August 14, 2018

Tanda-Tanda Mengandung Anak Lelaki

August 14, 2018 3 Comments
Tanda-Tanda Mengandung Anak Lelaki || Assalamualaikum hi guys, sha dah scan kandungan sejak usia baby mencecah 27 minggu, dan ianya lelaki, alhamdulilah geng baba, geng biru hahaha..korang dah scan ka belum?? sudah ka belum scan jom make sure betul ka tidak Tanda-Tanda Mengandung Anak Lelaki

Image result for its a baby boy
Picture credited to google

Tanda-Tanda Mengandung Anak Lelaki
  • Ibu yang sedang mengandung mengalami degupan jantung kurang dari 140 beat/minit.  ~ ok check balik buku mengandung, nurse start kira degupan jantung baby sha pada minggu ke 17 tapi degupan jantung baby sha semua 150 ke atas..hurmm???
  • Bahagian perut ibu mengandung akan lebih menonjol atau tajam ke hadapan. ~ yes, perut sha memang tajam kedepan, ala-ala bentuk telur gitu hihi
  • Perut ibu hamil pada bahagian bawah akan kelihatan membesar. ~ betul juga, macam berat kebawah
  • Kulit ibu akan sedikit gelap, kusam. Malah ada juga sebilangannya ditumbuhi jerawat-jerawat kecil. Tapi ia akan hilang selepas bersalin. Jangan risau! ~ haha betul sangat kusam dan lesu, ada jerawat halus membiak dibahagian dahi, tapi masih cute :P
  • Tidak mengalami morning sickness. Tapi mungkin ada cuma tidak berat ~ yup sha tiada morning sickness atau apa2 sickness, tapi awal kandungan memang ada sikit...tak berpanjangan lah..hihi
  • Ibu lebih menggemari makanan masin dan protein seperti keju dan daging. ~ sha kurang suka ayam, daging yes, sha suka makan tapi husband tak bagi makan sebab takut nanti ada darah tinggi
  • Kulit ibu akan kelihatan kering. ~ sebab sha malas minum air putih haha, jangan amalkan tau kesian baby
  • Rambut lebih lebat dan berkilat sepanjang kehamilan ~ indeed, rambut sha tiada gugur dan semakin lebat, mungkin sebab makan acid folic?
  • Hidung kelihatan lebih kembang ~ hahaha maybe :P
  • Payudara kanan lebih besar dari kiri ~ opsssss...ntah hahahha, sejujurnya no !
  • Sakit kepala sering menyerang ibu mengandung ~ jarang jugalah tapi selalu pening sebab high blood rendah
  • Bayi lebih suka pergi ke arah sebelah kanan dalam perut ibu. ~ yes, baby suka gerak sebelah kanan 
  • Garisan hitam pada perut ibu dari bawah ke atas nampak gelap dan tak putus.  ~ betul sangat tiada putus dan nampak jelas
ada beberapa fakta kurang tepat, tapi sha yakin kandungan sha baby boy, baju pun dah beli, nama pun dah cari, hopely baby senang keluar dan sihat hendakNya, amin..

Sumber rujukan : https://my.theasianparent.com/tanda-hamil-anak-lelaki-menurut-islam/



 

August 8, 2018

SC.Mixberries Selesaikan Masalah Hitam Bawah Mata dan Kulit Kering

August 08, 2018 1 Comments
SC.Mixberries Selesaikan Masalah Hitam Bawah Mata dan Kulit Kering | Assalamualaikum guys, sebelum ini sha ada share kan salah satu produk dari Kitsui yang menyelesaikan masalah kulit, masalah otot, masalah pigmentasi dan bintik-bintik hitam iaitu Generation 3 Colla, entry kali ini pula sha nak share produk dari Kitsui juga iaitu SC.Mixberries.


SC.Mixberries adalah nama baru bagi produk lama Kitsui; Stemcell Mixberries. Ianya dirumus daripada beri. Hasil campuran beri ini dapat mengatasi masalah lingkaran hitam di bawah mata, kulit kering dan dapat melindungi kulit dari sinar UV. Saiz bungkusan 15 bungkus x 15 gm. Simpan ditempat dingin dan kering.

Seperti Generation 3 Colla, SC. Mixberries juga adalah produk keluaran dari Asia Pacific Super Health Brand dan diproses di kilang bertaraf GMP, serta ada kelulusan KKM. So korang jangan risau, kandungan 7 campuran beri yang sedap mempunyai tujuan masing-masing untuk membantu korang kelihatan segar dan awet muda.

Kandungan SC.Mixberries
  • Elderberry

Melindungi sel-sel stem epidermis kulit daripada tekanan UV
Kelewatan penuaan sel-sel penting
Perlawanan foto-penuaan
Untuk kulit kelihatan penting dan sihat

  • Kranberi

Kesihatan jantung lebih baik
Membantu dalam penurunan berat badan
Menggalakkan kesihatan kulit
Membantu masalah pencernaan
Meningkatkan kesihatan selular

  • Raspberry

Merangsang Sistem-Imun
Memberi kesan untuk Anti-Penuaan
Lebih bertenaga
Peredaran darah yang lebih baik

  • Blueberry

Meningkatkan Fungsi Mental
Meneutralkan radikal bebas
Mengurangkan pigmentasi, jeragat & bintik hitam
Membaiki lingkungan gelap bawah mata, penglihatan dan tekstur kulit

  • Anggur Merah

Anggur mengandungi antioksidan kuat yang dikenali sebagai polifenol, yang boleh melambatkan atau mencegah pelbagai jenis kanser, termasuk esophageal, paru-paru, mulut, pharynx, endometrium, pankreas, prostat dan kolon. Resveratrol yang terdapat dalam wain merah terkenal dengan kesihatan jantung ialah sejenis polifenol yang terdapat dalam kulit anggur merah.

  • Anggur hitam

Salah satu kesan yang baik memakan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti blackcurrants adalah untuk antioksidan terhadap keadaan seperti penyakit kardiovaskular, kanser dan penyakit-penyakit degeneratif penuaan. Sebatian antioksidan utama di dalam blackcurrants ialah phenolics (termasuk flavonoid dan antosianin) dan vitamin C.
Warna ungu/ hitam blackcurrants menunjukkan kehadiran antosianin, yang mempunyai aktiviti antioksidan yang sangat istimewa serta meningkatkan kualiti kesihatan yang lain.

  • Strawberi

Sifat-sifat antioksidan dalam strawberi juga boleh membantu untuk mencegah katarak dan kabur mata dimana boleh menyebabkan buta pada usia tua. Mata kita memerlukan vitamin C untuk melindungi daripada terdedah kepada radikal bebas dari sinaran UV matahari yang terik, yang boleh merosakkan protein dalam kanta. Vitamin C juga memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kornea dan retina mata itu.

Cara Pengambilan : Campurkan 1 paket ke dalam 150ml air suam. Goncang sehingga larut dan diminum sebaik selepas penyediaan. Minum banyak air sepanjang hari untuk kesan terbaik.

AMARAN !! Ibu mengandung, menyusukan bayi, atau sedang menjalani rawatan, sila dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Tidak disyorkan untuk mereka yang mengalami alergi terhadap makanan laut

Kebaikan SC.Mixberries
  • Menghalang kesan buruk sinar matahari UV pada kulit
  • Melindungi sel-sel tubuh dari kesan pencemaran
  • Membantu meneutralkan kulit yang nipis atau dibakar kerana pendedahan kepada cahaya matahari
  • Selesaikan kedutan halus
  • Mengeluarkan kedut, beg mata dan bulatan hitam di bawah mata
  • Membantu mengembangkan sel-sel baru
Produk SC.Mixberries, korang boleh didapatkan di Watson, Guardian ataupun website kitsui dengan harga RM38.80 sahaja. Boleh tengok-tengok juga produk Kitsui yang lain mengikut masalah kulit korang, sila layari link di bawah untuk maklumat lanjut :)





HOTLINE: +6 03-7666 1129

Isteri Hatinya Penuh Rahsia

August 08, 2018 3 Comments

Kadang-kadang dia sanggup pendam sendiri segala luka, 
Sakit macam mana hatinyaa, takkan sekali cerita kepada keluarga,
Walau suami buat hal, tetap dia sembunyikan dengan senyuman,
Walau hidup susah, makan hati, dia simpan dan tidak menjadi untuk minta simpati.

Sebab dia tidak mahu orang benci akan suaminya,
Tapi sesekali air mata itu tumpah, bantal pun boleh basah
Bagi dia tidak mengapa,

Biar orang nampak indah, biar orang nampak macam senang,
Nampak bahagia, nampak tenang dan senang, tiada masalah
Bagi dia tidak mengapa, semua ada hikmah.

Kata-kata dari FB: Rumahtangga bahagia selamanya

Isteri Hatinya Penuh Rahsia Kahwin itu bukan tak semuanya tak indah seperti yang disangkalkan, yup sha baru 8 bulan kahwin haha, mungkin terlalu awal untuk sha meluah pasal bahagia mahupun kesengsaraan, hahaha, ehh korang pun alami benda yang sama kan??? tapi memilih untuk pendam ja, kadang rasa macam let it be, suami kan kita kena hormat, apapun sha sayang suami sha hahaha..entry ini saja-saja tauuu, tiada kena mengena dengan apa-apa..just sharing..hihi

August 7, 2018

Generation 3 Colla - Selamat Tinggal Kulit Bermasalah

August 07, 2018 0 Comments
Generation 3 Colla - Selamat Tinggal Kulit Bermasalah  | Assalamualaikum, cuaca tidak menentu sekarang membuatkan kulit kita semakin bermasalah, epsss, faktor makanan juga cenderung kepada masalah kulit tauuu, tapi kita ni takut nak cuba supplement, maklumlah diluar sana berlambak supplement bersama kesan-kesan tersendiri, jadi entry kali ini sha nak share dengan korang salah satu supplement kecantikan secara botanical. 


Generation 3 Colla adalah nama dan packaging terbaru diperkenalkan pada hujung bulan June yang lalu bagi produk sebelum ini iaitu Generation 2 Collagen, tapi kandungan dan rasa masih sama ya. Generation 3 Colla penyelesaian bagi masalah kulit, masalah otot, masalah pigmentasi, bintik-bintik hitam dan membosankan.  

Apa yang menyakinkan sha tentang Generation 3 Colla ini adalah produk keluaran dari Asia Pacific Super Health Brand dan korang boleh tengok testimonial tentang produk ini di Facebook Kitsui HQ. Bukan itu sahaja, Generation 3 Colla ini diproses di kilang bertaraf GMP, ianya juga diadun dari 5 bahan-bahan botanical utama dan ada kelulusan KKM.

Kandungan : 
  • Fruktos
  • Serbuk Lemon
  • Maltodekstrin
  • Kolagen Peptida
  • Omega 3
  • Acid Sitrik
  • Perisa Nenas yang dibenarkna
  • Guar Gum
  • Acid Ascorbic
  • Trikalsium Fosfat
  • Astaxanthin


Dihasilkan daripada ramuan semula jadi dengan saiz bungkusan 15 bungkus x 15 gm. Simpan ditempat dingin dan kering.

Cara Pengambilan : Campurkan 1 paket ke dalam 150ml air suam. Goncang sehingga larut dan diminum sebaik selepas penyediaan. Minum banyak air sepanjang hari untuk kesan terbaik.

AMARAN !! Ibu mengandung, menyusukan bayi, atau sedang menjalani rawatan, sila dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Tidak disyorkan untuk mereka yang mengalami alergi terhadap makanan laut

Kebaikan Generation 3 Colla
  • Merangsang pembentukan kolagen kulit
  • Mengatasi "stretch mark"
  • Mengatasi masalah kulit berminyak
  • Menyelesaikan masalah nada kulit yang tidak sekata
  • Selesaikan kedutan halus
  • Selesaikan masalah kulit kering
  • Buang parut jerawat
  • Suspens dan sesuai dengan kulit
  • Menambah kuasa (mudah bangun awal)
  • Melambatkan proses penuaan
  • Kulit pelembap
  • Cantik rambut dan kuku anda
Generation 3 Colla, korang boleh didapatkan di Watson, Guardian ataupun website kitsui dengan harga RM38.80 sahaja.





HOTLINE: +6 03-7666 1129