February 8, 2018

Alhamdulilah, I'm Pregnant

February 08, 2018 17 Comments
Alhamdulilah, I'm Pregnant | Assalamualaikum, sujud syukur kepada Allah, walaupun usia perkahwinan sha dan suami baru sebulan lebih, inai dijari pun belum hilang lagi namun rezeki itu tidak pernah salah alamat, bagaimana cara sha mengetahui yang sha sedang pregnant? mari sha nak sharing hihi..*excited mommy to be*

Belum sebulan sha bergelar isteri, mood honeymoon masih ada, namun simptom mengandung sangat ketara, antaranya mual, pening, sakit bahagian breast, kerap kencing, perut cramp dan lain-lain lagi, tersangat nda selesa pada awal perkahwinan, sha selalu mengadu sama suami, dia pun hairan, sebelum kahwin jarang betul sha ada sakit sebegini. Jadi dengan hati yang curious, sha pun cari dekat internet, blog banyak membantu,  hampir setiap hari sha google sakit yang sha alami, dan semua jawapan menjurus kepada simptom PREGNANT, "eh nda akan lah aku pregnant, awal sangat kali" itu ja ayat sha selalu cakap dalam hati, bila bagitahu suami tentang perkara ini, dia jawab "nda mustahil, Allah bagi rezeki awal"


24/1/2018 - Sha suruh suami beli pregnancy test dekat farmasi, sebab curios sangat dengan tanda-tanda yang sha alami sejak kebelakangan ini. Lagi ketara apabila sha gemar makan asam boi cicah dengan limau kasturi pada waktu malam, suami sedang kusyuk dibuai mimpi sha merata benda masam seorang diri haha, sedap owww. Jadi, sebelum solat subuh sha sudah siap-siap kencing dalam bekas, sebab excited betul mau test air kencing buat kali pertama hihi. Lepas suami pergi kerja, sha buat pregnancy test sorang-sorang sebab takut harapan untuk punya anak kecewa depan suami hihihi..sha terus titis air kencing 3 kali pada pregnancy test tadi, kemudian kelihatan 1 line warna merah pada alat tersebut, dalam kepala otak sha, pregnancy test ni kena ada 2 lines baru dicop mengandung, "ok fine, 1 ja pula line yang keluar" dengan nada kecewa sha tengok kotak pregnancy test tu, "eh kejap dia bilang mau tunggu 5 min baru result ada, adehh excited punya pasal bah ni haha" the result showed me 2 lines, 1 line sangat terang dan 1 lagi nda betul terang, macam samar-samar (macam dalam gambar diatas), jadi sha pun dengan rasa excitednya pergi tanya my bff, "tahniah sayang, pregnant sudah kau tu", terus terkaku, Allah mendengar doa sha dan suami.

Sampai ja tempat kerja, suami whatsapp sha tanya result, terus sha kasih tengok dia gambar pregnancy test, dia bilang belum ada rezeki, "astaga b, 2 line bah tu" hahaha suami sha macam nda percaya sebab yang satu line nda clear kan, so dia sudah tanya cousin nya yang juga seorang doktor, dia bilang test balik hari ahad, sebab time sha test pun period baru 1 hari missed, jadi memang baru lagi la kan..adehh sharinaaa, walaupun suami sha macam masih meragui keputusan tu tapi naluri keibuaan sha tu memang menunjukkan yang sha pregnant hihi..kuat kan aura nyaa.


28/1/2018 - Again, sha pun test lagi, memang test waktu subuh sebab air kencing pertama itu memang berkesan, jadi sha pun pergi tandas sorang-sorang lepas kami solat subuh, kali ini main rendam tu pregnancy test di dalam bekas, senyum-senyum sendiri bila kenampakan sudah itu line yang hari tu nda clear, terus dalam hati "nah kan, mengandung bah aku" haha terus cepat-cepat naik pergi atas bilik, kasih nampak result sama suami, terus dia happy tapi nda kasih nampak tu muka happy dalam hati, jadi bapa sudah aku haha

Mulalah hari-hari sha sebagai orang yang mengandung haha

Perkara pertama yang sha mau buat lepas tahu sha sahkan sha mengandung, ialah kasih tahu semua orang tentang berita gembira ini, tapi sayangnya suami kasih limit sama orang yang terdekat sahaja, cehh haha..orang sudah excited dia mau tangguh-tangguh lagi, tapi setiap apa yang dia cakap mesti ada terselit 1001 kebaikan, itulah bestnya suami sha ni, haha kematangannya terserlah haha, lepas itu, nda jadi sha share sama seluruh dunia, sha just bagitahu keluarga terdekat sama kawan-kawan sahaja.

Dan hari ini sha mengambil keputusan untuk sharing dalam dunia blog selepas 6 minggu baby dalam perut dengan izin suami atas niat perkongsian pengalaman kali pertama mengandung, InsyaAllah selepas ini lagi banyak entry mengenai pregnant sha dalam blog ini, harap sangat sha rajin mau taip haha..

Itu sahaja setakat ini, cerita Alhamdulilah, I'm Pregnant, dikesempatan ini, sha tadahkan kedua tangan,  mendoakan agar pasangan diluar sana semoga Allah makbulkan doa korang untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah..amin..

Dan sha mohon doa kalian agar sha dapat menempuhi hari-hari yang mendatang sebagai ibu yang mengandung, yang juga sha yakin dugaannya sangat kuat terutamanya bab alahan..hihi

Sekian dari sha dan baby dalam perut hihi

February 7, 2018

Full Movie Apocalypto 2006 Watch Online

February 07, 2018 5 Comments
Full Movie Apocalypto 2006 Watch Online | Assalamualaikum hi guys, kalau korang jenis yang suka tengok filem ganas, wayang ni memang terbaik, walaupun sha bukan antara dalam list yang suka tengok filem ganas dan seram, sha pun belum tengok lagi filem ni, actually tidak berani pun mau tengok hihi, so sha share dekat korang link untuk korang tengok sendiri scene yang ganas itu, errr 

Image may contain: 2 people, swimming

Filem ini ditayangkan pada 2006 arahan Mel Gibson dan tengah viral di facebook selepas sha terbaca post dari NAZRI HAMID

Cerita tentang pengorbanan seorang ayah kepada anak dan isterinya. Ada 2 suku kaum orang asli, 1 kaum baik dan 1 kaum lagi suka menindas dan membunuh kaum lain demi ritual agama mereka. Kaum yang jahat ni pergi la mencari mangsa ke perkampungan kaum lain untuk mencari manusia untuk dibunuh dan dijual.
Si hero dalam cerita ni adalah bapa kepada seorang anak dan suami seorang isteri yang ditangkap untuk dibunuh. Kampung mereka dibakar dan kaum yang lain dibunuh dengan kejam. Cara diorang bunuh memang 18SG betul beb! Ganazzz. Dalam huru hara tu si hero sempat lah menyorokkan anak dan isteri di sebuah lubang. 
Si hero ni ditangkap dan berusaha sampai titisan nafas terakhir untuk menyelamatkan diri untuk pergi ke lubang di mana isteri dan anaknya menyorok. Sedih, suspen, gembira, bangga semua perasaan ada masa korang menonton cerita ni nanti. Banyak pengajaran dalam cerita ni. Begitulah yang patut seorang ayah ada iaitu sifat melindungi anak dan isteri selagi hayat ada.
Full Movie Apocalypto 2006 Watch Online
korang boleh pergi ke laman --http://vexmovies.org/apocalypto

Selamat menonton 

February 5, 2018

PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan

February 05, 2018 2 Comments
[Siapa Nak Join Contest Ini Sila Tekan Banner Diatas]

PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan | PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan insurans untuk sesiapa sahaja yang berkemampuan. Mereka memberikan nama syarikat mereka sebagai PolicyStreet kerana mereka mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anda ketika anda melalui waktu – waktu yang kritikal seperti mendapatkan telefon pintar pertama anda, percutian ke luar negara, gadaian yang pertama, perkahwinan anda dan juga menjadi ibu bapa.

No automatic alt text available.

Teknologi telah membantu mereka untuk menjalani komitmen ini tetapi apa yang lebih penting adalah semangat mereka untuk membantu masayarakat telah membuatkan mereka untuk menubuhkan syarikat PolicyStreet ini. Insurans ini ditubuhkan oleh sekumpulan orang dan mereka mahu meneruskan legasi ini. Mereka juga komited dalam menawarkan insurans untuk orang yang tersayang, untuk benda yang anda hargai serta masyarakat dengan cara yang mudah dan berkemampuan.

Image may contain: text

Pakej – Pakej Yang Ditawarkan di PolicyStreet Yang Anda Perlu Miliki
  1. Manulife ManuProtect Term Life Insurance 


Ia merupakan pakej insurans yang digelar sebagai insurans yang paling berpatutan di dalam insurance kehidupan di Malaysia. ManuProtect memberikan bayaran penuh pada waktu kematian atau kecacatan yang disebabkan oleh sebab semulajadi ataupun kemalangan, dengan beberapa pilihan untuk liputan untuk sakit yang kritikal. 

Antara ciri – ciri dan tawaran yang diberikan oleh Manulife ManuProtect adalah;

  • Insurans Premium yang bermula dari RM5/ Sebulan
  • Amaun keseluruhan yang bermula dari RM 50K – RM 600K
  • Amaun kematian dari kemalangan yang berjumlah 2X ganda dari amaun keseluruhan
  • Penyakit kritikal akan menerima 30% dari amaun keseluruhan
  • Umur kemasukan yang terakhir adalah 60 tahun manakala umur yang ditamatkan adalah 80 tahun
  • Tiada kontrak untuk jangka masa yang panjang dan anda boleh membatalkan pada bila – bila masa

Kelebihan yang disediakan oleh ManuLife ManuProtect adalah;
  • Kematian disebabkan oleh faktor semulajadi 
          - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
          - Dibayar kepada penama
  • Kecatatan yang disebabkan oleh faktor semulajadi atau kemalangan
          - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans
  • Kematian disebabkan oleh kemalangan 
          - 2X ganda daripada amaun keseluruhan
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans ataupun penama
  • Penyakit kritikal 
          - 30% daripada amaun keseluruhan (RM15K – 180K)
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans

Dapatkan ManuLife ManuProtect SEKARANG di https://products.policystreet.com/manulife/manuprotect/overview 


2. AXA 200 Cancer Care 

Image result for axa 200 cancer care

Dengan jumlah pesakit kanser yang ramai pada hari ini, insurans ini ditawarkan untuk melindungi orang ramai daripada penyakit kanser, dengan memberikan bayaran penuh apabila anda dikesan dengan kanser, dan juga bayaran tahunan untuk anda merawat kanser.

Antara ciri – ciri AXA 200 Cancer Care adalah;
  • Ia berada di bawah AXA Affin Life di mana bayaran adalah dijamin kepada pembayar insurans
  • Bayaran premium yang bermula dari RM45/bulan bergantung kepada umur
  • Bayaran Rawatan Terapi yang bermula dari RM30K
  • Bayaran Untuk Kesihatan yang bermula dari RM6K setahun
  • Pendapat Perubatan Kedua yang diberikan secara percuma 
  • Umur terakhir untuk menyertai insurans ini adalah 50 tahun dan perlindungan diberikan selama 20 tahun
  • Pemeriksaan kesihatan yang berjumlah RM 599 di Beacon Hospital
  • Anda tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan untuk menyertai AXA 200 Cancer Care

Tujuan insurans ini diwujudkan adalah untuk menyediakan satu jumlah wang untuk rawatan kanser  sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit tersebut. Anda akan diberikan bayaran keseluruhan dan juga bayaran ‘bonus’ sehingga lima tahun untuk setiap tahun anda hidup. Insurans ini akan bertahan sehinga 20 tahun dan apabila tahun tersebut berakhir, anda boleh mendapatkan insurans yang baru sekiranya anda berumur di bawah 50 tahun.

Image may contain: text

Kelebihan – kelebihan yang ditawarkan oleh AXA 200 Cancer Care termasuklah;
  • Manfaat untuk Rawatan Terapi
        - Sekiranya orang yang membayar insurans tersebut didiagnos dengan kanser, mereka akan                   menerima bayaran insurans minimum RM30K.
  • Manfaat Untuk Sembuh
        - Orang yang membayar insurans juga akan menerima bayarann insurans secara tahunan yang                 berjumlah minimum RM6K setahun selama 5 tahun.
  • Pendapat Perubatan Kedua
        - Apbila anda mendapat pendapat untuk terapi atau pembedahan yang pertama daripada seorang             doktor, insurans ini menyediakan pendapat kedua dari doktor panel secara percuma.
  • Manfaat untuk Penama
       - Sekiranya orang yang membayar insurans meninggal sebelum didiagnos dengan kanser, penam            akan menerima bayaran insurans minimum RM1K.
  • Servis Penjaga
      - Orang yang membayar insurans boleh menghubungi AXA untuk mendapatkan penjagaan dari              jururawat, perubatan, ataupun pembuatan rambut palsu.
  • Baucer Pemeriksaan Kesihatan
      - Anda akan menerima baucer pemeriksaan kesihatan bernilai RM599 dengan setiap pembelian              pakej AXA 200 Cancer Care.


Dapatkan AXA 200 Cancer Care SEKARANG di https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

3. MSIG Take It Easy Pet Insurance

Image result for pet insurance

Insurans ini dijamin oleh MSIG, di mana ia adalah satu – satunya insurans untuk haiwan peliharaan anda yang berada di pasaran. Bermula dari hanya RM18/bulan, insurans haiwan peliharaan ini memberikan perlindungan untuk veterinar, bil ER, ubat – ubatan & suntikan dan juga kos untuk pengebumian sekiranya haiwan peliharaan anda sakit, cedera ataupun meninggal. 

Ciri – ciri MSIG Take It Easy Pet Insurance adalah;

Related image
  • Dijamin oleh MSIG
  • Bayaran Premium bermula RM18/sebulan
  • Manfaat Perubatan Haiwan Peliharaan sehingga RM5K
  • Manfaat kematian disebabkan oleh sakit dan juga kemalangan sehingga RM5K
  • Manfaat pengebumian dan pembakaran sehingga RM1K
  • Pengiklanan dan juga kos penembuhan untuk haiwan peliharaan yang hilang sehingga RM1K
  • Boleh didapati untuk anjung dan kucing yang mempunyai mikrocip yang berumur 12 minggu sehingga 9 tahun
  • Insurans ini tidak disediakan untuk haiwan yang larangan ataupun spesis yang diharamkan oleh keraajaan, orang awam, ataupun pihak berkuasa.


Kelebihan – kelebihan yang boleh didapati sekiranya anda mengambil MSIG Take It Easy Pet Insurance termasuklah;
  • Manfaat Veterinar dan juga Pembedahan
Sekiranya haiwan peliharaan anda cedera ataupun sakit, insurans ini akan memberikan perlindungan kepada bil veterinar sehingga RM5K. Sekiranya terdapat pembedahan, ia akan melindungi kos selepas pembedahan sehingga 60 hari.
  • Manfaat Kematian 
Tuan kepada haiwan peliharaan yang mati akan menerima sehingga RM5K untuk mendapatkan haiwan peliharaan yang baru.
  • Manfaat Untuk Pengebumian 
Anda akan menerima sehingga RM1K untuk kos pengebumian ataupun pembakaran.
  • Pengiklanan Untuk Haiwan Peliharaan Yang Hilang 
Anda akan menerima bayaran sehingga RM1K untuk mengiklankan haiwan peliharaan anda yang hilang dan juga untuk membayar ganjaran kepada orang yang menemui haiwan anda.
  • Asrama Untuk Haiwan Peliharaan Anda
Apabila tuan haiwan peliharaan tersebut dimasukkan ke hospital lebih dari tiga hari, haiwan peliharaan anda akan dimasukkan ke asrama dan dibayar sehingga RM 2.5K.
  • Liabiliti Pihak Ketiga
Apabila haian peliharaan anda melakukan kecederaan kepada orang lain ataupun merosakkan harta benda mereka, insurans ini akan memberikan perlindungan sehingga RM100K.

Dapatkan MSIG Pet Insurance SEKARANG di : https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

Kelebihan Mendaftar Insurans Dengan PolicyStreet 

Image may contain: text

Mudah Digunakan

Policy Street tidak memerlukan anda untuk pening kepala kerana ia menawarkan pakej – pakej yang sesuai untuk anda. Setiap pakej telah diberitahu akan fungsi dan kelebihan masing – masing, jadi anda hanya perlu memilih pakej yang anda perlu gunakan dan mula mengambil insurans tersebut untuk kehidupan, harta dan juga kesihatan anda. 

Pelbagai Pakej Yang Ditawarkan

Image may contain: text

Anda boleh memilih pakej – pakej yang diberikan berdasarkan keperluan dan juga kepentingan anda. Contohnya, jika anda mempunyai penyakit kanser, anda boleh memilih AXA 200 Cancer Care kerana Policy Street akan memberikan perlindungan insuran untuk anda yang mendapat penyakit ini dan juga duit tahunan untuk anda gunakan bagi mengubati penyakit ini. Anda juga boleh memilih pakej untuk melindungi kehidupan, harta dan juga perniagaan anda.

Harga Yang Berpatutan

No automatic alt text available.

Setiap pakej Policy Street akan memberikan anda komitmen bulanan yang amat rendah dan mampu milik di mana anda tidak akan terkesan dengan potongan insurans pada setiap bulan. Anda boleh membayar serendah RM5 / sebulan untuk insurans perlindungan kehidupan anda dan anda akan dilindungi oleh insurans Policy Street.

Dapatkan Insurans Daripada PolicyStreet Sekarang!

PolicyStreet sedang mengadakan promosi sempena Tahun Baru Cina jadi anda perlu mendapatkannya sekarang. Anda boleh menerima Ang Paw bayaran balik sehingga RM 50 dengan menggunakan kod rujukan yang anda akan terima apabila anda melakukan pembelian melalui Policy Street. Caranya adalah dengan menekan link seperti berikut;

Promosi Tahun Baru Cina PolicyStreet: http://campaign.policystreet.com/web/cny/index.html

January 31, 2018

Manfaat Baby Balm Tok Syed

January 31, 2018 3 Comments
Manfaat Baby Balm Tok Syed  | Assalamualaikum, cuaca dipagi rabu amat baik, tapi cuaca sebelum ini asyik hujan hingga ke petang membuatkan sha suda seminggu kena batuk berkahak, tadi baru balik dari klinik untuk periksa kahak, harapnya tiada yang serius, resultnya minggu depan, nanti sha share dekat sini ya. Ok kali ini sha nak share tentang manfaat baby balm tok syed yang menjadi pilihan sha.

Baby Balm Tok Syed ini diproses di kilang bertaraf GMP, ianya juga diadun dari bahan-bahan semulajadi seperti Beeswax, Minyak kelapa dara, Minyak Bunga Matahari dan Pati Minyak Lavender menjadikan Baby Balm Tok Syed sangat wangi dan tidak melekit.



Manfaat Baby Balm Tok Syed

1. Sesuai untuk peringkat umurBaby Balm Tok Syed ini sangat sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan tidak kira bayi, dewasa ataupun orang tua. Jadi setiap satu keluarga wajib ada Baby Balm Tok Syed ini untuk keselesaan dikongsi seisi keluarga.

2. Menghilangkan batuk, selesma dan hidung tersumbat Wangian lavender yang amat harum dan mengasyikkan ini sememangnya sudah terkenal sebagai bahan aromaterapi. Ianya bukan hanya dapat menjadi penenang malahan mempunyai kebaikan untuk meredakan demam dan selsema.

3. Membantu mengatasi masalah radang kulit - Dengan adanya Beeswax atau lebih di kenali sebagai Lilin Lebah adalah merupakan pekatan bahan asli yang dihasilkan dari lebah setiap sapuan ianya membantu mengatasi masalah radang kulit.

4. Melembapkan kulit - Minyak kelapa dara baik untuk kesihatan luaran dan dalaman serta dapat melembapkan kulit tanpa sebarang kesan sampingan ini sememangnya telah diiktiraf di seluruh dunia.


Cara Penggunaan Baby Balm Tok Syed


  • Sapukan sedikit di bahagian dada, belakang badan, tapak kaki, leher dan bahagian 'T' muka.


Testimonial

Ramai ibu diluar sana telah memilih untuk menggunakan Baby Balm Tok Syed ini untuk melegakan demam dan ketidakselesaan si manja. Berikut adalah testimonial yang telah diutarakan oleh para ibu yang sangat berpuas hati dengan pembelian Baby Balm Tok Syed



Selain dari itu, ini merupakan salah satu testimonial orang dewasa mengenai penggunaan Baby Balm Tok Syed ketika mengalami selesma, sakit kepala dan ketidakselesaan dibahagian dada.



Testimonial dari sha sendiri


Untuk pengetahuan korang, sha memang pengguna baby balm dan sha sangat suka dengan balm ini dan sha ada selitkan testimonial ringkas setelah sha menggunakan dan cara penggunaan Baby Balm Tok Syed  menggunakan video, sebab ini kali pertama sha buat video hihi.


Jika korang ingin menjadi pengedar yang sah boleh Daftar dan Semak Stokis berdekatan dengan korang. Menangi Contest Cabutan bertuah jika korang membeli ataupun telah menjadi pengedar yang sah, info klik Fan Page Tok Syed dan jangan lupa untuk Subcribe Youtube Tok syed untuk dapatkan banyak lagi info mengenai baby balm ini.






Whatsapp : 016-826 2990