August 7, 2018

Generation 3 Colla - Selamat Tinggal Kulit Bermasalah

August 07, 2018 0 Comments
Generation 3 Colla - Selamat Tinggal Kulit Bermasalah  | Assalamualaikum, cuaca tidak menentu sekarang membuatkan kulit kita semakin bermasalah, epsss, faktor makanan juga cenderung kepada masalah kulit tauuu, tapi kita ni takut nak cuba supplement, maklumlah diluar sana berlambak supplement bersama kesan-kesan tersendiri, jadi entry kali ini sha nak share dengan korang salah satu supplement kecantikan secara botanical. 


Generation 3 Colla adalah nama dan packaging terbaru diperkenalkan pada hujung bulan June yang lalu bagi produk sebelum ini iaitu Generation 2 Collagen, tapi kandungan dan rasa masih sama ya. Generation 3 Colla penyelesaian bagi masalah kulit, masalah otot, masalah pigmentasi, bintik-bintik hitam dan membosankan.  

Apa yang menyakinkan sha tentang Generation 3 Colla ini adalah produk keluaran dari Asia Pacific Super Health Brand dan korang boleh tengok testimonial tentang produk ini di Facebook Kitsui HQ. Bukan itu sahaja, Generation 3 Colla ini diproses di kilang bertaraf GMP, ianya juga diadun dari 5 bahan-bahan botanical utama dan ada kelulusan KKM.

Kandungan : 
  • Fruktos
  • Serbuk Lemon
  • Maltodekstrin
  • Kolagen Peptida
  • Omega 3
  • Acid Sitrik
  • Perisa Nenas yang dibenarkna
  • Guar Gum
  • Acid Ascorbic
  • Trikalsium Fosfat
  • Astaxanthin


Dihasilkan daripada ramuan semula jadi dengan saiz bungkusan 15 bungkus x 15 gm. Simpan ditempat dingin dan kering.

Cara Pengambilan : Campurkan 1 paket ke dalam 150ml air suam. Goncang sehingga larut dan diminum sebaik selepas penyediaan. Minum banyak air sepanjang hari untuk kesan terbaik.

AMARAN !! Ibu mengandung, menyusukan bayi, atau sedang menjalani rawatan, sila dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Tidak disyorkan untuk mereka yang mengalami alergi terhadap makanan laut

Kebaikan Generation 3 Colla
  • Merangsang pembentukan kolagen kulit
  • Mengatasi "stretch mark"
  • Mengatasi masalah kulit berminyak
  • Menyelesaikan masalah nada kulit yang tidak sekata
  • Selesaikan kedutan halus
  • Selesaikan masalah kulit kering
  • Buang parut jerawat
  • Suspens dan sesuai dengan kulit
  • Menambah kuasa (mudah bangun awal)
  • Melambatkan proses penuaan
  • Kulit pelembap
  • Cantik rambut dan kuku anda
Generation 3 Colla, korang boleh didapatkan di Watson, Guardian ataupun website kitsui dengan harga RM38.80 sahaja.





HOTLINE: +6 03-7666 1129

July 31, 2018

Lirik Lagu Original Sabahan - Atmosfera ft. Floor 88

July 31, 2018 2 Comments
Image result for lirik lagu original sabahan

saya ini original sabahan
mantad kampung nuntunan apin apin
jangan koti kau tidak percaya saya
menyesal nanti bila kau dengar ini

odoi sayang kau mahu saya sikut
tu gunung kinabalu sama sungai pagalan
baru kau mahu percaya dengan kata kataku
saya original

andeh kotoh mimboros oku dusun
karati ko po nangku onu ti borosonku
nokuro tu kongingis ko do nakorongou
dusun mantad keningau

saya ini original sabahan
mantad kampung nuntunan apin apin
odoi sayang kau mahu saya sikut
tu gunung kinabalu sama sungai pagalan
baru kau mahu percaya dengan kata kataku
saya original

andeh kotoh mimboros oku dusun
karati ko po nangku onu ti borosonku
nokuro tu kongingis ko do nakorongou
dusun mantad keningau

July 30, 2018

Suka Duka Sepanjang 2nd Trimester

July 30, 2018 2 Comments
Suka Duka Sepanjang 2nd Trimester | Assalamualaikum guys, lama sha tak update entry mengandung, sha tersangat excited namun kekangan masa ditambah dengan awal bulan ini berpindah ke Quarters husband sha, so sangat terhad untuk sha online. untuk minggu ini kandungan sha telah pun memasuki 31 minggu, yeahhh..tapi nak story pasal suka duka sepanjang mengandung 2nd trimester, aishh lambat benar update nya ni haha..sokay, nanti baby dalam perut boleh baca bila dah besar nanti.

picture of early 3rd trimester

Semakin besar kandungan semakin rasa penat dan mudah letih, bangun dari tidur pun susah, sha kerap sakit belakang dan of course kerap kencing, haha tapi sejak sha pindah rumah baru, kerja-kerja pembersihan sha buat seorang diri, jadi memang tiada rasa lamanya masa nak berlalu. 

Suka Duka Sepanjang 2nd Trimester sha disahkan ada kencing manis ketika mengandung, korang boleh baca Paras Gula Tinggi Ketika Mengandung menyebabkan air ketuban sha banyak that's why kandungan sha besar semacam ja, bila pergi klinik nak check up ramai cakap "dah nak tunggu hari ka?" sedangkan sha baru ja 6-7 bulan huhu..sha pergi tanya doktor, dia cakap oleh sebab badan sha kecil so normal lah kandungan nampak besar..eh yaka? tapi scan baby berat normal 1.2kg, cuma air ketuban ja yang banyak..so guys yang mengandung tu kena jaga permakanan ya.

Disebabkan sha ada kencing manis ketika mengandung, so rutin setiap bulan kena check up BSP, check kandungan gula dalam darah, bayangkan sha berklinik di batu 12, then sha sekarang tinggal di batu 5, jauh sangat nak kena ulang alik naik bas sendirian untuk check up doktor, sebab husband sha kerja, so sha okay ja check up sendirian..itu belum lagi kena checkup dengan nurse untuk review mengandung..huhu..tabahnya hati ummie lalui semua ni kan, baby hihi..harap semunya dipermudahkan sampailah sha bersalin.

Kelengkapan baby, sha pun belum prepare lagi, sebenarnya nak tunggu jantina baby baru beli barangan, even 1 helai pun belum beli lagi huhu, baru 1 set baju new born itupun dihadiahkan oleh cousin sha hihi, tapi sha dah risik-risik dah kedai jual kelengkapan baby, of course sha sangat excited nak beli, tapi mungkin belum masanya,,hihi

Jantina baby dah nampak, actually sha scan dekat klinik kerajaan every month, 1st scan tu jantina agak samar-samar, tapi doktor bagitahu juga baby girl, hurayy ada geng ummie bergosip nanti, tapi bila 2nd scan pula dah nampak 2 bulatan kecil hahaha, ok itu geng baba pula..nanti sha nak scan dekat klinik swasta, nak print untuk kenangan, dekat klinik kerajaan tiada print gambar huhu..tapi apapun jantinanya sha tak kisah, asal anak ummie lahir selamat dan sihat walafiat hendakNya.

Sejak 4-5 bulan lagi banyak dah pilihan nama ummie dan baba nak bagi dekat baby, hahaha excited lah kata kan..tapi belum ada yang kena lock lagi..insyaAllah soon

Semoga Allah permudahkan perjalanan baby nak jumpa ummi dia
Itu Sahaja entry saja-saja hihi 
Sekian dari sha dan baby dalam perut hihi


Lirik Lagu Sumandak Sabah - Marsha ft Velvet

July 30, 2018 2 Comments
Image result for lirik lagu sumandak sabah

Jalan-jalan di Tamu Tuaran,
Silik-silik baju tradisi Unduk Ngadau,
Tidak sabar mau tunggu Tadau Gao Kaamatan,
Ramai sumandak-sumandak sibuk menunggu.

Omingi-gingzoh zi bakal Unduk Ngadau,
Berlinggang-linggang Linangkit dan Lilimbo,
Aragang-ragang oh monung dia,
Tinggi-tinggi gunung dandan rambutnya

Sumandak Sabah mana kau mau cari,
Semua lawa-lawa, pandai masak nasi
Muka cantik memang tidak lari, 
Pandai lagi dari kaum lelaki

Sumandak Sabah mana kau mau cari,
Unduk Ngadau gelaran diberi
Satu Sabah ternanti-nanti
Kalah atau menang ada yang sampai menangis
Terlampau barabis

July 17, 2018

Cara Kemas Kini Pendapatan PTPTN melalui Handphone Anda

July 17, 2018 1 Comments
Cara Kemas Kini Pendapatan PTPTN melalui Handphone Anda | Assalamualaikum, iya untuk peminjam PTPTN, kerajaan PH mengumumkan berita baik dimana penangguhan bayaran pinjaman sehingga gaji peminjam RM4000 ke atas dikecualikan dari blacklist, tapi guys bunga dari pinjaman tetap akan jalan setiap bulan. So ini cara mudah untuk kemas kini pendapatan PTPTN melalui handphone.

Memandangkan laptop sha tinggal di rumah, update blog pun guna handphone, why not sha sharig dengan korang benda simple ni kan..sama-sama peminjam lah kata kan haha.

Cara Kemas Kini Pendapatan PTPTN melalui Handphone Anda

1. Pergi serbu laman web PTPTN https://www.ptptn.gov.my dan klik link kemaskini maklumat pendapatan (rujuk gambar dibawah)

2. Isi IC dan no. Pinjaman (boleh dapatkan dari email PTPTN)


3. Isi maklumat korang dan siap


Senang kan, tapi korang, hutang kena bayar yaa..jangan lah tunggu sampai gaji kita mencecah 4k baru nak bayar kan..bunga makin tinggi hihi..semoga kita dipermudahkan membayar hutang aminnn..