May 6, 2018

Sumbangan Nur Ramadan Bantu Persediaan Menyambut Aidilfitri

May 06, 2018 9 Comments

Sumbangan Nur Ramadan Bantu Persediaan Menyambut Aidilfitri | Assalamualaikum dan salam hujung minggu, pejam kelip dah nak menghampiri bulan Ramadan, mesti orang ramai sibuk fikir apa juadah berbuka memandangkan Facebook sudah viral 30 menu hidangan bebuka puasa. hihi, best tau tahun ini sha dapat menunaikan rukun islam yang ketiga ini sebagai seorang isteri, mesti teruja kan? tapi warga Wilayah persekutuan lagi teruja tau, sebab Sumbangan Nur Ramadan Bantu Persediaan Menyambut Aidilfitri sekali gus membantu meringankan beban golongan asnaf.

Image result for sumbangan nur ramadhan

Sumbangan Nur Ramadan yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Yayasan Al-Bukhary dan Yayasan Wilayah Persekutuan turun padang untuk membantu golongan asnaf dengan sumbangan wang RM150 setiap seorang selain daripada mendapat 10 kilogram (kg) beras dan dua kg gula, di kawasan yang terpilih sekitar Kuala Lumpur.

Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan berupa bekalan makanan kepada golongan gelandangan pada Program Nur Ramadan
kredit kepada Astro Awani

Golongan Gelandangan juga tidak terkecuali untuk menerima Sumbangan Nur Ramadan, walaupun bertapa pesatnya ekonomi di Ibu Kota Kuala Lumpur, masih ada terselit ribuan gelandangan yang terpaksa kesana-sini untuk hidup. Kadang sha sedih bila sendiri melihat didepan mata, ibu membawa anaknya meminta sedekah pada waktu ramadan yang terik, apa mereka akan jamah bila berbuka puasa nanti? dimana mereka akan makan bila waktu maghrib berkumandang, sedangkan kita sibuk membeli di bazaar yang akhirnya berlaku pembaziran..sedih bukan?

Peranan program ini antara salah satu usaha untuk tidak meminggirkan golongan gelandangan agar dapat bantuan berupa wang RM200 seorang dan bantuan lain seperti kain pelikat, kain batik dan makanan.

Banyak lagi bantuan lain yang telah dibuat oleh Wilayah Persekutuan untuk membantu golongan kurang upaya, ibu tunggal, miskin tegar, anak yatim, dan warga emas. Diharap dengan adanya program ini dapat lagi diteruskan dan dipanjangkan kepada negeri yang memerlukan.

Rujukan :-


May 5, 2018

Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa

May 05, 2018 6 Comments
Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa | Assalamualaikum guys, meet again dalam entry support blogger dengan join GA mereka, hihi..kali ini sha join GA dari blogger Siqa, sha suka betul dengan posisi gambar yang siqa ambil, oww sweet sangat dengan kolor pink dia..haha..guys kalau nak join prizes nya sangat exclusive tauu, cer klik banner :)


Nak kongsi lagi boleh? pun tiada dalam terma dan syarat nak join GA ini, tapi entahlah hari ini rajin pula nak sharing sesuatu hahaha..Siqa bagi hadiah GA yang dia suka untuk mereka yang lucky dengan harapan mereka itu juga akan suka dengan hadiah tersebut, oww best kann..sha dulu paling tak suka bila orang pakai, ambil benda yang sha sayang, lagi-lagi benda itu berwarna pink, maklum lah sha suka pink color, tapi lama kelamaan sha jadi matang, macam siqa cakap bagi benda yang kita suka, sha ada terbaca satu ayat tak silap sha la,  jika nak bersedekah bagilah barang yang kita sayang, terkesan dihati sha selama ini sha hanya bagi benda yang sha tidak suka, tapi hakikatnya itu dalam konsep sedekah tapi sebaik sedekah adalah benda yang kita suka.

Nak dekat bulan ramadhan ni, moral of the story rajin-rajinlah bersedekah hihi, berganda pahala nya kan..ok guys good luck yaaa :)

Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures

May 05, 2018 5 Comments
Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures | Assalamualaikum, hi guys, hari sabtu cuti begini sha duk rumah ja, haha memang hari-hari pun duduk rumah nama juga housewife, tunggu husband cuti baru bawah keluar. So dalam keboringan ni, sha nampak GA yang sedang berlangsung, sha pun dah lama tidak join GA. Simple ja GA kali ini, ikut syarat macam biasa ja. Korang boleh cehck it out dengan klik banner dibawah ya. Good Luck

Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures

Tapi dah alang-alang tajuk dia 'Balik Kampung' sha nak story sikit pasal pengalaman sha berada di tempat orang, actually story ini tiada dalam syarat nak join GA ya, sha just nak sharing ja hihi. Lama juga sha merantau ditempat orang, kerja, sambung belajar, kerja balik dan jaga anak buah sha, mana sha pergi kampung halaman tetap dihati, di tempat orang kita belajar berdikari, susah senang sendiri fikir, tapi part balik kampung tu, jangan cakaplah, excited sangat, walaupun tempat sha pergi tu dengan kampung beza 6 jam ja kalau naik bas hahaha..bila nak balik time peak day memang akan serabut fikir cuti nak apply, balik naik bas, duit tambang kena prepare awal, segalanya decide sendiri, tapi sekarang bila dah kahwin menetap dikampung halaman sendiri terasa nak feeling 'balik kampung' tu lagi hahaha..sekarang ni fikir nak balik kampung husband ja la tapi tu pun dekat ja 1 jam haha, apapun balik kampung memang best.

Sekian cerita sha yang tiada kena mengena dengan GA :P
Good Luck guyss

May 3, 2018

Program Baiti Jannati bantu kurangkan beban rakyat Wilayah

May 03, 2018 24 Comments
Program Baiti Jannati bantu kurangkan beban rakyat Wilayah | Assalamualaikum, Rumahku Syurgaku, kita memang sinomim dengan ayat ini kan, tapi tahukah kita bagaimana caranya untuk mendapatkan sesebuah rumah kediaman yang diimpikan oleh setiap keluarga tapi tahukah kita bagaimana caranya untuk mendapatkan sesebuah rumah kediaman yang diimpikan oleh setiap keluarga, lagi-lagi mereka yang berpendapatan rendah atau ibu tunggal, mahupun orang kurang upaya, walhal harga rumah sekarang sangat mahal dan susah nak dapat. Jadi inilah entry yang sha nak kongsikan dengan korang semua mengenai salah satu program yang dapat membantu kurangkan beban rakyat wilayah sekaligus merealisasikan impian mereka untuk memiliki sebuah rumah.

Image result for baiti jannati
Kredit kepada Sinar Online

Menurut akhbar sinar online yang bertarikh October 2017, program ini telah berjaya membantu membaik pulih dan menyelesaikan baki pinjaman perumahan penghuni miskin tegar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan telah dilanjutkan sehingga hujung tahun 2017 yang lalu.

Kredit kepada Sinar Online

Dalam akhbar yang sama, pada Februari 2018 yang lalu, sebanyak 10 keluarga dari Wilayah Persekutuan Labuan turut mendapat bantuan hasil peruntukan sebanyak RM150,000 oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Manfaat daripada program ini juga, sha dapat tahu sehingga bulan berkenaan sejumlah 56 keluarga dari golongan sasaran seperti miskin tegar dapat memiliki rumah impian masing-masing.

Program Baiti Jannati ini juga merupakan salah satu program yang melibatkan syarikat milik kerajaan (GLC) seperti TNB untuk turut sama turun padang membantu kerajaan untuk membaiki rumah kediaman golongan yang memerlukan seperti orang kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan penduduk miskin. 

MGF13042018_TR Projek Kesyukuran Projek Baiti Jannati TNB 2018_05
Kredit kepada TheRakyat

Pada 13 April yang lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah menurunkan tandatangan sebagai gimik penyerahan rumah pada Majlis Kesyukuran Projek Baiti Jannati TNB 2018 di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Alhamdulilah, dengan adanya program sebegini, pasti ramai lagi penduduk miskin tegar dapat merasai nikmat tinggal dirumah impian mereka seiringi dengan kepesatan ekonomi yang semakin mendadak . Dan ada baiknya jika program ini diperluaskan lagi dinegeri-negeri lain, sha yakin lagi ramai diluar sana yang memerlukannya. 

Rujukan :-
Sinar Harianhttp://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/program-baiti-jannati-wp-bantu-300-keluarga-1.741471http://www.sinarharian.com.my/edisi/sabah-sarawak/program-baiti-jannati-wilayah-persekutuan-taja-10-keluarga-1.796297
Utusanhttp://www.utusan.com.my/berita/nasional/tnb-peruntuk-rm5-8-juta-laksana-program-baiti-jannati-1.502620
TheRakyathttps://therakyat.com/2018/04/13/datuk-jo-mahu-sekolahkan-pembangkang-isu-kg-baru/mgf13042018_tr-projek-kesyukuran-projek-baiti-jannati-tnb-2018_05/

#AkarUmbiBinaNegara
#hebatkannegaraku
#ketuakampungkl

April 30, 2018

Bolehkah Ibu Hamil Puasa??

April 30, 2018 1 Comments
Bolehkah Ibu Hamil Puasa?? | Assalamualaikum, ada beberapa hari lagi Ramadan akan tiba, alhamdulilah ini kali pertama sha berpuasa sebagai seorang isteri, juga kali pertama berpuasa dalam keadaan mengandung, precious moment ! tapi bolehkah ibu hamil puasa? macam mana kalau lapar? sebab sha sekarang ni dalam mood nak makan ja, tidakkah menganggu proses pembesaran bayi dalam kandungan??


Mesti bakal ibu diluar sana sangat teruja apabila mengandung pada bulan Ramadhan, mana tidaknya, boleh puasa penuh kan..wish list setiap wanita tu hihi, tapi bolehkah ibu hamil puasa? boleh sangat selagi ianya yakin puasa nya tersebut tidak memudaratkan pada bayi yang dia kandung, sha pun ada tanya dengan doktor pakar, doktor pun kata benda yang sama, tapi kalau datang gastrik kena buka puasa, daripada nak capai impian puasa penuh, pikir kesihatan diri sendiri juga tau ibu-ibu hamil diluar sana.

Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu . (QS.Luqman: 14) 

Sesungguhnya Allah memberikan keringanan bagi orang musafir berpuasa dan shalat, dan bagi wanita hamil dan menyusui berpuasa. (HR. Ahmad)

Jadi bagi ibu-ibu hamil yang pasang niat untuk berpuasa penuh pada bulan Ramadhan yang bakal tiba, korang memang hebat, tapi jikalau mereka yang lain tidak dapat meneruskan wajib dignti pada hari lain dan bayar fidayah sama seperti kes wanita datang bulan hihi..harapnya dapatlah mengenapkan puasa penuh kan..

Beruntung tauu..kita yang mengandung pada bulan yang penuh dengan kelebihan, jadi grab banyak-banyak pahala

Semoga Allah permudahkan perjalanan ramadhan kita bersama baby dalam perut hihi
InsyaAllah moga entry ini bermanfaat kepada semua :)