Cara Jimat Buat Gambar Passport Dengan Hanya RM1
sHaRiNa eLyaNa
February 20, 2018
1 Comments
Cara Jimat Buat Gambar Passport Dengan Hanya RM1 | Assalamualaikum, hi guys, baru-baru ini sha kena tegur oleh nurse waktu Buka Buku Ibu Mengandung ada minta 2 keping gambar passport yang diperlukan, jadinya sha lupa sediakan hihi. So entry kali ini sha nak share dekat korang jimatnya buat gambar passport sendiri dan cuci dekat kedai dengan hanya bayar RM1 sahaja, jimatkan?
Ok guys, perkara wajib yang korang perlu ada ianya handphone, paling cun camera 13mp keatas, quality gambar terbaik, then korang mulalah pakai lawa-lawa depan cermin dan snap berapa banyak gambar yang korang suka, tapi sebelum itu pastikan background gambar korang warna biru macam diatas atau warna plain (background biru nanti edit melalui apps dalam handphone ataupun adobe photoshop nanti)
Lepas dah edit korang masuk web ini http://online-passport-photo.com/ (guna handphone pun boleh) select your country, crop dan korang boleh download 8 photo bersaiz 4R, pergi kedai photo, cuci dan bayar RM1 dapat 8 keping gambar passport mudah kan?