SEGMEN BLOGWALKING BY CIKYAN | Assalamualaikum, dipetang jumaat yang mulia ini sha nak ajak korang join segmen dimana sha sendiri pun dalam misi nak mengambil mood BW blogger lain, sementara ada line ni, boleh lah jenguk-jenguk rakan blogger kita. Syarat simple sahaja..jom join klik banner ya :)
Traveloka, Fly & Win CNY Contest | Assalamualaikum, beberapa hari sahaja lagi kita nak masuk bulan Februari, eh sedar tak sedar kita dah tinggalkan satu bulan dalam tahun 2018, cepatkan masa berlalu. Maka sudah genap sebulan sha mendirikan rumah tangga pada 22hb hari itu, inai masih dijari, jadi sha masih dianggap pengantin baru kan? hihi elok sangat Traveloka ada buat contest, sesuai betul dengan mood pengantin baru kalau dapat menang pakej bulan madu, ahhh ini sha nak bercerita panjang tentang Traveloka, Fly & Win CNY Contest, macam best kan?
Kalau korang nak tahu, Traveloka adalah salah satu platform penerbangan dan penginapan hotel terkemuka di Asia Tenggara. Jadi tdak hairanlah jika traveloka membawa korang untuk merasai percutian hebat sempena Tahun Baru Cina ini. Plan nak ke mana cuti Tahun Baru Cina ni? kalau jawapannya stay dirumah sahaja untuk tengok drama korea, eh rugilah cuti Tahun Baru Cina panjang tahuu. Kebanyakan syarikat berbangsa Cina akan bagi cuti paling banyak seminggu, paling baik hati. Kena lagi cuti perayaan ini jatuh pada hari jumaat, bagi yang kerja hari sabtu juga double horey, gaji tetap jalan sebab time itu memang cuti, paling heaven. Belum kira bonus tahunan kaching-kaching dalam poket..Kalau sha dulu kerja disyarikat Cina, bulan Tahun Baru Cina memang bulan kemeriahan apatah lagi bagi yang berbangsa cina yang merayakan perayaan ini, mana tidaknya, angpau dari boss, bonus tahunan, gaji, dan komisen, senyum yang biasa pun yah boleh jadi lebar punyaa oooo hihihi.
Berbalik dengan apa yang sha nak kongsikan dengan korang mengenai Traveloka dalam perkongsian entry kali ini, Traveloka akan melancarkan promosi percutian melalui pertandingan online yang mana Traveloka memberikan penerbangan, penginapan dan percutian yang sangat-sangat menarik kepada pelanggan yang Traveloka sayangi dengan syarat perlu sertai dan memenangi contest tersebut dan korang bersama pasangan akan berpeluang untuk mendapatkan hadiah seperti pakej percutian yang eksklusif dan paling penting sekali tiket penerbangan pergi dan balik beserta penginapan hotel diluar negara free beb, lumayan kan korang? itu sha belum ceritakan lagi tentang dimana tempat-tempat yang bakal korang kunjungi kalau korang antara salah satu pemenangnya, sha pun excited sangat-sangat pasal contest ni. Mari kita check it out.
Terma dan Syarat
Traveloka Fly & Win CNY Contest ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, tidak kira suka main game, pemain game tegar ataupun yang tidak minat main game dengan syarat 18 tahun keatas pada bulan January 2018, yang genap umur 18 tahun pada bulan ini akan disifatkan telah pun meminta kebenaran ibu bapa ataupun penjaga mereka.
Contest ini juga tidak valid kepada kakitangan dan ahli terdekat Traveloka Sdn Bhd (penganjur), anak syarikat, pengiklanan/agensi PR dan pembekal.
Tempoh Peraduan akan dijalankan dari 22 Jan 2018 hingga 28 Feb 2018. Sempat lagi kalau nak join..hihi Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan jika dianggap perlu tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu.
Sentuh skrin sekali lagi untuk membolehkan kapal terbang korang terbang dan memulakan permainan.
Tinggal di tengah-tengah skrin sehingga set pertama bangunan dan halangan muncul
score tertinggi, jangan lupa untuk share di laman facebook korang ya
Peringkat Kelayakan
1.Peserta dikehendaki mempunyai yang berikut untuk memasuki Cabaran Traveloka Fly & Win CNY: -
Peserta mestilah mempunyai akaun Facebook yang sah kepada orang ramai untuk menyerahkan penyertaan permainan mereka.
Peserta hendaklah menjadi pengikut Peminat Facebook Facebook Page.
Peserta dikehendaki memainkan Cabaran Traveloka Fly & Win CNY di laman web yang disediakan oleh Penganjur.
Peserta perlu mengisi butiran mereka di halaman pendaftaran yang disediakan oleh Penganjur.
2. Peserta boleh berkongsi maksimum 5 kali sehari.
3. Peserta dikehendaki mencapai skor tertinggi; hanya tiga pemenang utama yang akan dipilih untuk 4 Hadiah Utama yang dinyatakan di bawah seksyen 5.2.
5. Peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang dinyatakan di bawah seksyen 5.3 dengan berkongsi Cabaran Traveloka Fly & Win CNY di Facebook.
6. Pemenang akan dipilih secara rawak.
7. Kegagalan mematuhi perkara di atas akan mengakibatkan kehilangan kelayakan peserta dan tidak layak untuk memenangi hadiah.
Hadiah untuk Pemenang Peringkat Akhir
Terdapat 3 hadiah untuk pemenang peringkat akhir yang akan memenangi Cabaran Traveloka Fly & Win CNY.
Hadiah cabaran adalah seperti berikut:
Pemenang Hadiah Utama akan memenangi trip selama 6 hari 5 malam di Seoul (Penerbangan dan penginapan sahaja) untuk 2 orang.
1st Runner Up akan memenangi trip selama 5 hari 4 malam di Phuket (Penerbangan dan penginapan sahaja) untuk 2 orang.
2nd Runner akan memenangi trip selama 4 hari 3 malam di Langkawi (Penerbangan dan penginapan sahaja) untuk 2 orang.
Hadiah Cabaran Traveloka Fly & Win CNY kategori share di laman Facebook adalah seperti berikut:
2 voucher Traveloka bernilai RM1000; 2 pemenang yang layak di mana setiap pemenang akan memenangi 1 voucher Traveloka bernilai RM 1000.
Bagi pemilihan pemenang, keputusan Penganjur adalah muktamad dan mengikat dan tiada surat-menyurat atau rayuan selanjutnya akan dilayan. Terma & syarat tambahan berhubung dengan hadiah akan dikenakan.
Pemenang Cabaran Traveloka Fly & Win CNY akan diumumkan di laman Facebook rasmi Traveloka. Pemenang akan dihubungi menerusi alamat e-mel yang sah yang dikemukakan oleh mereka semasa menyertai Cabaran Traveloka Fly & Win CNY.
Jadi apa tunggu lagi, jom kita mula kumpul score banyak-banyak untuk menang percutian impian korang dan pasangan.
Giveaway Azam Baru 2018 By Elihjapahar.com | Assalamualaikum, selamat tahun baru 2018 hihi, memang teringin mahu buat entry mengenai AZAM BARU, almaklumlah sudah masuk pengakhiran bulan Januri 2018, tapi masih belum tentu apa azam untuk 2018, eh penting kah azam ni? eh, Bro Elih ada buat Giveaway ni, ada juga asalan untuk melalut pasal azam 2018 haha.
Klik banner kalau mau join ya
Menjangkaui usia ketuaan ini, haha, bagi sha azam itu sangat penting, kerana disitulah kita boleh lihat bertapa usaha untuk menjadikan ianya berjaya ataupun tidak, tapi persoalannya disini, adakah azam yang lama sudah tercapai? ermm..cuba korang ingat balik apa azam korang tahun lalu?
Secara jujurnya sha mula ada azam pada tahun 2014, masa itu, sha baru habiskan pengajian di Uitm dan secara tidak langsung ini adalah antara salah satu azam sha, dimana kepayahan mendapatkan segulung kertas yang luar biasa setelah berhempas pulas keberadaan dimenara gading.
2015, sha mengimpikan berada di puncak Gunung Kinabalu, dimana sha telah kecundang untuk merealisasikan azam tersebut, tapi sha bangkit untuk membuktikan azam itu bukan untuk dilepaskan, akhirnya pada 2016 sha terjaya tawan puncak Gunung Kinabalu, terasa sha begitu hebat jika punya azam hihi..
Agak pelik azam ini, tapi alhamdulilah 2017 merupakan tahun tamatnya zaman bujang sha, status cik sudah bertukar puan hahaha, sha tidak begitu yakin untuk dapat kahwin pada tahun 2017, disebabkan banyak sebab yang berlaku, tapi itu tidak membataskan sha dan suami untuk capai azam gila-gila sha ini hihi nak kahwin azam yang gila-gila kah??..tapi suami sha langsung nda tahu bahawa azam sha pada tahun 2017 adalah kahwin hahaha..
Apa azam sha di Tahun 2018? memandangkan azam sha ditahun yang lepas tercapai dengan jayanya, terutamanya part kahwin tu, haha, maka dengan itu, tahun ini sha berazam kalau ada rezeki, sha nak dapatkan baby pula..hihi part ini, berserah pada kekuasaan Allah yang maha berkuasa, kita hambaNya teruskan berusaha, sha yakin sangat-sangat bila rezeki itu atas nama kita, cepat atau lambat, ianya tetap milik kita..hihi
Jana Pendapatan Dengan Involve Asia | Assalamualaikum, mungkin ramai sudah kenal dengan nama besar INVOLVE ASIA, cumanya sha baru saja join haha, sha memang sudah serasi dengan pengiklanan ini dan sekarang sha baru berjinak untuk menambah pendapatan sampingan memandangkan sha sekarang tengah free hihi
Blogger yang hebat adalah blogger yang dapat memanfaatkan blognya menjadi side income, ceh sha buat falsafah sendiri, haha, tapi bila difikirkan balik, eh siapa yang tidak mau menjana pendapatan melalui blog, lagi-lagi keuntungan boleh jadi mencecah ratusan ringgit. Caranya senang sahaja, meh sha tunjukkan.
Cara daftar dan Jana Pendapatan Dengan Involve Asia
Korang akan terima satu emel notification account korang telah aktif. Buka emel tersebut dan klik pada link yang diberi untuk aktifkan akaun korang. Dalam emel tersebut diterangkan secara terperinci kelebihan dan cara-cara dapat earning dari Involve Asia.
Lepas korang dah login ke akaun affliate
Klik menu "Browse Merchant" dan taip Involve Asia untuk dapatkan link refferal. Lepas tu korang klik "Get Link" klik "Generate Link" dan "Short Link" untuk bagi link nampak kemas.
Copy link dan share ke laman sosial korang, setiap satu register akan dapat RM5
Selain itu juga korang boleh promote web site lain seperti lazada, zalora dan macam-macam lagi, caranya sama seperti diatas dan boleh masukkan banner promosi web site tersebut kedalam blog masing-masing
Selamat mencuba dan semoga ada rezeki, all the best :D
Photobook RM1 - Mudah dan Berkualiti | Assalamualaikum, sha sangat teruja melihat gambar kahwin diabadikan dalam buku secomel 6 x 6 square mini ini, lagi-lagi buku yang memuatkan 21 halaman dengan kualiti terbaik dari ladang semurah RM1, percaya atau tidak Photobook ini berharga RM1? haha susah percaya bukan? dizaman kemodenan sekarang susah untuk kita percaya harga barangan ini RM1, sedangkan harga minyak sudah RM2.00+ seliter..amboi amboi amboi..haha
Alkisahnya bermula apabila aplikasi photobook menjadi viral di laman Facebook minggu lepas baru perasan sebenarnya haha..maaf sha tidak seaktif dahulusharing tutorial buat photobook ini. Harga asal RM79, tapi disebabkan korang boleh apply discount maka harganya hanya RM1, siapa yang tidak tergugat dengan harga RM1, dan mula memilih gambar untuk diprint out hohoho kita sama :P
Caranya simple sahaja
1. Install apps Photobook dekat smartphone korang
2. Pilih simple book
3. Pilih 21 gambar menarik korang lebih dari 21, harga suda tidak sama yaa
4. Tulis ayat dekat belakang
5. Pilih Premium Silk
6. Check Out
Gunakan Discount Code : MERRYBOOK
Sha kurang pasti kalau masih valid, boleh try dulu ya
Lepas settle kan bayaran, proses upload gambar, harga postage ikut negeri, kalau macam sabah RM12+ jadi kalau tambah RM1 jadi RM13+ jangan terkejut pula, hihi
Bolehlah simpan buat kenangan, daripada simpan dekat handphone, handphone hilang atau memory card rosak, menangis tak berlagu kan hihi. Selain tu korang boleh edit cantik-cantik sebelum select gambar, boleh guna apps cymera atau apps lain yang korang rasa sesuai. Ikut creativity koranglah, serlah bakat yang terpendam untuk edit-edit gambar ni, dan jangan risau kalau pening nak susun, boleh buat draft, nanti ada idea boleh sambung susun gambar balik. Kunjungi PHOTOBOOK sekarang
Semoga bermanfaat, jom mula kumpul koleksi photobook korang sekarang..hihi