu korang klik "Get Link" klik "Generate Link" dan "Short Link" untuk bagi link nampak kemas.


  • Copy link dan share ke laman sosial korang, setiap satu register akan dapat RM5
Selain itu juga korang boleh promote web site lain seperti lazada, zalora dan macam-macam lagi, caranya sama seperti diatas dan boleh masukkan banner promosi web site tersebut kedalam blog masing-masing

Selamat mencuba dan semoga ada rezeki, all the best :D

January 19, 2018

Photobook RM1 - Mudah dan Berkualiti

January 19, 2018 8 Comments
Photobook RM1 - Mudah dan Berkualiti | Assalamualaikum, sha sangat teruja melihat gambar kahwin diabadikan dalam buku secomel 6 x 6 square mini ini, lagi-lagi buku yang memuatkan 21 halaman dengan kualiti terbaik dari ladang semurah RM1, percaya atau tidak Photobook ini berharga RM1? haha susah percaya bukan? dizaman kemodenan sekarang susah untuk kita percaya harga barangan ini RM1, sedangkan harga minyak sudah RM2.00+ seliter..amboi amboi amboi..haha


Alkisahnya bermula apabila aplikasi photobook menjadi viral di laman Facebook minggu lepas baru perasan sebenarnya haha..maaf sha tidak seaktif dahulu sharing tutorial buat photobook ini. Harga asal RM79, tapi disebabkan korang boleh apply discount maka harganya hanya RM1, siapa yang tidak tergugat dengan harga RM1, dan mula memilih gambar untuk diprint out hohoho kita sama :P

Caranya simple sahaja
1. Install apps Photobook dekat smartphone korang
2. Pilih simple book
3. Pilih 21 gambar menarik korang lebih dari 21, harga suda tidak sama yaa
4. Tulis ayat dekat belakang
5. Pilih Premium Silk
6. Check Out

Gunakan Discount Code : MERRYBOOK
Sha kurang pasti kalau masih valid, boleh try dulu ya

Lepas settle kan bayaran, proses upload gambar, harga postage ikut negeri, kalau macam sabah RM12+ jadi kalau tambah RM1 jadi RM13+ jangan terkejut pula, hihi

Bolehlah simpan buat kenangan, daripada simpan dekat handphone, handphone hilang atau memory card rosak, menangis tak berlagu kan hihi. Selain tu korang boleh edit cantik-cantik sebelum select gambar, boleh guna apps cymera atau apps lain yang korang rasa sesuai. Ikut creativity koranglah, serlah bakat yang terpendam untuk edit-edit gambar ni, dan jangan risau kalau pening nak susun, boleh buat draft, nanti ada idea boleh sambung susun gambar balik. Kunjungi PHOTOBOOK sekarang



Semoga bermanfaat, jom mula kumpul koleksi photobook korang sekarang..hihi

Doa Susah Tidur

January 19, 2018 1 Comments
Doa Susah Tidur | Assalamualaikum, hi semuanya, meskipun sudah larut malam, dunia masih kelihatan sibuk, tidak kurangnya ada yang sudah baring dikatil tapi masih membelek smartphone dan gadget yang lain. Aishh sudah menjadi kebiasaan bukan? Sedarkah kita, bertapa pentingnya tidur yang cukup untuk prestasi kerja yang maksimum pada keesokkan harinya?

Allah SWT menciptakan siang dan malam untuk kepentingan manusia. Siang adalah waktu untuk menghabiskan masa mencari nafkah, malam pula adalah masa untuk istirahat, kerana tubuh kita pun punya hak untuk istirahat. 

“Sesungguhnya tubuhmu punya hak atas dirimu. Kedua matamu memiliki hak atas dirimu,” sabda Nabi Saw (HR. Bukhari dan Muslim).

“Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan di siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur(mu) yang telah ditentukan…” (QS. Al-An’aam:60).

Tidur kurang dari 6 jam boleh membawa maut. 
Menurut kajian dari London, menunjukkan mereka yang suka tidur lewat berisiko 48% menghidap atau meninggal dunia akibat serangan jantung dan 15% menghidap atau meninggal dunia akibat serangan angin ahmar, bahaya kan?  maka dengan itu, sha ingin berkongsi doa bagi mereka yang susah untuk tidur.

Image may contain: text

Namun tidur yang panjang juga, iaitu lebih daripada 9 jam mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit. Jadi, tidur perlu dijadualkan, waktu siang pun perlu rehat sekurangnya 30 minit, namun kita ditegah untuk tidur selepas waktu asar boleh memudaratkan pada otak kita.

Amalkan hidup sihat, InsyaAllah tidur pun enak hihi
Semoga bermanfaat :)

January 18, 2018

Cara Letakkan Google Ads Di Tengah Posting

January 18, 2018 6 Comments
Cara Letakkan Google Ads Di Tengah Posting | Assalamualaikum, sebelum tutorial ini sha terbitkan, keberadaan google ads dalam blog sha amat mengecewakan, secara tidak langsung membuatkan sha berusaha untuk memperbetulkan posisi sampailah google ads berada di tengah posting seperti yang korang lihat pada entry ini.


Kaedahnya sama seperti entry tutorial yang korang cari pada halaman google, tapi entry yang sha temui dari negara jiran ini amat membantu sekali, mungkin juga korang berada dalam situasi sha maka entry sha juga boleh menyeselaikan masalah google ads ditengah posting

Cara Letakkan Google Ads Di Tengah Posting

1. Login google ads dan pilih unit iklan yang sesuai, sha pilih unit iklan 336 x 280

2. Parse kan code iklan terlebih dahulu.

Google ads tidak akan muncul jika korang menggunakan kod itu secara terus. Untuk menggunakan kod ini dalam templat blogger (xHTML), korang perlu mengurai terlebih dahulu. Gunakan Alat Parse HTML ini untuk menukar aksara khas ke entiti HTML yang sesuai.

3.Login ke blog korang dan EDIT HTML dan Cari code <data:post.body/> dan gantikan kode tersebut dengan code dibawah
<div expr:id='&quot;post1&quot; + data:post.id'/> <div class='googlepublisherads' style='margin:20px 0'> <center> --Letakan kode unit adsense hasil parse disini-- </center> </div> <div expr:id='&quot;post2&quot; + data:post.id'><data:post.body/></div> <script type='text/javascript'> var obj0=document.getElementById(&quot;post1<data:post.id/>&quot;); var obj1=document.getElementById(&quot;post2<data:post.id/>&quot;); var s=obj1.innerHTML; var t=s.substr(0,s.length/2); var r=t.lastIndexOf(&quot;&lt;br&gt;&quot;); if(r&gt;0) {obj0.innerHTML=s.substr(0,r);obj1.innerHTML=s.substr(r+4);} </script>
kotak merah adalah contoh bagi code yang berhampiran dengan code <data:post.body/> dan
gambar diatas contoh code selepas di gantikan dengan code <data:post.body/>

#NotaPink : Jika terdapat 2 atau 3 code  <data:post.body/> dalam HTML korang, pastikan korang ganti code berkenaan pada code yang terakhir, contohnya sha klik <data:post.body/> sebanyak 3 kali

4. Seterusnya save dan preview

Settled, mudah kan? jom letakkan google ads ditengah posting, banyak manfaatnya meletaknya ditempat yang betul antaranya menarik pembaca untuk klik dan duit masuk kaching-kaching..hihi



January 17, 2018

Apa Yang Paling Menyengat Sepanjang 2017

January 17, 2018 2 Comments
Apa Yang Paling Menyengat Sepanjang 2017 | Assalamualaikum, selamat datang 2018, dipertengahan bulan January ini sha baru nak update kenangan indah yang berlaku sepanjang 2017, banyak sangat yang seronok walaupun sha ni jarang sangat nak bertemu dengan blog. Harapnya ditahun 2018 ini tidak sesibuk malah tidak semalas tahun lalu haha.


Entry menyengat untuk bulan Disember sha sekalikan dengan entry ini dimana jumlah keseluruhan untuk tahun 2017, adil lah kan? haha

5 Entry Paling Menyengat Sepanjang 2017

1. Cowboy Town - Sabandar Leisure Rides dibuka pada 2015, dengan reka bentuk bandar koboi mini membuatkan Tuaran menjadi salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh pelancong luar dan penduduk setempat. Tetapi sukar untuk mendapatkan pengangkutan awam kerana ianya mengambil masa kira-kira 20 minit dari Tuaran atau lebih bergantung kepada pemandu.

2. Hari dan Doa Arafah Hari Arafah adalah hari ke-9 dalam bulan Dzulhijjah dan merupakan hari ke-2 dalam perlaksanaan ibadah haji. Hari Arafah merupakan hari yang istimewa karena pada hari itu Allah SWT membanggakan hamba-Nya yang berkumpul di Arafah kepada para malaikat.

3. Pengalaman Membida di Laman Web Chilindo laman web ini akan melelong kesemua barangan bermula dari RM 0.10 dalam erti kata lain, minimum 10 sen sahaja, sehinggalah pengguna lain turut sanggup membayar berapa banyak jumlah untuk sesuatu barang dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, maka dia adalah pememangnya, seronok bila dengar kan.

4. Bukit Piramid, Kundasang Sebelum mendaki, sha memang dah nampak bukit ni, bentuk piramid, comel ja macam bukit teletubies tapi jangan ambil mudah, sebab disepanjang trek untuk naik ke bukit ini sangatlah curam dan hanya ada lalang, tali pun hanya ada 2-3 tempat sahaja.

5. 59 Senarai Homestay di Kundasang, Sabah Kundasang merupakan salah satu pusat percutian yang menghimpunkan pelbagai tempat menarik untuk korang kunjungi, rugilah kalau pergi Sabah, kalau tidak singgah ke Kundasang

5 Blogger Paling Menyengat Sepanjang 2017 (Top Refferals)

1. http://heartylolipop.blogspot.my/
2. http://www.sofinahlamudin.com/
3. http://www.sayidahnapisah.com/
4. http://hasrulhassan.com/
5. http://enyabdullah.com/

5 Blogger Paling Menyengat Sepanjang 2017 (Top Commentators)

1. http://anumkhairil.blogspot.com
2. http://www.mrspip.com
3. http://thekaellaaaa.blogspot.my
4. http://www.miakassim.com
5. http://ciknurul23.blogspot.my

5 Keyword Paling Menyengat Sepanjang 2017

1. Pengalaman mendaki Gunung Kinabalu
2. Baby Shark
3. Cowboy Town Tuaran
4. Hari Arafah 2017
5. Harga Naik Kuda di Cowboy Town 

Alhamdulilah, terima kasih pada blogger yang tersenarai diatas, korang memang awesome, juga ribuan terima kasih pada pembaca setia blog Opzzpinky menjadikan Pagaview sebanyak 944,010 setakat ini dan follower 2,396

Thank you so much :)