March 23, 2018

Tahniah Dato Siti Nurhaliza, Lahirkan Puteri Comel

March 23, 2018 0 Comments
Tahniah Dato Siti Nurhaliza, Lahirkan Puteri Comel | Assalamualaikum, congrats dato Siti, telah selamat melahirkan puteri comel bernama Fatimah Az-Zahra (nama sementara) secara pembedahan pada 19 Mac 2018 yang lalu, sha lambat buat entry tahniah, tapi sejujurnya sha sangat teruja, sebab kelahiran penyanyi tersohor ini antara yang dinanti-nanti oleh peminat seluruh Malaysia termasuklah diri ini hihi.

Image result for tahniah siti nurhaliza

Image result for tahniah siti nurhaliza melahirkan

Apapun sha sangat ternanti-nanti pengumuman rasmi mengenai wajah dan nama anak penyanyi ini, pada peminat diluar sana, kita kena hormat keputusan mereka ya, selamat berpantang dato siti :)

March 22, 2018

Lirik Kau Takdirku - Dato Siti Nurhaliza (OST Tiada Arah Jodoh Kita)

March 22, 2018 0 Comments
Lirik Kau Takdirku - Dato Siti Nurhaliza (OST Tiada Arah Jodoh Kita) | Assalamualaikum, siapa peminat lagu ni sejak kebelakangan ini, kita geng haha, 1st time ja dengar lagu ni terus teka ini mesti lagu Siti Nurhaliza, 100 markah, betul sangat walaupun suara Siti sekarang agak berat dan tidak senyaring dulu, tapi tetap best, lagi-lagi lagu ini selalu sha dengar setiap jam 7 depan TV haha

Baca Sinopsis ---> Drama Tiada Arah Jodoh Kita 
Image result for Tiada Arah Jodoh Kita | Kau Takdirku - Siti Nurhaliza.


Lirik Kau Takdirku - Dato Siti Nurhaliza (OST Tiada Arah Jodoh Kita)

Apa yang pernah terbayang sewaktu dulu
mungkinkah inilah takdirku
tiada terfikir oleh ku kehadiranmu
telah merubah seluruh hidupku

bezanya kita bagaikan langit dan bumi
namun akhirnya kitakan serasi

disini telah bermula semua kisah kita
dan akan ku genggam segala janji kita dulu
disini hanya ku pinta kejujuranmu
dan cintai diriku dengan setia
mencipta syurga kita berdua

kelebihanmu dan juga kelemahanku
kita terima seadanya
jua

sempurna kita menyemai cinta nan suci
Indahnya dirimu yang ku miliki

disini telah bermula semua kisah kita
dan akan ku genggam segala janji kita dulu
disini hanya ku pinta kejujuranmu
dan cintai diriku dengan setia
mencipta syurga kita berdua

disini telah bermula semua kisah kita
dan akan ku genggam segala janji kita dulu
disini hanya ku pinta kejujuranmu
dan cintai diriku dengan setia
mencipta syurga kita berdua
Mencipta syurga kita berdua. 

March 19, 2018

Pencarian bloglist bulan April 2018

March 19, 2018 4 Comments



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pencarian bloglist bulan April 2018 bagi blog https://aerillhassan.blogspot.my/ bermula 19 Mac 2018 sehingga 31 Mac 2018. Bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Semua blogger dijemput untuk sertai pencarian ini.

Cara-cara untuk sertai :-

1. Follow, Add to Circle dan Like
2. Masukkan blog https://aerillhassan.blogspot.my/ ke dalam bloglist anda.

3. Buat entri bertajuk Pencarian Bloglist April 2018 by Aerillhassan

4. Copy Coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

15 blog bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist blog Aerillhassan. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 April 2018.

Sekian, terima kasih.

BIRTHDAY GIVEAWAY BY MRS PIP

March 19, 2018 3 Comments
BIRTHDAY GIVEAWAY BY MRS PIP | Assalamualaikum, hi guys, mood join GA kembali lagi haha, macam biasa syarat simple sahaja, korang kena follow beberapa rules dan GA tamat pada 8 April ini, banyak masa lagi, tapi boleh start join dari sekarang sebab takut nanti terlupa ka kan hihi.

Birthday Giveaway by Mrs Pip

Oh ya kalau nak join korang boleh klik banner cute diatas ini, pemenang akan dipilih melalui random.org, hanya satu pemenang sahaja akan memenangi hadiah berupa mask, body wash dan hadiah misteri, kalau ramai yang join Mrs. pip tambah lagi satu pemenang, so apa tunggu lagi jom join hihi

March 18, 2018

Loya dan Pening Semasa Mengandung

March 18, 2018 5 Comments
Loya dan Pening Semasa Mengandung | Assalamualaikum, dua perkara ini, sejujurnya sha cakap memang sha memang tidak akan lari untuk mengalaminya sepanjang tempoh hampir nak masuk 3 bulan mengandung, walaupun sha bersyukur sangat-sangat sha tiada alahan muntah yang teruk sepanjang mengandung seperti mana ibu-ibu mengandung alami.

Meskipun begitu, sha tetap dapat teruskan aktiviti harian seperti makan dengan baik, memasak dengan happynya, hidu bauan tidak berapa teruk, cuma ada beberapa bauan yang sha tidak suka, contohnya asap racun nyamuk boleh membuatkan sha pening.

Kalau korang ada simptom ini, tahniah anda mengandung---> LINK


2 benda ini dapat selesaikan masalah loya dan pening sha sepanjang sha mengandung, mudah didapati di toko ubat dan market. Adapun sebelum ini sha hanya tertarik pada buah mangga, dan campuran asam boi bersama limau kasturi sudah berlalu dan sha pun tidak lagi tercari-cari benda masam itu, hihi, sejujurnya sha bukan pengemar benda masam.

Apapun, semua ini adalah penghapus dosa-dosa kecil buat para ibu-ibu yang mengandung, ada beberapa bulan lagi nak tabah menghadapinya, insyaAllah semoga Allah permudahkan semuanya.

Itu Sahaja entry saja-saja hihi
Sekian dari sha dan baby dalam perut hihi